salam kepada semua...
politik malaysia terus bertiup kencang walaupun selepas berakhirnya pilihan raya kecil kuala terengganu.walaupun berita mengenainya seperti angin sepoi-sepoi bahasa tetapi berita mengenainya tetap hangat diperkatakan terutamanya melalui media massa.mungkin untuk menjadi berita terhangat...
senario politik malaysia nampak terus beralih angin dan sentiasa bergelora terutamanya selepas pilihan raya umum yang lalu setelah pakatan rakyat daripada pembangkan berjaya menidakkan majoriti 2/3 barisan nasional di dalam parlimen.
tsunami politik ini nampaknya terus belaku walaupun selepas pilihan raya.kejayaan dan kemenangan pakatan rakyat di kuala terengganu dan permatang pauh di lihat sebagai satu medan perubahan rakyat dan beberapa orang ahli UMNO telah keluar dari parti itu dan memasuki pakatan rakyat.
terbaru dan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.kedua-duanya adalah adun daripada PKR perak yang dilaporkan menghilang sejak beberapa hari lalu telah mengantar surat kepada speaker kerajaan negeri perak untuk meletakkan jawatan.
sehubungan dengan peletakkan jawatan itu 2 pilihan raya kecil nampaknya akan belaku dalam masa terdekat ini di perak.sebelum itu desas-desus bertiup kencang bahawa 2 orang adun ini akan menyertai barisan nasional.namun sebaliknya apabila hari ini mereka meletakkan jawatan.
mungkin satu teka-teki yang dilihat daripada perletakkan jawatan ini.kenapa mereka meletak jawatan?kedua-dua mereka sebelum ini ada dikaitkan dengan satu kes rasuah di perak.menurut satu laman yang saya baca.UMNO menggunakan kesempatan ini untuk memancing dua orang Adun ini menyertai mereka.jika mereka berdua menyertai UMNO kerajaan perak di bawah pakatan rakyat akan tumbang dan perlu diadakan sekali lagi pilihan raya kecil di PERAK.
sebaliknya perkara itu belaku apabila Adun bota,yang juga ahli UMNO perak telah mengumumkan pendirian menyertai pakatan rakyat.justeru peluang untuk UMNO merampas kerajaan perak agak samar kerana pakatan rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi.
apapun saya beranggapan bahawa jika perkara seperti ini terus belaku akan menyebabkan satu sistem yang tidak teratur di dalam negara.Ahli politik bebas untuk berhijrah kemana-mana parti politik.kes yang belaku mungkin nampaknya kecil..tetapi jika 10 atau lebih ahli Parlimen atau Adun yang melompat parti sudah tentu akan menimbulkan kekecohan.kenapa perlu mereka melompat parti?
sememangnya jika difikirkan dari segi kebaijkan memang ada baiknya.kerana mungkin mereka rasa parti politik yang mereka perjuangkan itu tidak relevan lagi atau mempunyai kelemahan.tetapi itu bagi ahli parlimen atau Adun yang mempunyai prinsip perjuangan.
tetapi,bagaimana jika ada diantara mereka yang mudah termakan dengan rasuah dan wang ringgit serta mudah dibeli oleh pihak tertentu.sudah tentu perkara ini menimbulkan banyak pandangan negatif serta ketidakkepercayaan rakyat kepada pemimpin mereka.
justeru satu kajian dan penyelidikkan harus di buat mengenai perkara ini.perkara ini walaupun nampak kecil dan sinis tetapi akan menjadi barah yang berterusan jika tidak ada satu pendirian yang dibuat.
undang-undang yang menghalang ahli politik melompat parti seolah-olah menyekat kebebasan,tetapi jika tidak dibuat ahli politik akan sewenang-wenangnya menukar parti dan meyebabkan kerajaan tidak utuh dan cekap.
saya berharap agar politik malaysia akan menjadi contoh kepada dunia malalui sistem pelaksanaanya di samping sentiasa bersih dalam amalan demokrasinya......
1 ulasan:
Seorang pemimpin nak cover malu dek tahi yang terpalit di pantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.
Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?
Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.
Sungguh memalukan!
Short Talk
Catat Ulasan