Selasa, 3 Februari 2009
ADUN PERAK......apa prinsip mereka?
salam kepada semua....
Apa sebenarnya yang belaku di perak?
memang angin politik ini akan terus bertiup kencang dan kadang kala boleh datang seperti taufan.....
selepas daripada ura-ura mengatakan dua esko perak iaitu YB KAPTEN(B) MOHD OSMAN MOHD JAILU dan YB JAMALUDDIN MOHD RADZI...akan keluar dari pakatan rakyat dan mengemukakan surat perletakan jawatan akhirnya mereka berdua mengeluarkan kenyataan melalui wakil mereka pada sidang media yang diadakan.
persoalannya..kenapa mereka setelah speaker kerajaan negeri perak menghantar surat perletakan jawatan mereka kepada SPR,baru mereka mengeluarkan kenyataan.kenapa tidak awal lagi?
ketika angin bertiup kencang dan desas desus itu terus tersebar sepatutnya mereka sudah menyatakan pendirian mereka di dalam parti.tetapi setelah beberapa hari baru menyatakan pendirian.sumber mana yang hendak dipercayai pun memang sangat memeningkan kepala.
sikap ADUN yang begini akan membuatkan kekecohan dan ketidakkepercayaan.mereka seharusnya sentiasa berpegang kepada prinsip....
Berikut adalah kenyataan yang mereka keluarkan:
Merujuk kepada laporan media semalam yang menyatakan saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Unangan Negeri (Adun) kawasan Behrang.
Sukacita saya sekai lagi ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Ini kerana saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat dan sehingga kini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melepaskan jawatan setelah dipilih oleh rakyat.
Berhubung dakwaan bahawa saya telah menghilangkan diri kerana mahu melompat parti, suka saya menjelaskan bahawa saya tidak pernah menghilangkan atau melarikan diri daripada mana-mana pihak.
Sebaliknya, ingin saya jelaskan bahawa saya telah bercuti dari 28 Januari hingga 30 Januari 2009 kerana sakit.
Pada 31 Januari 2009 hingga 1 Februari 2009 pula adalah cuti hujung minggu dan tempoh tersebut digunakan oleh saya untuk berehat.
Bagaimanapun, laporan berita semalam yang kononnya saya telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai wakil rakyat benar-benar mengejutkan saya.
Dalam hubungan ini, adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak berasas sama sekali.
Lebih-lebih lagi saya sendiri semalam tidak berada di Perak, apatah lagi untuk menghantar sendiri surat peletakan jawatan saya ke rumah beliau.
Kenyataan tuan Speaker tersebut benar-benar mengejut saya dan telah menimbulkan kekeliruan dan kegemparan di seluruh negara sedangkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti.
Saya berharap penjelasan ini akan menghuraikan kekeliruan yang ada dan saya berharap pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak benar demi kepentingan politik pihak tertentu.
Yang benar,
YB Jamaluddin Mohd Radzi
2 Februari 2009
Penafian peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Changkat Jering.
Adalah saya, Yang Berhormat Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering, ingin menafikan bahawa saya telah meletakkan jawatan saya sebagai wakil rakyat.
Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah pergi ke rumah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi menyerahkan surat peletakan jawatan saya seperti yang didakwa.
Sebaliknya, saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat seperti biasa dan sehingga kini tidak timbul soal saya telah melompat parti.
Saya berharap penjelasan saya ini akan merungkai segala kekeliruan yang timbul.
Pada masa yang sama, saya juga berharap para pemimpin Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri menghentikan sebarang kenyataan yang berunsur tohmahan terhadap saya.
Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh majoriti penduduk di kawasan Changkat Jering, saya merasakan bahawa tugas saya sebagai wakil rakyat masih banyak dan mesti diteruskan berdasarkan amanah yang dipikul di bahu saya.
Sekian.
Yang benar,
YB Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI
BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)
Powered by 123ContactForm | Report abuse
Tiada ulasan:
Catat Ulasan