Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 7 Februari 2009

DUA ORANG MENTERI BESAR DI PERAK.....

perak adalah sebuah negeri yang bertuah kerana mempunyai pentadbiran istana yang memiliki kelulusan akademik yang tinggi.

sultan perak sendiri adalah bekas ketua hakim malaya.sudah tentu tuanku mempunyai banyak pengalaman mengenai undang-undang.

tetapi situasi yang belaku di perak tampaknya semua ini tercabar dan dicabar akibat daripada pergolakan politik di kalangan pakatan rakyat dan barisan nasional.

``nasi sudah jadi bubur``mungkin itu yang boleh saya gambarkan kepada 3 adun bebas dikalangan bekas wakil rakyat pakatan rakyat.Dalam pergolakan poltik di perak ini mereka bertiga harus mengambil tanggungjawab besar akibat daripada keputusan mereka untuk meninggalkan pakatan rakyat.

sehingga sekarang kita masih tidak mendengar sebab yang benar-benar musabab yang membuatkan mereka meninggalkan pakatan rakyat.kalau ada rasuah yang belaku dalam kerajaan negeri atau penyelewengan yang dilakukan sememangnya sangat wajar mereka meninggalkan pakatan rakyat.tetapi berita mengenai rasuah dan penyelewengan langsung tidak kedengaran.

adakah ada sebab lain mereka meninggalkan pakatan rakyat?
itu semua harus diperjelaskan kepada umum,jika tidak mahu semua ini disalah tafsir.
perkara ini mungkin akan menjadi sejarah hitam dalam negara.
bukan sahaja mengenai sistem demokrasi,tetapi dari segi perlembagaan dan penglibatan intitusi istana.sudah tentu perkara ini akan menjadi kajian dan perkara yang akan dibicangkan oleh ahli akademik dan sejarawan supaya perkara seperti ini dapat dijadikan pengajaran.

Di perak sekarang mempunyai dua orang menteri besar.satu sah dari segi perlembagaan,satu mendapat perkenan daripada sultan perak.tetapi ini semua akan dinilai oleh badan kehakiman negara.oleh itu,satu pihak terpaksa dan semestinya beralah dan melepaskan jawatan itu untuk kesejahteraan rakyat.

jika barisan nasional yang memerintah,jadikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai yang utama.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse