Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 21 Jun 2009

gambar kenangan di SUNWAY LAGOON








kerajaan perpaduan satu kajian

'Kerajaan perpaduan atau dalam bahasa Inggerisnya "unity government" atau "national unity government" atau "national union government" atau "national government" bermakna sebuah kerajaan camporan yang meluas disertai oleh parti-parti politik utama atau semua parti politik yang mempunyai wakil dalam dewan parlimen (atau apa jua
nama dewan yang sama dipanggil) biasanya dibentuk bilamana sesebuah negara menghadapi satu-satu keadaan kecemasan (atau dharurat) atau di dalam zaman perang.'

istilah kerajaan perpaduaan ini secara lahiriahnya dilihat kerajaan perpaduaan ini akan terbentuk selepas daripada sesebuah negara itu mengalami kucar kacir dan pergolakkan barulah kerajaan perpaduan ini akan di wujudkan.persoalannya adakah malaysia mahu menunggu peristiwa darurat berulang kembali dan telah belaku pertumpahan darah baru ingin menubuhkan kerajaan perpaduaan ini.

kerajaan perpaduaan ini bukanlah sesuatu yang baru,banyak negara-negara di dunia ini yang sudah melalui proses kerajaan perpaduan ini

'Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan dibentuk di Kanada. Kerajaan Konservatif pimpinan Sir Robert Borden telah mengajak Parti Liberal (parti pembangkang) pimpinan Sir Wilfrid Laurier untuk menyertai kerajaan tetapi ditolak. Walau bagaimanapun, Borden berjaya memujuk ramai pemimpin Parti Liberal secara individu menyertai kerajaan "Union Government" yang beliau bentuk. Dalam pilihan raya umum yang diadakan dalam musim luruh tahun 1917, Parti Liberal (yang enggan menyertai kerajaan perpaduan) telah kalah.'

Luxumbourg:

'Di Luxumbourg, kerajaan perpaduan pernah wujud sebanyak dua kali. Pertama, semasa Perang Dunia Pertama (1916) bilamana semua parti-parti utama yang mempunyai wakil di dalam "Chamber of Deputies" menyertai kerajaan di bawah pimpinan Victor Thorn. Kerajaan Perpaduan itu kekal hanya selama 16 bulan.'


'Kedua, dalam tahun 1945, sekali lagi terbentuk kerajaan perpaduan di Luxembourg di mana kesemua empat buah parti yang mempunyai wakil di parlimen menyertai kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Pierre Dupong. Ia kekal sampai tahun 1947 sahaja.'


United Kingdom:

'United Kingdom juga berpengalaman dalam hal kerajaan perpaduan ini. Ia pernah wujud semasa Perang Dunia Pertama dan kerajaan perpaduan itu kekal sampai ke tahun1922. Di zaman kemelesetan besar, parti-parti Buruh, konservatif dan Liberal membentuk "National Government" dalam tahun 1931 tetapi ahli-ahli parti Buruh yang menentang penyertaan parti mereka dalam kerjaaan perpaduan itu telah meninggalkan parti lalu menjadi ahli pembangkang di dalam parlimen.'


Amerika Syarikat:
'Di Amerika Syarikat kerajaan perpaduan hanya memngambil bentuk "rallied around the President" di saat negara menghadapi keadaan genting, misalnya semasa Pearl Habour diserang, pembunuhan Presiden Kennedy dan yang terkini ketika menghadapi peristiwa 9/11. Tidak pernah dua atau lebih parti yang ada perwakilan di Dewan Perwakilan bergabung membentu secara formal kerajaan perpaduan.'

Justeru, dalam suasana kini, model terbaik boleh dilihat dalam petikan ini:

'Di zaman kita ini, contoh terbaik kerajaan perpaduan ialah di Afrika Selatan di mana pernah wujud apa yang dipanggil sebagai "Government of National Unity (GNU)." Ketika kerajaan Afrika Selatan ditadbir di bawah Perlembangaan Sementara (April 1994 Februari 1997), mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi di National Assembly boleh menyertai kerjaan dan menuntut satu atau lebih portfolio lembaga menteri.'

dan negara Iraq juga boleh dijadikan model:


'Kerajaan Parpaduan Nasional Iraq (National Unity Government of Iraq) yang ditubuhkan dalam tahun 2006. Kerajaan berkenaan disertai oleh semua parti yang menang di dalam pilihan raya umum dan membuat perishtiharan memberi komitmen kepada 34 prinsip yang menunjangi kerajaaan perpaduan itu.'


'..semua pihak yang bergabung membuat komitmen untuk melindungi kedaulatan negara Iraq, mengisi kemerdekaan dan memperkasakan perpaduan dan untuk menentukan bahawa kehadiran tentera asing di Iraq akan berakhir dan pasukan keselamatan Iraq mengambilalih tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan sama-sama memerangi keganasan.'

kerajaan perpaduan ini harus di lihat dari sudut positif untuk kepentingan negara.wujudnya kerajaan perpaduan ini mampu membuka lembaran baru kepada politik malaysia yang lebih terbuka.malah bagi pendapat saya MALAYSIA sepatutnya menjadi pemangkin dan contoh terbaik kepada dunia dalam penubuhan kerajaan perpaduan ini.

peribahasa di telan mati emak di luah mati bapak bukanlah sesuatu yang wajar dalam isu kerajaan perpaduan ini.jika perkara ini membawa kebaikan untuk generasi akan datang perkara ini perlulah di kaji dan diselidiki.pimpinan parti politik seharusnya membuka ruang perbincangan sebelum mengadakan kritikan mengenai kerajaan perpaduan ini.

jika perbincangan meja bulat sudah berlangsung dan kata putus sudah di ambil barulah dapat di nilai sejauh mana keberkesanan kerajaan perpaduaan itu.

KERAJAAN PERPADUAN

kita dapat membayangkan betapa terguris perasaan beberapa tokoh politik yang dikecam oleh rakan sendiri disebabkan kerana hasrat ingin mencari perdamaian dalam kalangan kaum muslimin. Keadaan begini menjadikan kita lebih faham mengapa Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku ialah dalam kalangan muslimin!”. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat)”. (Surah Fussilat ayat 33-35).


kerajaan perpaduan semakin hangat diperkatakan.kerajaan perpaduan ini bertiup kencang selepas daripada muktamar pas yang berlangsung di shah alam baru-baru ini.idea menubuhkan kerajaan perpaduan ini lahir daripada nasharuddin mat isa dan tuan guru haji hadi awang.kerajaan perpaduaan ini mampu menjadi titik tolak kepada satu perubahan masyarakat yang penuh dengan kebenciaan dan dendam kepada masyarakat yang mampu mencipta sejarah untuk menjadi masyarakat yang sama-sama memperjuangkan negara.kerajaan perpaduan ini sepatutnya sudah lama wujud untuk menjadi satu titik penyusunan semula pentadbiran negara yang mampu memperkasakan lagi agenda pembangunan negara dari aspek pembangunan dan kerohanian.roh semangat perpaduan ini adalah rancangan masa depan yang akan menguntungkan generasi akan datang.kita mahu masyarakat ini akan berubah daripada masyarakat yang berpecah belah kepada masyarakat yang dapat bertolak ansur dan berkerjasama dalam menerajui negara.
kerajaan perpaduan ini dapat menyatukan 2 musuh politik utama di malaysia iaitu umno dan pas.kedua-dua parti politik ini merupakan parti melayu yang terbesar.kerajaan perpaduan ini bukan sahaja untuk menyatukan orang-orang melayu,tetapi ingin memperkukuhkan lagi perpaduaan yang tercapai.malaysia mampu menjadi contoh terbaik kepada dunia dalam urusan pentadbiran jika idea mengenai kerajaan perpaduaan ini dapat di implementasikan.
sesuatu yang baik jangan dihalang.ia ibarat seperti seorang pemuda yang ingin berkahwin dengan seorang anak gadis tidak boleh dihalang perkahwinan itu kerana ia adalah merupakan sesuatu yang baik.cuma mungkin agenda ini dipandang daripada sudut negatif oleh pihak-pihak tertentu.
mungkin ada yang dengki dan kecewa jika kerajaan perpaduaan ini terlaksana kerana mereka hanya mementingkan kepentingan diri,tetapi tidak mementingkan kepada persoalan masyarakat.penyatuaan ini bukan sahaja untuk kepentingan parti politik tetapi lebih di lihat kepada penyatuaan masyarakat.
PAS sebuah parti yang membawa entiti islam sudah semestinya dapat menggunakan ruang ini untuk meneruskan agenda dakwah yang lebih terbuka manakala UMNO dapat memperbaiki segala kesilapan yang belaku dan menerapkan nilai dan perubahan yang baru supaya parti yang memperjuangkan kemerdekaan ini tidak hanya tinggal di lipatan sejarah.
bangsa yang maju dan bertamadun ialah bangsa yang mampu mewujudkan perpaduaan yang utuh di kalangan masyarakat.jika perpaduaan ini terlaksana kita tidak akan mendengar lagi persoalan mengenai keburukan masyarakat kita sendiri.
sudah tentu pimpinan negara dan parti politik perlu melihat isu kerajaan perpaduaan ini daripada sudut yang positif.pemimpin perlu berkorban untuk kesejahteraan rakyat.semoga kerajaan perpaduan ini di berkati dan dirahmati ALLAH......

Sabtu, 20 Jun 2009

ONE MALAYSIA

ONE MALAYSIA.....
satu slogan yang diilhamkan oleh perdana menteri malaysia Dato Seri Najib Tun Abd Razak.
1 dream.1 people,1 nation.....
harapan baru untuk rakyat malaysia adalah ONE MALAYSIA kerana ini adalah satu konsep yang mampu membuka lembaran baru bahawa malaysia adalah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang perlu diperjuangkan segala hak dan kaum rakyatnya.konsep ONE MALAYSIA ini tidak akan sesekali meruntuhkan martabat dan maruah bangsanya tetapi merupakan gambaran bahawa bangsanya sanggup berkorban untuk kepentingan bangsa lain.Bangsa yang memperjuangkan ONE MALAYSIA ini tidak sesekali mahu melihat bangsannya ketinggalan dan di hina oleh bangsa lain.tetapi bangsa ini ingin menjadi bangsa yang berperikemanusiaan dan adil disisi masyarakat.hampir 52 tahun negara ini merdeka bangsai ini masih berlembut untuk berkongsi hak mereka dengan bangsa-bangsa lain.kalaulah di bosnia atau di mana-mana negara di dunia....bangsa lain sudah tentu tidak dapat duduk aman bersama-sama bangsa ini.sudah tentu ada pertumpahan darah dan rusuhan.tetapi bangsa ini sangat murni hatinya.pemimpin-pemimpin bangsa ini sentiasa mempertahankan hak bangsa lain kerana bangsa ini mahu negarannya aman dan makmur.bangsa ini sentiasa bertolak ansur dan bersimpati dengan bangsa lain walaupun kadang-kadang bangsa lain itu sudah mengatasi bangsa ini dari segi ekonomi.bangsa ini tetap memikirkan masa depan anak dan cucu mereka untuk terus kekal begini.
ONE MALAYSIA merupakan satu konsep sama rata yang menguntungkan semua pihak...tanpa merubah hak dan keistimewaan orang melayu.negara ini merupakan contoh terbaik kerana masih tetap mengamalkan perpaduaan kaum yang sampai sekarang ikatannya semakin kukuh walaupun ada pihak yang cuba meracuni perpaduan antara kaum di negara ini.kebijakkan pemimpin yang dapat mempertahankan perpaduaan ini adalah sangat dihargai berbanding pemimpin yang sanggup memperjuangkan kepentingan orang lain untuk kepentingan diri.

Jumaat, 19 Jun 2009

kursus biro tatanegara





salam kepada semua pembaca setia blog smart generation ini.
asri baru pulang dari kem ranjer hutan gunung tebu setiu terengganu untuk kem biro tatanegara untuk pembimbing mahasiswa universiti malaya.banyak pengalaman berharga yang diperolehi daripada kursus biro tatanegara ini.
kami semua tidur didalam khemah yang telah disediakan.pada mulanya memang rasa terkejut kerana terpaksa tidur di hutan,kerana mengikut cerita sebelum ini kursus biro tatanegara sebelum ini di buat di resort dan bilik yang ada air cond tetapi pada tahun kami terpaksa tidur dan buat aktiviti di hutan.bagi saya ini semua adalah satu kelebihan yang mana menguji kesabaran an ketahanan diri.Antaraisu yang hangat di bicarakan ketika di kursus ini adalah mengenai konsep ONE MALAYSIA.apa yang paling baik saya dapat di kursus BTN ini adalah fakta dan bukannya retorik.saya tertarik dengan ketua fasilitator kami yang menekankan kepada kami bahawa beliau ingin melahirkan orang yang mengatahui fakta dan bukannya auta.
konsep one malaysia ini dibincangkan atas dasar UM ialah satu-satunya universiti yang mempunyai pelbagai kaum dan perpaduaan antara kam di UM sudah lama wujud dan terus dikekalkan.konsep one malaysia ini sebenarnya mencerminkan wajah malaysia yang sebenarnya.melalui pendedahan ini masyarakat majmuk di malaysia dapat menikmati setiap hasil bumi di malaysia dengan adil dan saksama.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse