Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 10 November 2013

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Maut Di Tembak:ANGKARA PENGANUT SYIAH?

KUANTAN 10 Nov. – Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak oleh seorang lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam.

Mangsa merupakan salah seorang yang aktif mengambil tindakan ke atas kumpulan syiah di Pahang. Ini menimbulkan spekulasi sama ada pembunuhan ini merupakan pembalasan daripada kumpulan syiah.

Laporan berita mengenai kejayaan allahyarham mengekang ajaran syiah di Pahang.

ROMPIN 28 Sept. – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan seorang imam berusia 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur di Muadzam Shah, di sini semalam.

Dalam kes pertama kali berlaku di negeri ini hasil maklumat awam kira-kira pukul 2 petang itu, pihak JAIP turut merampas beberapa buah buku disyaki berkaitan Syiah.

Selain itu, tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu turba dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut ajaran itu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malik berkata, lelaki itu yang juga peneroka di Felda Selancar 1 di sini, dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.

Katanya, dia yang berasal dari Kelantan bagaimanapun mengaku tidak menyebarkan ajaran Syiah ketika menjadi imam.

Kata beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun.

“Semasa pemeriksaan, anak lelakinya berusia 32 tahun turut berada di dalam rumah dan telah diambil keterangan untuk siasatan lanjut, manakala isteri dan keluarganya di Felda Selancar.

“Setakat ini, kita percaya dia hanya mengamalkan ajaran itu secara sembunyi dan tidak menyebarkannya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Muadzam Shah di sini hari ini.

Kata Ahmad Raffli, kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu.

“Sebelum menyertai ajaran ini, dia juga dipercayai mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat, Johor,” katanya yang memberitahu, kes itu merupakan yang pertama kali selepas kerajaan negeri mewartakan pengharaman ajaran Syiah di Pahang, 12 September lalu.

Beliau seterusnya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ajaran itu supaya boleh tampil memberi maklumat kepada JAIP.


1 ulasan:

Lynn Munir berkata...

Syiah memang patut dibentras.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut