Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 7 April 2012

PTPTN:HARAPAN BARU UNTUK GOLONGAN MUDA DAN MAHASISWA

salam kepada semua...

Penulis Smart Generation pada hari ini terpanggil untuk membicarakan sedikit mengenai isu PTPTN yang semakin hangat menjadi modal Politik di Negara ini.Apa yang pasti,Parti mana yang menjuarai isu PTPTN ini adalah Parti yang bakal mendapat sokongan penuh golongan muda terutama warga Mahasiswa di Seluruh Negara..

Memang tidak dinafikan akan kewujudan PTPTN ini yang telah membantu golongan Mahasiswa untuk meneruskan pembelajaran dan kehidupan ketika di alam kampus.Penulis sendiri mendapat pinjaman daripada PTPTN ketika berada di alam kampus sebelum ini.Kalau tidak buat pinjaman PTPTN ini..memang Penulis tidak mampu untuk membayar kos pengajian..iaitu Yuran Pengajian dan Asrama untuk setiap semester.Penulis daripada keluarga yang susah,memang keluarga tidak mampu untuk membayar segala kos pengajian dan penulis sendiri yakin ramai golongan Mahasiswa yang berada di Universiti ataupun Kolej sekarang ini rata-rata daripada keluarga yang berpendapatan rendah.Untung bagi mereka yang mendapat BIASISWA...tetapi yang akan dapat BIASISWA ini biasanya adalah golongan Pelajar yang betul-betul cemerlang dalam pembelajaran.Barulah boleh mendapat biasiswa.Penulis sendiri pun mengharapkan Biasiswa ketika belajar dahulu..Tapi keputusan tak lah cemerlang sangat..Terpaksalah buat Pinjaman PTPTN...

Kalau di fikirkan balik...memang sebelum ini golongan Mahasiswa bertungkus lumus untuk mendapatkan kelulusan Pinjaman PTPTN ni..Kalau tidak..mana mau cari duit nak bayar segala Yuran Pengajian...Mesti kita akan bertungkus lumus naik turun tangga HEP untuk mendapatkan tandatangan dan kelulusan bagi mempercepatkan proses permohonan Pinjamam PTPTN ini kan..Tetapi secara jujur..ketika itu Penulis sendiri tidak terfikir bahawa pada suatu masa nanti..Penulis telah di bebankan dengan HUTANG...

Apabila tamat pengajian di Universiti barulah kita merasai...Sebenarnya satu beban telah menanti kita di hadapan..Kita telah terbeban dengan HUTANG DARIPADA PTPTN...

Jika kita tidak membayar balik pinjaman ini...Nama kita akan di senarai hitamkan..di siarkan di merata tempat termasuk di dalam Akhbar dan Media Perdana....Kita akan menerima surat daripada MAHKAMAH..memerintahkan supaya membayar segera HUTANG PTPTN yang tertunggak...

Mungkin lagi parah,jika setelah tamat pengajian di Universiti atau Kolej..Masih lagi menggangur..Masih lagi belum punyai Pekerjaan..Jika bekerja pun..masih lagi belum tetap....itulah Permasalahan yang di hadapi oleh Golongan Pemiutang PTPTN ini...Ibu Bapa dan Keluarga terpaksa bergolok gadai segala harta yang dimiliki supaya dapat membayar balik hutang anak-anak mereka ini ketika belajar dahulu....

HARUSKAH PTPTN INI DI MANSUHKAN..?...ATAU DI TUKAR KEPADA BIASISWA..?

KERAJAAN MEMANG TELAH MENUKARKAN PTPTN INI KEPADA BIASISWA...TETAPI BAGI GOLONGAN MAHASISWA YANG MENDAPAT KELAS PERTAMA DI UNIVERSITI...PERSOALANNYA..BERAMAI RAMAI ANAK MELAYU YANG MENDAPAT FIRST CLASS KETIKA MENUNTUT DI IPTA ATAU IPTS..?

PENULIS BERHARAP PIHAK KERAJAAN DAPAT MENILAI KEMBALI PEMPIAYAAN PTPTN INI KEPADA GOLONGAN MAHASISWA..TERUTAMA GOLONGAN MAHASISWA YANG BERPENDAPATAN RENDAH.....

MUNGKIN KERAJAAN BOLEH MEMBERIKAN IHSAN KEPADA SELURUH GOLONGAN MUDA DI NEGARA INI DENGAN MENUKARKAN PINJAMAN PTPTN INI KEPADA BIASISWA...

KALAU TIDAK SECARA KESELURUHAN PUN..TETAPI BERILAH KEPADA GOLONGAN YANG BERPENDAPATAN RENDAH.....

MEMANG SELEPAS BELAJAR...GRADUAN YANG SUDAH BEKERJA BOLEH MEMBAYAR KEMBALI WANG PTPTN INI...TETAPI ALANGKAH BAGUSNYA JIKA WANG UNTUK MEMBAYAR PTPTN INI DIBERIKAN KEPADA KELUARGA UNTUK MEMBAIKI TARAF HIDUP KELUARGA.....

KALAU KERAJAAN BOLEH MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA INI KEPADA SELURUH GOLONGAN MUDA..TIDAK MUSTAHIL MODAL INSAN DAN GENERASI CEMERLANG DAPAT DILAHIRKAN DENGAN ILMU PENGETAHUAN...

PENULIS BERHARAP....ISU PTPTN INI TIDAK MENJADI MODAL POLITIK....TETAPILAH JADIKAN ISU PTPTN INI SEBAGAI ISU MASYARAKAT YANG HARUS DITANGGANI OLEH SELURUH PIHAK..BUKAN SAHAJA KERAJAAN ATAUPUN PEMBANGKANG...

JANGAN HANYA BERSORAK DAN BERJANJI UNTUK MENGHAPUSKAN PTPTN KETIKA BERKUASA...JANGAN HANYA MULUT YANG MANIS BERBICARA KEPADA GOLONGAN MUDA....BAK KATA PEPATAH MELAYU..YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DI KENDONG BERCICIRAN.....

JADIKAN LAH PTPTN INI TABUNG KEBAJIKAN BUAT GOLONGAN MUDA DALAM NEGARA INI...BANTULAH GOLONGAN MUDA UNTUK MENCARI ILMU PENGETAHUAN...

PALING KURANG...KALAU TIDAK MAHU MANSUHKAN PTPTN INI PUN...BIARLAH DITUKARKAN KEPADA BIASISWA JIKA GRADUAN BERJAYA LULUS DI UNIVERSITI....KALAU GAGAL...KENA BAYAR BALIK...MESTI SEMUA AKAN BERUSAHA UNTUK LULUS...:-)

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse