Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 6 Januari 2010

Pelaksanaan E-voting di UM suatu analisa dan pandangan






Sistem E-voting atau E-undi semakin hangat diperkatakan di kampus perdana UNIVERSITI MALAYA.

Pelaksanaan sistem E-voting ini adalah untuk melancarkan dan memudahkan perjalanan undian bagi calon-calon yang akan bertanding di dalam pilihan raya kampus tidak lama lagi.Sistem ini bukan sahaja memudahkan pengendali malahan pelajar yang menjalankan pengundian itu sendiri dengan hanya menekan ``button`` di komputer di pusat-pusat pengundian. Buat julung-julung kalinya Universiti Malaya bakal memperkenalkan sistem undian baru bersempena pilihanraya Kampus yang di katakan akan berlaku tidak lama lagi.Sistem yang dikenali sebagai E-voting bakal diaplikasikan dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 09/10 akan datang. Sistem ini diperkenalkan sebagai mengganti sistem undian sebelum ini yang menggunakan cara manual dengan memangkah calon yang bertanding di atas kertas.. Sistem manual sebelum ini dikatakan mengundang beberapa masalah seperti lambat mengetahui keputusan dalam masa yang sama telah menyusahkan pihak pegawai jawatankuasa pemilihan untuk melaksanakannya.

Sistem E-voting ini telah di bantah oleh kumpulan yang terkenal dengan nama Pro-Mahasiswa yang mempertikaikan pengendalian sistem E-voting ini walaupun beberapa penjelasan telah diberikan kepada mereka mengenai siapakah yang bertanggungjawab secara keseluruhan kepada sistem ini.Pada 7 september 2009 – Telah berlangsungnya taklimat sistem E-voting pada jam 2.30 petang yang di hadiri beberapa wakil daripada Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) bertempat di Auditorium Kompleks Perdana Siswa. Taklimat disampaikan oleh Mohd Adiel Azhar Harun dari Jabatan Kejuruteraan Perisian.Pihak Penggerak Mahasiswa pula adalah kumpulan yang terus menyokong dan mempertahankan sistem E-voting berdasarkan ketelusan yang akan dijalankan di dalam sistem ini.

Pada 15 september 2009 jam 2.30 petang bertempat di kompleks perdana siswa,Universiti Malaya satu penjelasan telah diberikan oleh pihak TNC HEP mengenai sistem E-voting ini.Pihak MPMUM sesi 2008/2009 menegaskan tiada sebarang persetujuan dan perjanjian yang belaku untuk pelaksanaan E-undi bagi kempimpinan sesi 2007/2008(saudara afandy sebagai YDP) mahupun sesi ini.Namun pihak Pro-Mahasiswa telah lupa apabila pada 13 jun 2008(jumaat) seramai 6 orang wakil dari PMIUM menyertai kajian E-voting di UIAM.Ketika kajian ini dijalankan wakil PMIUM seramai 6 orang mendominasi kehadiran kerana wakil MPMUM hanyalah 2 orang iaitu Presiden MPMUM ketika itu saudara Afandy Tanjung bersama setiausahanya sahaja iaitu saudari Fatni serta bersama mereka juga 2 orang wakil JTK kolej kediaman ke-12.Menurut Wakil daripada PMIUM telah menyatakan bahawa sistem E-voting di UIAM lebih mesra pelajar,telus dari sudut sisi keselamatan dan kerahsiaan undi.Pada ketika ini wakil daripada PMIUM ini bersetuju untuk menjalankan sistem E-voting jika mendapat persetujuan daripada seluruh mahasiswa Universiti Malaya.Apakah yang mereka membantah pelaksanaan sistem E-voting sekarang ini sedangkan wakil-wakil mereka pada ketika itu telah melihat sendiri pelaksanaan sistem E-voting di UIAM dan mereka melihat sendiri bahawa sistem E-voting itu lebih mesra pelajar.Dari segi sudut kepercayaan mengenai pengendali sistem E-voting ini adakah orang yang mengendalikan sistem E-voting di UIAM itu lebih dipercayai daripada pengendali sistem di UM?.

Pada sesi perbincangan di KPS ini juga pihak Pro-mahasiswa ini telah diberi penjelasan bahawa peruntukan kewangan untuk operasi ini adalah sebanyak RM 40,000.00.Tetapi berdasarkan kenyataan-kenyataan mereka pelaksanaan sistem E-voting ini menelan belanja ratusan ribu ringgit namun maklumat yang mereka dapat mengenai jumlah perbelanjaan daripada sistem ini hanyalah menerusi kawan-kawan mereka di Universiti yang telah melaksanakan E-voting tiada hitam putih yang dikeluarkan oleh pihak BANTAH mengenai kos perbelanjaan sebenar untuk melaksanakan sistem E-voting ini daripada Universiti yang telah melaksanakan E-voting ini.

Pihak BANTAH ini barangkali lupa peristiwa yang belaku pada PRK sesi 2008/2009 Yang mana keputusan pilihan raya terpaksa di umumkan sehingga lewat tengah malam kerana sistem manual yang dijalankan ini telah memakan masa yang lama untuk pengiraan semula undi.Mereka yang terlibat sebagai pegawai-pegawai dalam pilihan raya kampus ini adalah staf-staf daripada Universiti Malaya yang mempunyai keluarga di rumah.Mereka juga akan bekerja pada keesokan harinya.Jika kita melaksanakan sistem E-voting ini masa untuk pengiraan undi tidak perlu lagi diadakan malahan keputusan pilihan raya akan dapat diketahui dengan lebih awal lagi.Pihak HEP juga terpaksa membayar elaun secara terus kepada semua pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengiraan undi ini kerana mereka juga bekerja dan jumlah elaun yang perlu di bayar kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengiraan undi ini sebenarnya melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding sistem E-voting yang akan kita laksanakan.Pihak BANTAH perlu mengperhalusi mengenai perkara ini kerana jangan memandang kos pengendalian sistem ini semata-mata tetapi pihak BANTAH perlu lebih matang dalam memikirkan kelebihan sistem ini.Kerana jika sistem ini dibangunkan maka pilihan raya kampus selepas ini akan menggunakan sistem E-voting ini dan tidak ada sebarang kos dan perbelanjaan akan digunakan mungkin.Sistem ini adalah untuk kemudahan mahasiswa di masa hadapan di samping dapat mengurangkan kos perbelanjaan seterusnya.Berbanding dengan sistem manual yang perlu menggunakan kertas dan membayar elaun kepada pegawai-pegawai yang terlibat yang telah menelan belanja ratusan ribu ringgit.Lebih baik lebihan wang itu digunakan untuk aktiviti dan kegiatan pelajar di Universiti Malaya.

Pihak Penggerak Mahasiswa akan terus mempertahankan sistem E-voting ini untuk kemudahan mahaiswa di masa hadapan dan jika ada penyelewengan yang belaku di dalam sistem E-voting pihak Penggerak Mahasiswa mahu mereka yang menentang sistem ini untuk tampil bersama fakta dan bukti bahawa sistem ini memang diseleweng dan ada tangan-tangan ghaib yang mengawal sistem ini maka barisan Penggerak Mahasiswa akan bersama-sama menuntut penjelasan mengenai sistem ini.Namun perkara yang amat menyedihkan apabila sistem ini masih belum lagi dilaksanakan di Universiti Malaya tetapi bantahan terhadap sistem ini seolah-olah sistem ini memang salah dan tidak patut di laksanakan dan kelihatan sistem ini terlalu kejam kepada mahasiswa.Apakah yang membuatkan pihak Pro-Mahasiswa ini berfikir secara jumud dan kotor serta memandang negatif kepada sistem walhal sistem ini masih belum dilaksanakan lagi di kampus Universiti Malaya.

pihak pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP ) telah mengadakan sesi percubaan tentang sistem ini kepada mahasiswa/i di kampus di olej kediaman ke 11, kolej kediaman ke 9 dan fakulti sastera dan sains sosial, sebagai maklumat asas sebelum melaksanakan sistem ini secara serius pada pilihanraya Kampus akan datang.Walaupun sudah diberikan pelbagai penjelasan dan pemahaman kepada mereka mengenai pengendali dan bagaimana sistem ini berfungsi tetapi kerana sikap penentangan mereka ini dan syakwasangka yang tinggi kepada pengendali sistem ini mereka terus melakukan bantahan kepada sistem ini.Sikap yang mereka tunjukkan seolah-olah bagi mereka bahawa sistem yang dijalankan ini merosakkan dan mematikan demokrasi.Sedarkah mereka jika sistem ini dijalankan secara telus dan tanpa sebarang unsur penipuan dan manipulasi daripada pihak-pihak tertentu adakah demokrasi di kampus akan mati?

Pada 10 oktober 2009 yang lalu kumpulan yang membantah sistem ini atau nama singkatan yang meraka gunakan BANTAH(Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting) telah menyerahkan memorandom Bantah E-Voting kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin oleh wakil-wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) di Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah tamat Majlis Penutup dan Penyerahan Resolusi Mahasiswa 1 Malaysia.kumpulan ini memang benar-benar terdesak mahukan sistem ini tidak dijalankan dan dilaksanakan langsung di Malaysia.

Pengerusi Kepimpinan, Kerohanian dan Pembangunan Insan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Aizat b.Mohd Saleh dan Timbalan Pengerusi MPMN, Hishamuddin Che Ali sewaktu penyerahan memorandom menegaskan pendirian selaku pemimpin di kalangan mahasiswa supaya kementerian menghapuskan segera sistem e-voting yang dilihat tipisnya ketelusan yang diharapkan ketika pilihanraya kampus berlangsung tidak lama lagi.Dari sudut manakah mereka mengatakan bahawa sistem ini tidak telus atau sekadar andaian dan jangkaan mereka semata-mata bahawa sistem ini bakal dimanipulasikan.?Sistem ini masih belum di jalankan di kampus Universiti Malaya bagaimana mungkin mereka boleh menyaksikan ketidak telusan sistem ini sedangkan jika universiti-universiti lain yang telah melaksanakan sistem ini tidak ada permasalahan yang belaku kenapa tidak di Universiti Malaya.

Apa yang kita mahu banggakan dengan panggilan Universiti terbaik di Malaysia malahan Universiti Pertama di Malaysia jika kita yang berada di Universiti Malaya tidak melaksanakan sistem yang lebih hebat daripada universiti-universiti lain di MalaysiaKita sebagai warga Universiti Malaya perlu menunjukkan sikap dan keterbukaan kita bahawa kita mampu melaksanakan sistem yang lebih baik daripada Universiti-Universiti lain di Malaysia.Kalau sistem E-voting di universiti lain tidak telus kenapa mahasiswa mereka tidak bangkit menentang sistem itu? .Adakah Universiti Malaya membangunkan sistem yang kejam kepada mahasiswa mereka?

Diantara persoalan lain yang telah ditimbulkan oleh BANTAH ini adalah seperti berikut:
Sistem E-Undi akan dikendalikan oleh beberapa pegawai yang akan dilantik oleh pihak HEPA. Adakah dinamakan demokrasi sekiranya keputusan undi pilihan raya boleh ditentukan oleh hanya beberapa orang yang menguasai sistem ini?
MPMUM diberitahu oleh Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bahawa sistem ini dibangunkan tanpa menggunakan apa-apa kos. Adakah mustahil sistem baru yang menggunakan sistem ‘online’ internet serta penggunaan komputer tidak melibatkan apa-apa kos?
Di dalam sistem ini, pengundi akan dibekalkan dengan nombor PIN yang akan digunakan untuk mengakses atau log masuk ke dalam skrin pembuangan undi. MPMUM berpendirian bahawa tidak ada lagi istilah undi rahsia apabila setiap pengundi memiliki nombor PIN dan pihak pengendali sistem ini iaitu PTM dan HEPA akan mengetahui siapakah calon yang akan diundi oleh pengundi-pengundi berdasarkan nombor PIN yang didaftar dan diberikan.
Pengundi tidak mengetahui kemanakah undi mereka akan disalurkan kerana tidak ada ‘board’ yang memaparkan pertambahan undi kepada calon yang dipilih.
MPMUM juga dimaklumkan bahawa ‘password’ komputer hanya diketahui oleh pegawai-pegawai tertentu. Sejauh manakah pegawai-pegawai ini yang dilantik HEPA benar-benar akan menjaga kerahsiaan data di dalam komputer setelah sistem PRK sebelum ini juga terdapat kepincangan dalam pengiraan undi oleh pegawai-pegawai HEPA?
MPMUM dimaklumkan juga bahawa keputusan pengiraan undi akan dibuka oleh individu tertentu oleh HEPA.
Terdapat percanggahan maklumat berkenaan sistem ini, yang dimaklumkan oleh pegawai-pegawai HEPA. Antaranya dari aspek kos untuk membangunkan sistem ini.
Sepanjang pertemuan tersebut, MPMUM berpendirian bahawa HEPA juga belum lagi bersedia sepenuhnya untuk menjalankan sistem ini setelah banyak persoalan-persoalan yang diajukan oleh pihak MPMUM gagal dijawab oleh pihak HEPA.



Pada 15 disember 2009 Pengarah Pusat Teknologi Maklumat, Dr David Asirvatham, menyatakan pembangunan sistem e-undi untuk digunakan di dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang ini sudah hampir 60 peratus siap.Beliau menyatakan demikian, selepas menghadiri mesyuarat kali kedua Jawatankuasa Induk Pemilihan MPMUM di Bilik Court, bangunan Canselori, Universiti Malaya. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah pengerusinya, Datuk Dr Azarae Idris serta wakil-wakil daripada fakulti dan kolej kediaman. MPMUM yang diwakili Mohd Aizat, Benjamin dan Nurul Fitrah turut dijemput dalam mesyuarat itu.Namun, katanya beliau dan pasukannya masih lagi meneliti sistem itu dan dalam proses penambah-baikan serta menerima cadangan-cadangan daripada pelbagai pihak.Sistem itu juga ujarnya akan memudahkan proses pembuangan undi serta penjumlahan undi, dan dijangka keputusan akan diketahui sejurus daripada proses mengundi selesai.Pengerusi jawatankuasa pemilihan MPM, Datuk Azarae Idris pula menyatakan tidak ramai mahasiswa yang mengambil bahagian dalam siri roadshow penerangan berkenaan sistem baru itu.

Pihak BANTAH sebenarnya faham dan akur dengan sistem E-voting ini.Wakil-wakil daripada pihak MPMUM sememangnya telah dijelaskan dengan panjang lebar mengenai sistem E-voting ini.Pengerusi BANTAH sendiri iaitu saudara Aizat Salleh sendiri merupakan wakil daripada MPMUM yang sememangnya menerima penjelasan terus daripada pihak PTM mengenai sistem E-voting ini.Sebenarnya yang menjadi pertikaian mereka adalah kepercayaan mereka terhadap sistem ini iaitu pengendali sistem E-voting ini.Walaupun telah dijelaskan kepada mereka bahawa yang mengawal sistem ini adalah orang yang membangunkan sistem ini sahaja malahan password yang digunakan untuk sistem ini hanyalah diketahui daripada Datuk Naib Canselor sendiri.Malahan Naib Canselor Universiti Malaya sendiri meminta kepada pengerusi BANTAH iaitu saudara Aizat Salleh untuk melantik mana-mana konsultan yang bebas di dunia ini untuk memantau pelaksanaan sistem E-voting ini sendiri malahan Naib Canselor sanggup membayar kepada pihak kosultan yang dicadangkan itu.Tetapi pengerusi BANTAH ini terus menerus memperjuangkan bahawa sistem E-voting ini memang perlu Di tolak dan dipertikaiakan.Di dalam dunia ini secara realiti memang tidak ada sistem yang benar-benar sempurna sama ada kita gunakan teknologi ataupun manual.Kalau kita gunakan sistem pengundian secara manual yang biasa dilaksanakan ketika pilihan raya kampus isu mengenai kepercayaan terhadap pengendali sistem ini akan turut dipersoalkan.Penulis menyeru kepada pihak BANTAH untuk memperbaiki sistem ini jika kelihatan cacat dan cela serta tempang dari segi pelaksanaanya bukannya membantah secara membuta tuli dan terus walhal sistem ini adalah baik untuk seluruh mahasiswa amnya.

Walaubagaimanapun, katanya, jawatankuasa tersebut akan mengadakan semula taklimat proses pemilihan melalui e-undi pada Januari depan di Dewan Tunku Canselor. Dijangka akan ramai mahasiswa akan menghadiri taklimat ini.Sistem pengundian secara e-undi mula diperkenalkan setelah mendapat arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sesi ini. Antara kampus yang sudah menjalankan sistem ini adalah UUM, UPM, UPSI dan UIAM.



Sistem E-voting yang akan dilaksanakan di Universiti Malaya sendiri adalah daripada Naib Canselor Universiti Malaya sendiri iaitu Datuk Dr Ghauth Jasmon.Beliau adalah orang yang benar-benar mahu melaksanakan sistem E-voting ini di kampus Universiti Malaya.Namun gabungan BANTAH ini tetap menyalahkan dan menunding jari kepada pihak HEP(Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya dan menyatakan bahawa pihak HEP UM mengawal sistem ini.

Kampus Universiti Malaya dihangatkan lagi dengan isu Naib Canselor Universiti Malaya Prof. Datuk Dr. Gauth Jasmon yang didakwa mengamalkan kronisme dalam pengambilan staff universiti itu.Menurut Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria, perlantikan Dr. David Ngo Check Leng dan Dr. David Asirvatham tidak melalui temuduga rasmi Universiti.“Dr. Gauth perlu jelaskan asas-asas perlantikan dua staff terbabit…suatu perlantikan pelik,” jelasnya.“Perlantikan itu ganjil (kerana) tiada temuduga, seolah-olah (seperti) tender tertutup.Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat turut melahirkan rasa ragu terhadap Dr. Gauth kerana kedua-dua staff terbabit merupakan rakan sekerja Naib Canselor itu di Universiti Multi Media (MMU) dahulu.“Adakah kedua-dua (staff) ini adalah rakan sekerja lama Dr. Gauth di MMU dulu, maka mereka boleh dilantik sewenang-wenangnya di UM,” soalnya.Dalam kenyataan bertulis, Nasir turut memertikai kelayakan minima David Ngo Chek Leng dianugerahkan Profesor serta dilantik sebagai Dekan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).“Beliau tidak memenuhi syarat minima (seperti) mendapat kredit bahasa Melayu dalam SPM, tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu yang diperlukan oleh seorang penjawat awam,” jelasnya.Beliau turut memperikai Dr. David Asirvatham yang menjawat jawatan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dengan tawaran gaji begitu misteri, RM18,000 sebulan.Dakwanya lagi, disiplin pengajian Dr. David Asirvatham dalam bidang e-Learning, sedang disiplin pengajian yang menjadi syarat kelayakan minima bagi Pengarah PTM adalah dalam bidang Sains Komputer. Nasir turut mendesak Dr. Gauth dan dua staff terbabit digantung dari jawatan mereka masing-masin sebagaimana amalan biasa perjawatan awam demi memudahkan siasatan oleh pihak berwajib.Turut menyertai Nasir, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Hussein dan dua exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Gauth Jasmon menafikan tuduhan wakil dari PAS bahawa dua ahli akademik yang dilantik universiti itu tidak berkelayakan.Beliau berkata, pelantikan profesor dan dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) Dr David Ngo Chek Leng dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Dr David Asirvatham dilakukan mengikut prosedur. Ngo telah ditemuduga oleh jawatankuasa pemilihan professor dan diluluskan oleh Lembaga Universiti.“Beliau pernah berkerja dengan saya di Universiti Multimedia (MMU) dan pernah menjadi dekan fakulti teknologi maklumat selama 6 tahun. Dari segi kelayakan, beliau memang cemerlang,” katanya.“Kalau ada MP menyatakan tidak ada temuduga, itu semua tidak betul,” katanya dalam sidang media diadakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung mengenai Persatuan Mahasiswa Bahasa Cina UM juarai pertandingan debat Mandarin antarabangsa.Prof Gauth menyangkal kenyataan oleh Ahli Parlimen, Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) yang mempersoalkan kelayakan Ngo dan Asirvatham.Prof Gauth berkata, Asirvatham sebelum ini pengarah Centre of Multimedia and Application Development selama lapan tahun dan pengarah pusat computer di MMUjuga.“Sebelum beliau ditawar bekerja di sini, beliau telah ditemuduga dan disyorkan oleh pihak pengurusan, baru ditawarkan bekerja mengikut kontrak,” katanya.

Namun di dalam blog yang telah di tulis oleh Pengerusi BANTAH ini sendiri jelas menunjukkan bahawa beliau adalah orang yang mempertikaiakan mengenai pengendali sistem ini.Taktik yang mereka gunakan adalah untuk menjatuhkan krediabiliti Naib Canselor UM sendiri dan mereka yang telah membangunkan sistem E-voting ini.

Selaku pengerusi gabungan BANTAH yang membantah perlaksanaan e-voting di UM, tujuh perkara yang menjadi persoalan dan pengamatan saya dalam isu ini:

1. Dr David (Pengarah Pusat Teknologi Maklumat) adalah merupakan individu yang bertanggungjawab penuh dalam merangka dan membangunkan sistem perisian e-voting untuk digunakan di dalam pilihan raya kampus.

2. Kita mempertikaikan mengapa tugas membangunkan sistem ini adalah kepada individu yang bukan merupakan core di dalam bidang perisian dan sistem. Sedangkan Dr David adalah dalam bidang e-learning?

3. Mengapa tidak ada attachment langsung antara pihak pentadbiran dengan Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat (FSKTM) dalam membina sistem ini? Sedangkan banyak lagi pakar yang boleh dirujuk di fakulti ini?

4. Kita dimaklumkan bahawa pemilihan Dr David adalah berdasarkan pengalamannya selama 12 tahun berkhidmat di Multimedia University (MMU), dan seorang yang berpengalaman menggunakan dan mengendalikan sistem e-voting yang digunakan di MMU. Soalnya, seperti sudah ada perancangan rapi pihak-pihak tertentu dalam perlaksanaan sistem evoting ini di UM?

5. Kita meminta disiasat perjalanan dalam membangunkan sistem ini. Berdasarkan kenyataan Dr David bahawa tiada langsung kos untuk melaksanakan sistem baru ini. Amat mustahil tiada kos langsung yang digunakan untuk mencipta sistem dan perisian ini. Disamping itu juga dengan pertambahan pusat mengundi di fakulti-fakulti juga menguatkan tanggapan bahawa ia bukanlah satu kos yang kecil bagi melaksanakan sistem ini, malah lebih besar lagi berbanding sebelumnya.

6. Pihak universiti mesti mewujudkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat maklumat ini. Dan bagi menjaga integriti universiti dan nama Naib Canselor, Dr Ghauth haruslah melepaskan jawatannya secara profesional bagi sementara waktu sehinggalah kes siasatan selesai. Siasatan juga haruslah kepada Dr David Asirvatham selaku individu yang diberi mandat membangunkan sistem e-voting.

7. Memansuhkan segera sistem e-voting.

Dengan itu sahaja dapat menyelesaikan konflik integriti dan mengembalikan semula kebersihan dan ketelusan demokrasi kampus dan negara. Kita tidak mahu kes ini mencalarkan kedudukan UM di tangga 180 terbaik dunia!.

Penjelasan yang telah diberikan oleh Pengerusi BANTAH di dalam blognya(http://generasiwahyu.blogspot.com/) yang bertarikh 17 disember 2009 ini secara jelas membuktikan bahawa beliau memang mahu menggunakan isu ini sebagai platform terbaik untuk membantah penggunaan sistem E-voting daripada dilaksanakan di kampus Universiti Malaya.

Sekali lagi pada 21 disember 2009 pengerusi BANTAH ini mengeluarkan kenyataan di dalam blognya yang bertajuk`` Tuduhan Fitnah Universiti:Penjelasan Pengerusi Bantah``



Ramai yang mempersoalkan tindakan saya menyertai sidang media bersama ahli Parlimen PAS pada 16 Disember 2009 (Rabu) lepas di Parlimen. Dan, berita tersebut disiarkan oleh beberapa media .



Tindakan saya mengundang pelbagai persepsi. Ada yang mengatakan saya cuba menfitnah Naib Canselor Datuk Ghauth. Dan beberapa individu juga menuduh saya yang memberikan maklumat dalaman kepada ahli parlimen Pas tersebut.



Saya akan nyatakan beberapa perkara agar dapat semua pihak jelas akan isu ini.



1. Isu yang berlaku adalah apabila dua MP PAS mempersoalkan maklumat yang diterimanya daripada kakitangan universiti, berkenaan dengan dua pegawai universiti, iaitu Dr David Ngo Chek Leng dan Dr David Asirvatham yang didakwa dipilih tidak melalui prosedur yang betul. Saya mendapat tahu isu tersebut melalui satu blog, saudara zainufaqar yang juga aktivis media.



2. Keraguan timbul apabila maklumat yang saya baca berkenaan dengan Dr David Asirvatham, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM), juga terlibat dengan perkara ini apabila kelayakan beliau adalah dalam bidang e-learning. Beliau telah diberikan mandat oleh universiti untuk membangunkan sistem e-voting untuk tujuan pilihan raya kampus akan datang.



3. Dalam kenyataan media tersebut, saya berdiri sebagai pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH), bukan sebagai ahli majlis perwakilan (MPM), dan kenyataan saya jelas kepada media bahawa dalam isu ini, saya tidak menfitnah NC, bahkan saya menyatakan keraguan saya apabila Dr David dipilih sebagai ketua menjalankan sistem e-voting sedangkan dia bukan pakar dalam bidang itu.



4. Saya juga menyatakan keraguan saya berasaskan pertemuan-pertemuan saya dengan beliau dan NC sendiri ketika membincangkan kewajaran dilaksanakan sistem ini dalam pilihan raya kampus akan datang. Dan prinsip saya jelas, saya membantah sistem ini kerana diragui ketelusannya!



5. Namun, jawapan yang saya dapat dari NC, beliau yakin dengan individu ini (Dr David Asirvatham) kerana beliau kenal lama dengan dia, dan dia (Dr David) pernah bekerja bersama-sama dengannya di MMU hampir 12 tahun. Dan selama 12 tahun itu, sistem e-voting yang dijalankan di MMU adalah dibangunkan oleh Dr David. Saya semakin ragu dengan perkara ini seolah-olah ada perancangan yang rapi oleh pihak-pihak tertentu (saya tidak sebut NC) untuk membawa sistem ini di dalam UM yang saya begitu yakin ketidak telusannya.



6. Namun, media tidak menyiarkan kenyataan saya.



7. Berkenaan dengan saya cuba menfitnah atau cuba menjatuhkan kredibiliti NC, itu tidak benar! Apakah menjadi satu kesalahan apabila satu maklumat yang dikeluarkan oleh ahli parlimen, berkenaan dengan satu perkara yang dianggap penyelewengan, untuk dijelaskan kepada rakyat?



8. Bagi saya, saya menjaga integriti serta prinsip saya sebagai mahasiswa yang bukan memihak kepada mana-mana parti politik. Saya disitu, menyatakan, jika satu perkara yang ragu, adalah lebih baik ditubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat perkara ini. Dan bagi menjaga integriti universiti, pihak yang disiasat perlu melepaskan jawatan sementara waktu sehingga kes itu selesai. Itu prinsip asas dalam ketelusan dan integriti. Sama juga sepertimana yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara yang dituduh rasuah atau isu PMBK di Kelantan.



9. Bagi saya, jika MP BN pun yang mengeluarkan kenyataan dan maklumat tersebut, saya juga akan menyatakan pendirian yang sama. Apakah tidak boleh seorang pegawai universiti digantung jawatan sementara apabila dituduh atas satu-satu kesalahan, sepertimana yang dilakukan oleh universiti menggantung pelajar yang dihadapkan di tribunal universiti, walhal ia masih lagi belum dibuktikan kesalahannya?



10. Yang saya bantah, bukan universiti, tetapi e-voting. Dan juga kredibiliti yang mengendalikan sistemnya. Itu jelas! Media dan sesetengah pihak seolah-olah menggambarkan bahawa saya cuba menggugat NC dengan menfitnahnya.



11. Walaupun begitu, perlu diingat. Selaku pengerusi gabungan mahasiswa yang membantah e-voting. Saya tidak berganjak untuk terus mendesak mana-mana pihak yang cuba meneruskan sistem ini, walaupun yang akan saya hadapi adalah NC sendiri. Itu pendirian saya dan gabungan saya.





Di dalam blog ini pengerusi BANTAH secara jelas mengistiharkan untuk terus mendesak mana-mana pihak yang cuba meneruskan sistem ini,walaupun beliau berhadapan dengan Datuk Naib Canselor sendiri dan menyatakan bahawa itulah pendirian beliau dan gabungan beliau.Jikalau Naib Canselor Universiti Malaya sendiri mahu laksanakan sistem E-voting ini kelihatan seolah-olah Naib Canselor ini tiada krediabiliti dalam melaksanakan sistem E-voting ini berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pengerusi BANTAH ini sendiri.



Pihak BANTAH seharusnya menerima sistem E-voting ini sebagai satu platform memperlihatkan perubahan kepada mahasiswa.Demokrasi tidak akan pernah mati dan tidak akan mati walaupun kita menggunakan apa sahaja sistem untuk melaksanakan demokrasi itu tetapi demokrasi akan mati sekiranya kita tidak dapat menerima pandangan dan juga penjelasan daripada pihak yang lain dan merasakan hanya pihak kita sahaja yang betul.Perkara inilah yang akan mematikan proses demokrasi.



Pada 1 januari 2010 yang lalu Lebih 250 mahasiswa membanjiri forum ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) .Mahasiswa yang hadir disamping dari Universiti Malaya, turut juga menerima hadirin dari pelbagai kampus luar.Forum ini telah dikatakan mendapat tekanan daripada pelbagai pihak tetapi sebenarnya Forum yang dijalankan oleh pihak BANTAH ini tidak melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Kerana mengikut undang-undang setiap persatuan yang berada di Universiti Malaya perlu mendapat kelulusan daripada bahagian HEP untuk dijalankan.Beberapa front mahasiswa juga turut hadir termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen dan Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM).Panelis yang hadir ialah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Chang Lih Kang merangkap ADUN Teja, Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hasyim dan Presiden SMM merangkap Timbalan Presiden GAMIS, Mohd Shazni Munir Ithnin.Panelis utama iaitu professor dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Aziz Bari menarik dari untuk menjadi panelis 10 jam sebelum program bermula.Profesor berkenaan didakwa “mendapat surat amaran” dari UIAM.Terdahulu, pakar sistem komputer dari Universiti Malaya, Dr Chiew Thiam Kian yang sebelumnya bersetuju menjadi panelis juga menarik diri seminggu sebelum program bermula.Beliau juga didakwa “ditekan oleh pentadbiran”.Majlis yang mendapat tentangan hebat pihak Timbalan Naib Canselor universiti berkenaan sebelum ini ditarik permit pelaksaan program oleh pihak APIUM.Namun, Mohd Aizat Salleh, pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) menyatakan bahawa Naib Canselor universiti berkenaan, Prof. Dr. Ghauth Jasmon “tidak mempunyai masalah dengan pelaksanaan forum”.



Antara isi perbincangan forum berkenaan ialah“ Kita bukan meragui sistem E- voting tetapi kita meragui siapa pengendali sistem itu ” kata Shafie Hashim .Beliau yang juga merupakan Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional berkata demikian pada Forum Terbuka:E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Universiti anjuran Gabungan Mahasiswa Membantah e-Voting (BANTAH).“Kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyeleweng dan bersikap tidak telus terhadap sistem itu kerana kita tidak mengetahui status sebenar siapa pengendali itu sama ada “ bersih “ atau tidak daripada sebarang kepentingan pihak – pihak tertentu ”.katanya lagi .Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan oleh wakil Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) yang tidak bersetuju dengan forum pada malam itu, wakil SPKUM tersebut turut menyatakan pihak pentadbiran Universiti Malaya (UM) mahu memudahkan Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang sekiranya E voting dilaksanakan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, YB Chang Lih Kang yang juga merupakan panelis forum tersebut bersetuju membantah sistem E – Voting.
“ Saya tidak ada masalah sekiranya E- Voting di jalankan ,namun kita meragui keberangkalian E- voting diseleweng. Tambah beliau lagi,sekiranya E – voting hendak di jalankan pada pilihan raya kampus kali ini, pihak Universiti seharusnya mengambil kira persetujuan daripada mahasiswa itu sendiri selaku pengundi.





Forum yang dijalankan pada malam ini sebenarnya tidak mencerminkan suatu proses demokrasi yang mana setiap ahli panel yang hadir sememangnya tidak mahu dan membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan sistem E-voting ini.Walaupun kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Chang Lih Kang merangkap ADUN Teja bahawa beliau bersetuju dengan pelaksanaan sistem E-voting ini jika memenuhi syarat dan ketelusan dalam pelaksanaanya.Malahan menurut beliau sistem E-voting ini turut di jalankan oleh beberapa buah negara di dunia ini.Apa yang dapat di simpulkan di sini bahawa tidak ada sebarang masalah dalam pelaksanaan sistem E-voting ini.Malahan mahasiswa seharusnya lebih bijak dalam menggunakan aplikasi teknologi ini sebagai satu platform untuk kemudahan mereka sendiri.



Forum ini dapat berjalan dengan aman dan lancar walaupun pihak BANTAH mengeluarkan provokasi bahawa forum ini mendapat ancaman dan tentangan daripada pihak tertentu tetapi pihak dan wakil daripada Penggerak Mahasiswa juga turut sama hadir untuk mendengar penjelasan dengan lebih intelektual.Tetapi tidak adil bagi pihak Penggerak Mahasiswa jika forum ini kelihatan berat sebelah dan menyebelahi pihak yang membantah pelaksanaan sistem E-voting ini dan forum ini tidak boleh dikatakan perbincangan secara intelektual.Perbincangan dalam forum ini juga bukan perbincangan mengenai sistem E-voting ini secara keseluruhan tetapi lebih kepada mengajak mahasiswa yang hadir di forum ini untuk membantah pelaksanaan E-voting.seharusnya forum yang dibawakan ini adalah lebih bersifat akademik dan mencerminkan keterbukaan mahasiswa itu sendiri.



Panelis utama di dalam forum ini iaitu professor dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Aziz Bari menarik dari untuk menjadi panelis 10 jam sebelum program bermula.Profesor berkenaan didakwa “mendapat surat amaran” dari UIAM.Perkara ini telah dijadikan isu utama pihak BANTAH bahawa demokrasi kampus telah mati dan ahli akademik telah disekat daripada pandangan.Namun ini semua hanyalah prasangka dan tanggapan daripada pihak BANTAH sendiri sedangkan apa yang telah diperkatakan oleh mereka hanyalah palsu semata-mata. pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Aziz Bari akhirnya terpaksa membuat kenyataan di media mengenai salah faham yang telah dilakukan oleh pihak BANTAH ini sendiri.



Pensyarah Universiti Islam Malaysia (UIA) Dr Abdul Aziz Bari menjelaskan berlaku salahfaham berhubung ketidakhadirannya di forum “E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus” di Universiti Malaya semalam.Forum tersebut anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, berlangsung selama satu jam setengah mulai jam 9.45 malam.

Berikut adalah penjelasan penuh Dr Aziz Bari ekoran laporan mengenai perkara itu:

“Nampaknya ketidakhadiran saya semalam menimbulkan keadaan dan tanggapan yang kian kusut dan mengelirukan. Saya ingin menjelaskan pihak UIA tidak memberi amaran supaya saya tidak hadir dalam forum itu.

“Malangnya penganjur forum itu salah faham dengan maksud emel saya itu. Ketidakfahaman itu menyebabkan media terkeliru sama dan timbul laporan yang menimbulkan imej negatif pada UIA. Ini tidak adil dan tidak betul. Saya sekadar berkomunikasi dengan penganjur; komunikasi itu tidak harus dijadikan kenyataan umum kerana ia tidak dimaksudkan begitu.

“Maksud sebenarnya saya ialah saya tidak selesa dengan publisiti negatif forum berkenaan. Dan sebagai orang luar saya berasa ragu untuk masuk ke kampus tersebut dalam keadaan sedemikian.

“Saya maksudkan keadaan sulit dan tekanan dalam suasana politik sekarang. Bukan tekanan dari UIA. UIA tidak ada kena mengena dengan forum itu. Saya melihat masalah itu ialah antara penganjur forum itu dengan pihak UM. Bukan dengan UIA.

“Saya menyebut tekanan tapi bukan tekanan dari UIA. Tekanan dirasakan akibat pergolakan sekarang. Ia ingatan umum tentang peraturan universiti dan tidak merujuk kepada forum malam tadi.

“Malangnya apa yang saya sebutkan ‘amaran’ itu disalahanggap dan penganjur ingat merujuk kepada forum itu.”

Sudah terang lagi bersuluh kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pakar undang-undang daripada UIA ini bahawa perkara ini telah dijadikan isu oleh pihak BANTAH ini untuk mendapatkan publisiti dan juga perhatian mengenai forum yang telah diadakan ini.segala macam tuduhan dan fitnah yang telah dinyatakan oleh pihak BANTAH ini sememangnya tidak berasas dan hanyalah anggapan serta syakwasangka negatif daripada mereka sahaja.



Penggerak Mahasiswa akan terus mempertahankan pelaksanaan sistem E-voting ini untuk suatu perubahan dan keintelektualan mahasiswa dalam mempergunakan sistem teknologi terkini dan akan terus berpegang kepada prinsip SOKONG jika pelaksanaan sistem E-voting ini benar-benar telus dan untuk memudahkan mahasiswa untuk menjalankan pengundian .Pihak BANTAH seharusnya bukan terus membantah sistem ini tetapi hendaklah mencadangkan penambahbaikan untuk sistem ini.Sistem E-voting ini merupakan suatu alternatif terkini bagi mahasiswa untuk menjalankan pengundian yang dapat menjimatkan masa untuk mengetahui keputusan pilihan raya kampus.

Jika sistem ini dapat dijalankan serta dibuktikan keberkesananya sudah tentulah sistem ini akan terus dilaksanakan untuk masa-masa akan datang.Sekiranya ada kelompangan di dalam sistem ini setelah dijalankan sudah tentulah lebih banyak lagi penambah baikan dan pemulihan terhadap sistem ini akan dijalankan.Tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang baru.Tetapi kalau takut untuk mencuba sesuatu yang baru adalah pengecut.

Penulisan ini hanya merupakan idea dan analisa penulis sendiri.segala kesalahan dan pendapat yang bercanggah penulis memohon maaf.Ruangan ini sekadar untuk penjelasan berdasarkan fakta dan keterangan semata-mata.













21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wonderful publish, very informative. I'm wondering why the opposite specialists of this sector don't notice this.
You should proceed your writing. I am sure, you've a huge readers' base already!
Stop by my page - forex trading

Tanpa Nama berkata...

With havin so much content do you ever run into any problems of
plagorism or copyright violation? My website has a lot of completely unique content I've either created myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the internet without my agreement. Do you know any solutions to help stop content from being ripped off? I'd really appreciate it.
Also visit my blog ; speed up my pc

Tanpa Nama berkata...

There is definately a lot to learn about this topic.

I really like all of the points you've made.
my page :: samson tobacco

Tanpa Nama berkata...

Because the admin of this website is working, no hesitation very quickly it will be well-known, due to its feature contents.
Feel free to surf my website ; old holborn yellow

Tanpa Nama berkata...

My partner and I stumbled over here from a different page and thought I should check things
out. I like what I see so now i'm following you. Look forward to looking into your web page repeatedly.
Feel free to visit my page ... borkum riff pipe tobacco

Tanpa Nama berkata...

I usually do not leave many responses, however after reading through a
lot of responses here "Pelaksanaan E-voting di UM suatu analisa dan pandangan".
I actually do have 2 questions for you if you tend not to
mind. Could it be just me or do some of the remarks look like they are written by brain dead visitors?
:-P And, if you are posting at additional social sites, I would like to keep up with
everything fresh you have to post. Could you make a list of
every one of all your shared pages like your linkedin profile,
Facebook page or twitter feed?
My page: mac baren

Tanpa Nama berkata...

You really make it seem so easy with your presentation but I find this topic
to be really something that I think I would never understand.
It seems too complicated and very broad for me.
I am looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!
Also visit my web-site - drum tobacco

Tanpa Nama berkata...

It's perfect time to make some plans for the future and it is time to be happy. I have read this put up and if I may just I wish to suggest you few interesting issues or tips. Maybe you could write subsequent articles relating to this article. I want to read even more things approximately it!
Also visit my web site :: Houses for sale in Antalya

Tanpa Nama berkata...

I do agree with all the ideas you've introduced in your post. They're really convincing and can certainly
work. Nonetheless, the posts are very quick for newbies.
May just you please lengthen them a bit from next time?
Thanks for the post.
Also see my webpage :: bostaditurkiet.net

Tanpa Nama berkata...

I've been surfing on-line greater than three hours lately, but I never found any interesting article like yours. It is lovely value sufficient for me. In my view, if all website owners and bloggers made good content as you probably did, the internet can be a lot more useful than ever before.
My weblog Apartments in Bodrum

Tanpa Nama berkata...

This is a very good tip especially to those fresh to the blogosphere.

Simple but very precise info… Many thanks for sharing this one.
A must read post!
Also visit my homepage :: Asuntoja antalyasta

Tanpa Nama berkata...

fantastic points altogether, you just won a new reader.

What would you recommend about your publish that you just
made a few days ago? Any positive?
Feel free to visit my blog post :: Immobilienalanya.Net

Tanpa Nama berkata...

Hurrah, that's what I was exploring for, what a information! existing here at this website, thanks admin of this web site.
Stop by my page - skin brightening

Tanpa Nama berkata...

Hi there to all, how is the whole thing, I think every one
is getting more from this site, and your views are fastidious designed for new visitors.
My page: amber leaf

Tanpa Nama berkata...

Hi there, just became alert to your blog through Google, and found that it's really informative. I am going to watch out for brussels. I'll be
grateful if you continue this in future. Numerous people will
be benefited from your writing. Cheers!
Also visit my weblog ... captain black tobacco

Tanpa Nama berkata...

Hi, this weekend is good designed for me, as this point in time i am
reading this impressive educational piece of writing here at my residence.
Also see my webpage > evolationphoto.com

Tanpa Nama berkata...

What's up it's me, I am also visiting this web site on a regular basis, this web site is genuinely pleasant
and the viewers are genuinely sharing pleasant thoughts.
Feel free to surf my blog post - http://www.buscobanda.cl

Tanpa Nama berkata...

Link exchange is nothing else except it is just placing the other person's website link on your page at proper place and other person will also do similar for you.
Feel free to surf my site diablo 3 guide

Tanpa Nama berkata...

Hi there fantastic website! Does running a blog
such as this take a lot of work? I've no knowledge of coding however I had been hoping to start my own blog soon. Anyways, should you have any ideas or techniques for new blog owners please share. I understand this is off subject however I just needed to ask. Thanks!
My website : poisonpinkicecream.com

Tanpa Nama berkata...

Hello, the whole thing is going well here and ofcourse every one is sharing facts, that's in fact excellent, keep up writing.
Here is my webpage ; home remedies for acne spots

Tanpa Nama berkata...

Hello, the whole thing is going well here and ofcourse every one is sharing facts, that's in fact excellent, keep up writing.
Also see my web site: home remedies for acne spots

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse