Tahun 2009 telah pun melabuhkan tirainya..segala perkara dan peristiwa yang dilalui dalam tahun 2009 sudah tentunya tidak akan berulang kembali dan pastinya memori itu tetap terpahat di dalam sanubari kita.Apapun perkara dan peristiwa yang di lalui pada tahun 2009 itulah perjalanan kita sebagai seorang manusia yang telah ditetapkan di atas muka bumi ini.Baik atau buruk perjalanan itu di tentukan sendiri oleh perjalanan yang kita pilih dan lalui.
Memang benar sejarah itu mempunyai kehebatannya sendiri.Sejarah banyak mengajar manusia mengenai erti kemanusiaan dan kasih sayang.Tanpa sejarah manusia tidak akan tahu sejauh mana asal usul mereka dan pastinya tanpa sejarah manusia akan mengulangi kesilapan yang lalu.Sejarah 2009 akan tertulis di mana-mana sahaja dan sejarah itu akan terus kekal untuk generasi yang akan datang.Peristiwa yang di lalui sepanjang 2009 mencerminkan ketemadunan dan kemajuan sesuatu bangsa di sesebuah negara itu.
Malaysia sudah semestinya tidak pernah sunyi dengan isu-isu panas dan sensasi sama juga seperti negara-negara yang lain.Perjalanan tahun 2009 di lalui dengan penuh suka dan duka bersama masyarakatnya.Dalam segenap aspek termasuk politik,ekonomi,pendidikan,sosial,pembangunan dan infrastruktur,jenayah dan keselamatan,bencana alam serta banyak lagi telah menjadi satu petanda dan sejarah yang akan terus berkekalan sifatnya.
Politik di Malaysia nampakanya begitu panas pada tahun 2009 selepas pilihana raya umum ke 12 yang lalu yang mana pakatan rakyat berjaya mengurangkan 2/3 majoriti kerusi di parlimen.perkara ini telah mengakibatkan suasana politik tidak seperti kebiasaanya yang mana selepas pilihan raya ini di lihat ada 9 lagi pilihan raya kecil yang berlangsung dan hampir kesemuanya di menangi oleh pakatan rakyat.Perundangan dan sistem kehakiman kita di cabar lagi akibat daripada pergolakan politik ini apabila kerajaan barisan nasional berjaya merampas kembali kerusi dun perak setelah 3 orang daripada adun pakatan rakyat mengistiharkan keluar daripada pakatan pembangkang dan menjadi calon bebas yang menyokong barisan nasional.Isu ini di lihat paling hangat dalam sejarah politik negara.Malahan sistem parlimen kita tampaknya tidak sunyi dengan pelbagai isu dan sikap yang ditunjukkan oleh ahli-ahli yang berhormat tidak kira daripada kerajaan ataupun pembangkang kerana ingin menjadi jaguh kepada rakyat.
Pendidikan dan keselamatan juga menjadi isu besar pada tahun ini selepas kerajaan memansuhkan kembali PPSMI serta membuat kajian kembali kepada ISA atas desakan rakyat yang telah berdemonstasi di ibu negara untuk membantah akta dan juga dasar kerajaan.Ekonomi malaysia juga terkesan dengan kejatuhan ekonomi amerika syarikat setelah kejatuhan harga minyak mentah yang mendadak.Bencana alam alam yang berlaku juga masih terkawal walaupun peristiwa tanah runtuh di bukit antarabangsa meruntun jiwa melihat dan menyaksikan tragedi yang berdarah itu.
Banyak lagi isu-isu yang telah berlaku dalam tahun 2009.Kes-kes jenayah juga semakin banyak dan kejam.Pemergian tokoh-tokoh tanah air juga meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat malaysia.Tahun 2010 merupakan suatu semangat dan azam baru untuk terus mempertahankan keamanan dan kesejahteraan kita di negara ini.Konsep 1MALAYSIA harus direalisasikan sebagai satu semangat penerimaan daripada seluruh masyarakat berbilang kaum di Malaysia.Rakyat sememangnya mendambakan keamanan ini berterusan dan rakyat mahukan keadilan dan hak-hak mereka terus terpelihara.semoga kerajaan yang memerintah akan terus berkorban untuk rakyat.Tahun 2010 merupakan langkah kehadapan Malaysia untuk terus menjadi perhatian dunia serta menjadi negara yang mampu merealisaskikan impian dan hasrat wawasan 2020.
sekian
MOHD ASRI ZULKIFLI
RAKYAT MALAYSIA.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan