Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 22 April 2009

politik yang tak pernah sunyi...

politik semasa tanah air masih tidak lagi sunyi.sekarang menjadi teka teki pilihan raya kecil di dun penanti dalam parlimen permatang pauh ekoran perletakan jawatan adunnya mohd fairus atas alasan mahu melanjutkan pelajaran dan bersama dengan keluargannya.tetapi kita masih tidak mengetahui adakah sebab di sebalik perletakan jawatan ini berikutan adun penanti itu kini sedang di siasat SPRM berkenaan beliau.
teka-teki yang menjadi persoalan adakah di sini barisan nasional akan meletakkan calonnya bertanding atau hanya sekadar calon bebas.mungkin pilihan raya kecil ini dianggap satu pembaziran kerana di kubu kuat pembangkang dan jika kawasan itu seperti di perak dan juga hanya satu kerusi sahaja yang membezakan barisan nasional dan pakatan rakyat sudah tentu lah kerusi dun penanti ini akan di lihat seperti lubuk emas kepada parti2 yang bertanding.
tetapi mungkin kerana sebelum ini terlalu banyak pilihan raya kecil dan juga tidak mustahil akan ada lagi pilihan raya kecil seperti ini.
kalau di perak dahulu kita melihat adun lompat melompat,tetapi sekarang adun meletak jawatan bukan sesuatu yang ganjil jika kita melihat situasi ini akan berlaku di tempat lain.
menurut perdana menteri yang baru,pilihan raya kecil ini banyak menghabiskan wang rakyat?
menjadi persoalan berapakah wang rakyat yang dibelanjakan?adakah setiap pilihan raya diadakan duit rakyat yang digunakan?
perkara yang lebih penting adalah sama-sama kita berganding bahu untuk menaikkan dan menyelamatkan ekonomi negara.jika pilihan raya ini diadakan dalam suasana ekonomi negara yang tidak menentu sudah tentu rakyat yang akan menanggung segala bebanan ini.
setiap kali pilihan raya rakyat akan mendapat habuan.tetapi pada waktu pilihan raya sahajalah,selepas itu nasib rakyat tidak dibela lagi,sehinggalah pilihan raya yang akan datang.
pihak kerajaan ataupun pembangkang seharusnya menilai dengan lebih bijak,jika inginkan kekuasaan jangan abaikan nasib rakyat.masih ramai lagi rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan,merempat di jalanan,hidup serba kekurangan,tetapi sebahagian yang hidup selesa ini sibuk ingin merebut kuasa.
bukan kuasa itu tidak penting tetapi jika menggunakan rakyat untuk mendapatkan kuasa itu bukan sesuatu yang bijak.rakyat seharusnya diberikan pembelaan,diberikan keistimewaan di negara sendiri.
kerajaan dan parti politik di negara ini seharusnya melaksanakan janji mereka,jangan bila mahu pilihan raya seolah -olah ayam berkokok riuh sekampung..
kita mahu negara dan bangsa kita terus kehadapan,jangan biarkan sikap kekuasaan itu untuk menjatuhkan bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse