Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 23 April 2009

penulis blog disaran jayakan konsep 1 malaysia...

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Penulis 'blog' harus turut menyemai dan menjayakan Konsep '1Malaysia', kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurutnya genre penulisan yang semakin popular menerusi internet itu boleh mendorong masyarakat untuk bekerja secara ikhlas dan bersatu-padu.

Selain menyuarakan pandangan secara kritis, beliau berharap penulis blog "harus memberi markah positif" kepada perkara betul yang dilakukan kerajaan.

Dalam pertemuan dengan penulis blog tempatan di sini Rabu malam, Rais berkata sebagai menteri berkenaan, beliau mahu menghulurkan salam persahabatan dan bukan menyukarkan mana-mana pihak yang dapat menyumbang kepada budaya berfikir masyarakat.

Sambil menyatakan beliau masih mencari perkataan yang sesuai untuk 'blog' dan blogger', beliau berkata sejak munculnya Internet, "dunia maya" yang tidak mempunyai sempadan, budaya masyarakat di negara ini turut berubah.

Katanya media penulisan menerusi kertas menjadi kurang diminati generasi muda yang kini cenderung kepada genre internet -- "blog dan Facebook".

"Saya telah nyatakan kepada kakitangan saya bahawa jika anda tidak sensitif terhadap apa yang berlaku dalam dunia maya ini, jabatan anda akan menjadi 'kuno'," katanya.

Beliau berkata perkembangan itu memerlukan jentera dan keupayaan kerajaan mengimbas apa yang diperkatakan melalui blog dan menjawab secara intelektual.

Rais berharap penulis blog menggunakan fakta yang benar dalam tulisan mereka dan bukan menjadikan saluran itu untuk memfitnah.

"Reputasi akan luntur (jika menggunakan fakta tidak benar) kerana bagi penulis blog, kredibiliti adalah penting," katanya.

Beliau berpendapat sebagaimana wartawan akhbar perlu mematuhi etika kewartawanan, penulis blog harus mempunyai etika tersendiri.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut