Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 19 Januari 2015

BIODATA KUMPULAN CALIPH BUSKER : PERSEMBAHAN TERBAIK AJL 29

Biodata Caliph Buskers penyanyi lagu Romantika yang dipopularkan oleh Kumpulan Mojo. Meskipun kumpulan Caliph Buskers terdiri daripada golongan yang cacat dari segi penglihatan, namun persembahan mantap oleh vokalis Azmi Saat memang tidak boleh disangkal lagi. Bagi yang tidak tahu, kumpulan Mojo sebenarnya adalah terdiri daripada Aweera selaku vokalis utama, Edry KRU sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris dan Johar sebagai pemain drum. Namun kontroversi Aweera vokalis Mojo dengan Ketua Kumpulan Mojo iaitu Edry telah menyebabkan Aweera disingkirkan dari kumpulan Mojo. Justeru, Edry KRU telah memutuskan untuk mengambil kumpulan Caliph Buskers untuk bekerjasama dengan Kumpulan Mojo. Apapun, tahniah kepada kumpulan Caliph Buskers dan Mojo kerana telah berjaya merangkul gelaran persembahan terbaik AJL 29.


Biodata Caliph Buskers Vokalis Lagu Romantika Cinta Kumpulan Mojo AJL29

Nama Ketua Vokalis: Azmi Saat

Asal: Johor Baharu

Pekerjaan: Vokalis Caliph Buskers dan penyanyi jalanan

Status: OKU (Kurang Penglihatan)

Lokasi: Bukit Bintang Kuala Lumpur

Kumpulan: Caliph Buskers

Punca Sertai Kumpulan Mojo: Ketua Kumpulan Mojo iaitu Edry KRU telah menyingkirkan Aweera (Vokalis Mojo) kerana masalah peribadi dan mengambil Azmi Saat dari vokalis Caliph Buskers.

Video Persembahan Caliph Buskers AJL 29 Pada 18 Januari 2015


Memilih lokasi yang dianggap cukup strategik, di hadapan pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Caliph Buskers merupakan kumpulan muzik jalanan terdiri daripada enam anggota.

Bagaimanapun ketika ditemui baru-baru ini, mereka hanya berempat kerana dua anggota tidak dapat hadir kerana mereka ada kerja tetap.

Apa yang istimewa mengenai kumpulan ini, mereka adalah golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, yang masing-masing berkebolehan bermain alat muzik dan memiliki suara merdu.

Menegaskan sekali lagi bahawa mereka bukan peminta sedekah, Fendy Alun, selaku jurucakap kumpulan menjelaskan, mereka hanya mencari sesuap nasi dengan rezeki yang halal.

Menyifatkan suara yang dimiliki sebagai anugerah Maha Esa, sememangnya masing-masing mempunyi bakat dan mampu menyanyi dengan begitu baik.

“Kami tidak pernah menghadiri mana-mana kelas vokal atau kelas muzik. Anggap sahaja bakat yang ada ini anugerah tuhan yang tidak ternilai buat diri kami yang ada kekurangan.

“Alhamdulillah, dengan bakat bermain muzik ini membuatkan kami mampu berdikari dengan melakukan kerja tanpa menunggu bantuan atau bergantung pada orang lain.

“Secara tidak langsung usaha kami ini akan mengubah persepsi orang ramai yang beranggapan OKU seperti kami hanya tahu meminta sedekah untuk kelangsungan hidup,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai hal tersebut, Fendy berkata, apa yang mereka lakukan hari ini boleh dianggap sebagai satu kerjaya, kerana di luar negara busker (penyanyi jalanan) dikategorikan sebagai satu pekerjaan.

Bekerja enam hari seminggu dari Sabtu hingga Khamis, manakala Jumaat hari rehat , Fendy, berkata, biasanya mereka hanya menghiburkan orang ramai selama tiga jam bermula pukul 12 tengah hari.

Dalam tempoh itu, kumpulan tersebut mampu meraih pendapatan antara RM50 hingga RM60.

“Walaupun cuma tiga jam, tapi kami mampu menyanyi lebih 30 lagu yang kebanyakan lagu popular masa kini,” katanya sambil memberitahu Caliph Buskers baru ditubuhkan setahun lalu.

Mengenali antara satu sama lain, Caliph Buskers terdiri daripada Fendy, 24; Mohd. Zaki Ismail, 36; Nirwan Zainal Abidin, 26; Khairul Azmi Saad, 28; Nor Nadira Rubiana, 24; dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24.

Bukan hanya mampu bermain alat muzik dengan baik, kesemua ahli kumpulan Caliph Buskers juga memiliki suara yang merdu.

Lengkap sebagaimana sebuah kumpulan muzik biasa, Caliph Buskers mempunyai penyanyi utama, pemain gitar pertama dan kedua, pemain gitar bass, dan pemain temborin.

Fendy berkata, kesemua ahlinya bukanlah pemuzik jalanan sepenuh masa kerana dua daripada mereka bermain muzik secara sambilan.

Apabila ditanya kenapa hanya bekerja tiga jam sehari, Fendy menjelaskan, ini kerana bagi memberi peluang kepada orang atau kumpulan lain untuk mencari rezeki di tempat yang sama.

Jadi tidak hairanlah sekiranya berkunjung ke SOGO atau melintas di hadapannya, orang ramai akan terserempak dengan pemuzik-pemuzik jalanan yang berbeza-beza bagi mencari rezeki dengan menghiburkan pengunjung yang ada di situ.

Ramai juga yang mungkin tertanya-tanya kehadiran mereka saban hari mencari rezeki bersebelahan dengan khemah Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), tidakkah dikenakan denda atau dihalau?

Untuk pengetahuan, setiap mereka yang bergelar seniman jalanan sebenarnya telah mempunyai permit yang diperoleh dari pihak berkuasa tempatan tersebut.

Oleh yang demikian, mereka bebas untuk mencari rezeki sepanjang kaki lima di mana-mana sahaja asalkan berada dalam sekitar Kuala Lumpur.

 



Lagi Gambar Caliph Buskers Penyanyi “Istimewa”




Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse