Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat.
"Berdasarkan kepada radio tentera laut , dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat . Mereka sangat sibuk sekarang, " kata Simorangkir
Jakarta: Kementerian Perhubungan Republik Indonesia (KEMENHUB) mengesahkan objek ditemui di Laut Jawa mempunyai kaitan dengan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
Laporan yang dipetik daripada DetikNews disahkan oleh Plt Dirjen Perhubungan Udara Kementerian, Djoko Murjatmodjo.
"Sudah dipastikan itu adalah serpihan pesawat. Ada tiga objek yang titik kordinatnya berbeza tadi.
"Infomarsi itu juga selari berdasarkan maklumat yang diberitahu oleh Badan mencari dan menyelamat (BASARNAS) sebentar tadi," kata Djoko.
Djoko berkata, jika warna objek itu adalah putih dan merah adalah dipercayai mempunyai kaitan dengan badan pesawat.
"Tentera Nasional Indonesia akan terbang ke Pengkalan Bun berikutan objek ini berpotensi menjadi petunjuk," kata Djoko.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan