NAK CARI KERJA MENULIS REVIEW DI BLOG?
Terima Bayaran RM30 – RM350 Setiap Advertorial Job
Dapatkan Tempahan Dari Pengiklan Sekarang!
Selamat datang dan anda telah temui platform untuk menghasilkan duit melalui blog & penulisan. Anda akan dibayar dengan sangat lumayan untuk menulis dan menerbitkan artikel berkenaan produk atau perkhidmatan pengiklan di blog anda sendiri.advertorial.MY adalah platform untuk blogger & penulis berkumpul bagi menawarkan khidmat menulis artikel kepada usahawan dan peniaga yang mahu memperkenalkan produk serta perkhidmatan mereka kepada umum melalui kaedah advertorial marketing.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Untuk buat duit dengan laman ini ia cukup “Straight Forward” dan ringkas. Asalkan anda mempunyai laman blog sendiri serta aktif menulis, sudah cukup untuk anda menjana pendapatan lumayan dengan mengiklankan tawaran advertorial anda di laman ini.- Anda iklankan blog anda di laman kami.
- Kami carikan pengiklan untuk anda.
- Anda dan pengiklan buat persetujuan & pembayaran.
- Tulis dan publish advertorial untuk pengiklan.
Apa Itu Advertorial?
Jika anda kali pertama mendengar perkataan advertorial, ini adalah sedikit penerangan tentang maksud advertorial dan kegunaan. Advertorial adalah daripada perkataan Advertising dan Editorial. Ia adalah kombinasi pengiklanan dalam bentuk editorial.Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana pemilik atau penulis blog akan menulis ulasan untuk produk, perkhidmatan, laman web atau apa sahaja yang di minta oleh pengiklan.
Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di laman blog mereka sendiri.
Teknik pengiklanan begini telah lama wujud dan amat berkesan kepada pengiklan. Sama ada anda sedar atau tidak, setiap hari anda di hidangkan dengan advertorial melalui kaca TV, akhbar, majalah, blog dan lain – lain saluran media.
Bagaimana Nak Buat Duit?
Melalui laman advertorial.MY anda boleh buat duit dengan mengiklankan blog anda di sini dan tawarkan khidmat advertorial kepada pengiklan yang berminat.Setiap advertorial anda boleh kenakan harga bergantung kepada permintaan pengiklan. Kebiasaan advertorial di letakan harga mengikut jumlah patah perkataan dan populariti blog. Harga terpulang untuk anda tentukan sendiri sebab ia khidmat anda, blog anda dan anda punya suka apa harga yang hendak di kenakan kepada pengiklan.
Berapa Banyak Pendapatan Sebulan?
Tiada jumlah sebenar yang dapat di anggarkan di sini kerana pendapatan anda bergantung kepada berapa banyak advertorial job yang anda dapat setiap bulan. Ia juga bergantung kepada kualiti penulisan, ranking blog, populari blog dan jumlah trafik untuk menarik minat pengiklan.Mulakan tawaran anda pada base price, kemudian tawarkan (upsale) addon untuk pengiklan buat tambahan. Pecahkan kepada beberapa addon dan cadangkan & terangkan kepada pengiklan kebaikan untuk upgrade.
Andaikan dalam sebulan anda cuma dapat 3 advertorial job dengan upah RM50.00 untuk satu job iaitu pada base price, pendapatan anda di anggarkan sebanyak RM150.00 tanpa addon. Kemudian upsale dengan addon sticky post dengan tambahan RM50.00 lagi setiap artikel, jumlah akhir anda akan dapat adalah RM100.00 setiap artikel. Jumlah keseluruhan untuk 3 artikel dari 3 pengiklan adalah RM300.00.
Anda boleh fikir apa yang boleh di tambah sebagai addon advertorial anda. Malah anda boleh tawarkan pada pengiklan untuk terbitkan artikel di beberapa blog milik anda dengan sedikit bayaran tambahan.
Tawaran dengan base price lebih menarik perhatian, berbanding pakej yang kadangkala ia tidak di perlukan oleh pengiklan. Tapi apabila anda upsale, tidak mustahil pengiklan akan membeli dan membayar pada harga pakej.
Yang penting dapatkan inquiry dan pegang pengiklan dulu, sebelum offer tambahan addon pakej. Tempoh 30 minit atau kurang untuk menulis satu artikel berkenaan produk pengiklan dan di bayar RM100.00, ia lebih dari berbaloi untuk kerja semudah itu.
Disclaimer: Nilai yang di anggarkan di atas hanya sebagai CONTOH untuk pemahaman anda sahaja, berapa caj yang anda kenakan adalah terpulang kepada anda sendiri.
Siapa Boleh & Patut Join?
Sesiapa sahaja yang mempunyai blog aktif dengan sekurang – kurang 1 entri seminggu. Blogger baru atau blogger lama yang berminat untuk menambah atau mengembangkan pendapatan mereka melalui khidmat advertorial.Terutama sekali blogger yang tidak pernah menjana sebarang pendapatan melalui blog – blog yang di kendalikan sebelum ini. Apa jua topik blog anda akan di terima, kecuali blog yang berunsur lucah, politik dan perkauman atau topik sensitif yang tidak di terima umum.
Blog dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil & Bahasa Cina di terima. Namun keterangan tawaran khidmat advertorial di laman ini, mesti dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.
Bayaran Upah Advertorial
Setiap bayaran advertorial yang anda perolehi daripada pengiklan adalah 100% milik anda. Kami tidak akan ambil walau sesen pun upah yang akan di bayar oleh pengiklan kepada anda. Malahan, pengiklan akan hubungi anda terus untuk tempahan dan melakukan persetujuan berkaitan artikel.Kami hanya sediakan platform untuk menghubungkan para – para blogger & pengiklan di satu tempat sahaja. Oleh kerana kepakaran kami adalah marketing & advertising, kami gunakan kemahiran ini untuk memudahkan anda sebagai seorang blogger mendapatkan pengiklan untuk khidmat advertorial di blog anda.
Syarat Penyertaan
Untuk sertai kami ada beberapa syarat yang perlu anda patuhi.1: Isi Kandungan Artikel Asli
Blog anda mesti di isi dengan artikel asli iaitu yang di tulis sendiri oleh anda dan bukan artikel yang di copy & paste daripada artikel orang lain. Kami hanya mahu blog yang berkualiti dan asli, ia untuk menjaga kebajikan pengiklan yang mendaftar melalui kami.2: Penyataan Ditaja
Pembaca blog juga harus di maklumkan bahawa artikel tersebut adalah artikel berbayar atau artikel yang di taja siaran. Ia bertujuan untuk mengelakan pembaca anda dari terkeliru antara iklan editorial dan editorial biasa.Cara biasa yang di gunakan adalah dengan meletakan kenyataan sebelum tajuk artikel atau selepas tajuk artikel seperti contoh di bawah.
Advertorial – Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit?Cara lain yang biasa di gunakan adalah meletakan artikel dalam kategori yang di labelkan atau khusus untuk artikel yang di taja.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. – Sponsored
3: Google Guideline
Advertorial yang akan anda tulis untuk pengiklan dan mempunyai back link ke laman web pengiklan mesti mematuhi syarat dan terma Google iaitu harus mengunakan rel=”nofollow” untuk hyperlink bagi artikel berbayar. Ia perlu di patuhi kerana ia adalah syarat yang di kenakan oleh Google bagi ulasan atau review yang berbayar.Sama seperti syarat ke2, pembaca blog juga harus di maklumkan bahawa artikel tersebut adalah artikel berbayar atau artikel yang di taja siaran.
Quote dari Google guidelines untuk Advertorial:
(1) Search Engines: If links are paid for, i.e., money changes hands, then links should not pass PageRank. You should nofollow links in Advertorials.
(2) Users & Readers: It should be clear to your readers that this is a paid story by labeling it advertisement or sponsored story.
Siapa Golongan Pengiklan?
Usahawan sama ada yang menjalankan perniagaan dalam talian atau di luar talian yang memerlukan promosi untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka kepada pelangan – pelangan baru.Pengiklan tidak semestinya mempromosikan produk mereka sendiri, ada banyak juga pengiklan terdiri daripada affiliate, reseller, stokis atau agen kepada produk syarikat lain. Mereka mengunakan kaedah pemasaran melalui advertorial untuk menambah jumlah pelangan dan jualan bulanan mereka.
Pengiklan mendaftar dengan kami secara percuma, jadi jumlah pengiklan yang sudah sedar dan bersedia untuk memulakan kempen pemasaran mereka agak ramai. Mereka sudah sedia menunggu blog – blog anda untuk buat tempahan.
Lubuk Duit Advertorial Job
Lubuk duit untuk advertorial job adalah pengiklan kecil yang baru mula bisnes atau bisnes yang sederhana dan sedang meningkat naik. Mereka ini mencari peluang untuk berkembang dan sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk promosi perniagaan mereka.Tapi, perlu di ingat majoriti mereka mempunyai budget yang terhad. Jangan minta atau kenakan caj yang terlalu mahal dan melampau, ia hanya akan membunuh peluang anda untuk dapat job tersebut.
Walaupun job tu murah, ia tetap beri anda pendapatan dan tentu sahaja lebih banyak job yang akan anda dapat. Fikir secara logik, letakan diri anda pada tempat pengiklan, yang mana anda akan bayar. Harga berpatutan yang anda mampu bayar atau harga di luar kemampuan anda?
Jumlah pengiklan besar dan berduit tak seramai pengiklan kecil, memang ada pengiklan besar akan menempah advertorial, tapi di blog – blog glamer sahaja dan banyak demand yang mungkin blogger biasa tak mampu penuhi.
Kenapa nak kejar ikan di tengah laut, kalau dah ada ikan naik kedarat? Tinggal tunggu anda “sauk” sebanyak mungkin untuk penuhkan baldi sahaja.
Siapa Kami?
Jika anda telah lama dalam bidang pemasaran internet anda pasti pernah dengar tentang syarikat kami. Didaftar dengan nama KLIKS SOLUTION nombor pendaftaran 001762546-A, berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 30 April 2008 di Kuala Lumpur dan ahli aktif Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).Walaupun hanya berdaftar secara sah dengan SSM pada tahun 2008, kami telah menceburi bidang home based business, mail-order & internet marketing lebih 10 tahun.
Pernah serta masih menghasilkan produk dan program pendapatan alternatif online yang mengegarkan malaysia. Antara yang popular dan “Best Seller” adalah MyspaceMasyuk™ (2007 – 2010) dan yang semakin meningkat populariti hingga hari ini adalah Jobdirumah.com™ (2011 – to date). Sebenarnya ada beberapa lagi yang popular tapi tak boleh kami dedahkan kerana kami bekerja di belakang tabir sebagai “Ghost Writer” untuk product development dan juga marketing.
Kami juga sudah menghasilkan jualan jutaan ringgit melalui pelbagai produk infomasi di internet, dari dalam dan luar negara. Serta telah membantu puluhan ribu orang menjana pendapatan pertama mereka dari internet melalui produk & program kami.
Kami adalah antara pakar pemasaran emel & internet. Pada masa ini kami masih dan akan terus beroperasi sepenuhnya di rumah. Oleh kerana perniagaan kami 100% berasaskan internet, tiada keperluan untuk memiliki pejabat.
Hey, kenapa perlu pegi ke pejabat jika boleh bekerja dari mana sahaja pada bila masa yang di inginkan. Kami melakukan kerja yang jadi idaman semua orang iaitu bekerja di rumah dan buat duit 100% dari internet tanpa perlu jumpa orang :D
Tentang advertorial.MY
Laman ini di bina dan di kendalikan oleh KLIKS SOLUTION untuk memudahkan para blogger dan usahawan serta perniaga berhubung di satu tempat. Usahawan dan perniaga yang mempunyai produk untuk di hebahkan kepada umum lebih mudah untuk mencari blog – blog yang boleh membantu memasarkan atau memperkenalkan produk mereka kepada golongan sasar.Blogger pula akan lebih mudah mendapatkan pengiklan dan sumber pendapatan untuk blog mereka dengan hanya menghasilkan entri atau ulasan bagi pihak pengiklan dengan bayaran yang sangat lumayan.
Advertorial vs advertorial.MY
Okay, jangan keliru dengan dua perkataan ini.Advertorial – adalah menulis pengiklanan dalam bentuk editorial atau dengan gaya kewartawanan atau blogging.
advertorial.MY - adalah nama domain atau alamat portal ini, di gunakan bagi tujuan memudahkan orang ingat serta menerangkan dengan jelas melalui nama tersebut bahawa portal ini menawarkan peluang pengiklanan advertorial kepada blogger dan usahawan.
Objektif advertorial.MY
Kami mendapati agak sukar untuk mencari blog – blog yang menawarkan khidmat advertorial dengan kadar harga berpatutan. Memang ada blog yang menawarkan advertorial, tetapi kadangkala harga yang di minta agak tidak masuk akal.Setelah lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan ini, kami ada banyak pelangan, affiliate & kenalan yang merupakan blogger. Sering kali terdengar rungutan mereka yang selama berblogging, pendapatan dari blog tidak memberangsangkan atau paling teruk apa bila tidak pernah menjana sebarang pendapatan walaupun traffik ke blog mereka tinggi.
Begitu juga dari rakan dari kalangan usahawan kecil yang tidak tahu bagaimana hendak menghebahkan produk atau produk syarikat mereka kepada umum dengan pantas & kos efektif. Tentu sahaja budget sebuah syarikat kecil tak banyak, oleh itu mereka perlukan platform yang berpatutan dan berkesan.
Pengiklan mempunyai budget tertentu dan kebanyakan adalah usahawan baru yang tidak mempunyai modal besar untuk di laburkan. Mereka perlu mendapatkan advertorial review dari sekurang – kurang 5 hingga 10 blog bagi meluaskan capaian golongan sasar mereka.
Ini adalah antara sebab kenapa kami bina platform advertorial.MY, ia untuk menghubungkan pengiklan & blogger di satu tempat bagi manfaat semua pihak. Blogger mendapat sumber pendapatan melalui minat penulisan mereka & pengiklan dapat menghebahkan produk dan perkhidmatan mereka kepada golongan sasar melalui blog – blog.
Produk & Perkhidmatan Kami
advertorial.MY menyediakan khidmat pengiklanan kepada blogger yang mahu menawarkan khidmat advertorial di laman – laman blog yang mereka miliki. Dengan menjadi ahli, anda sebagai pemilik blog dapat menyenaraikan satu atau semua blog di bawah kendalian anda.Kami kemudian akan mengiklankan tawaran khidmat anda kepada pengiklan iaitu usahawan dan peniaga yang memerlukan khidmat advertorial bagi memperkenalkan sama ada produk, perkhidmatan, laman web, promosi atau apa sahaja kepada umum.
Pengiklan yang berminat untuk khidmat advertorial di blog, akan menghubungi anda bagi menempah, berbincang dan urusan lain berkenaan khidmat yang anda tawarkan.
Apa Yang Akan Anda Dapat?
Apabila anda menjadi ahli untuk mengiklankan tawaran advertorial di blog anda dengan kami, anda akan mendapat beberapa perkara berikut:- Akses penuh ke laman ahli.
- Pendedahan kepada pengiklan berpotensi dari seluruh Malaysia.
- Tawaran anda akan di emel kepada pengiklan setiap kali anda iklankan atau memperbaharui iklan.
- Di perkenalkan kepada ribuan pengiklan berpotensi baru setiap bulan.
- Advertorial job berulang daripada pengiklan yang sama seumur hidup.
- Pendapatan yang sangat lumayan sebagai blogger sambilan atau sepenuh masa.
- Tip & saranan untuk meningkatkan jumlah pendapatan anda.
- Saranan kepada “Tools” untuk menambah baik & meningkatkan prestasi blog.
- Peluang dan idea untuk memaksimumkan pendapatan anda melalui blog.
Yuran Keahlian
Bagi tempoh terhad, yuran keahlian hanya RM59.90 sahaja. Tiada sebarang kontrak, anda boleh batalkan keahlian pada bila – bila masa.Yuran keahlian ini sebenarnya cukup kecil dan mampu milik jika di bandingkan dengan potensi yang akan anda perolehi apabila pengiklan mula membuat tempahan khidmat advertorial daripada anda nanti. Dengan hanya 1 atau 2 tempahan dari pengiklan, anda sudah cukup untuk cover yuran keahlian dengan kami.
Kenapa Ada Yuran Keahlian?
Platform kami sebenarnya bukan untuk sesiapa sahaja, hanya pemilik blog yang serius mahu menjana pendapatan sama ada sambilan atau sepenuh masa sahaja di alukan menyertai kami.Berikut adalah kenapa ada yuran keahlian:
1: Orang yang hanya mahu quick money tidak akan menyertai kami kerana sifat mereka yang tidak akan melabur untuk faedah jangka panjang. Mereka hanya mahu duit cepat dan jadi kaya sekelip mata. Platform kami tidak akan menjadikan sesiapa pun kaya raya sekelip mata.
2: Tanpa penyertaan orang sebegini, platform kami hanya akan di isi oleh blogger yang telus dan serius untuk menjana pendapatan sahaja. Ia terjamin untuk pengiklan kami yang mahu beriklan di blog – blog aktif iaitu bukan sekadar blog pukat.
3: Duit daripada yuran keahlian yang dibayar oleh pemilik blog akan digunakan untuk advertising fund bagi mendapatkan pengiklan baru setiap hari, untuk masuk dan melihat listing anda. Jika anda pernah beriklan melalui PPC, anda akan tahu kos yang perlu adalah agak tinggi bagi setiap klik.
4: Dengan mengenakan caj yang rendah kepada pemilik blog, kami gabungkan duit tersebut untuk mengiklankan khidmat advertorial anda kepada pengiklan di seluruh negara.
5: Tentu sekali untuk memastikan laman ini dapat beroperasi dengan lancar, kami perlu membayar gaji pekerja untuk setiap bahagian seperti khidmat pelangan, teknikal, pemasaran & jualan. Ini belum termasuk kos untuk sewaan bulanan cloud hosting, CDN, Email Server dan lain – lain bagi memastikan laman ini sentiasa beroperasi 24/7.
6: Kami juga tidak mengambil percent daripada upah apabila anda mendapat tempahan dari pengiklan. Anda akan dapat 100% hasil pendapatan dan di bayar terus oleh pengiklan ke akaun bank anda sendiri. Kami tidak mahu terhutang upah dengan anda hasil daripada penat lelah dan titik peluh kerja yang akan anda buat nanti.
Soalan Lazim (F.A.Q)
Di bawah ini adalah antara koleksi soalan lazim yang selalu di utarakan kepada kami. Di harap ia dapat menjawab sebahagian daripada persoalan anda yang mungkin sama dengan blogger lain sebelum membuat keputusan untuk menyertai kami atau tidak.
Blog Saya Masih Baru, Boleh Ke Join?
Saya Gunakan Platform Blogspot, Adakah Diterima?
Kenapa Kena Letak rel="nofollow" Di Hyperlink Pengiklan?
Adakah Saya Di Jaminan Akan Dapat Tempahan?
Saya Tak Ada Akaun Paypal, Boleh Bayar Cara Lain?
Saya Blogger Dari Indonesia, Bisa Gabung?
Berapa Blog Boleh Saya Senaraikan?
Jenis Blog Yang Tidak Di Terima?
Berapa Upah Patut Saya Minta Untuk Menulis Advertorial?
Kenapa Anda Patut Join?
Jika anda tak mahu peningkan kepala mencari pengiklan untuk membeli khidmat advertorial yang anda tawarkan, anda perlu join kami.Bancian menunjukan, 80% atau lebih majoriti blogger langsung tidak pernah dapat duit dari blog mereka. Walaupun pendapatan daripada iklan Pay-Per-Click yang mereka letakan di sidebar. Kenapa nak di bayar sen – sen atau kupang – kupang kalau anda boleh dapat puluhan atau ratusan ringgit melalui benda yang anda memang terer buat, iaitu menulis?
Biar kami yang lakukan kerja keras untuk anda iaitu mencari pengiklan – pengiklan untuk menempah advertorial di blog yang anda kendalikan. Anda hanya tunggu, terima tempahan dan siapkan artikel untuk pengiklan yang membuat tempahan.
Daripada anda buang masa mencari sendiri pengiklan yang anda belum tentu tahu di mana mereka berada, lebih baik anda fokus kepada penulisan bagi menarik perhatian pengiklan yang berdaftar dengan kami untuk buat tempahan di blog anda.
Kami tahu apa yang kami lakukan, kami adalah pakar pemasaran emel & internet dan mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang ini. Serahkan tugas mencari pengiklan untuk blog anda kepada kami.
Kebebasan Mutlak & Duit Terus Ke Akaun Anda
Anda bebas berhubung dengan pengiklan anda di dalam dan luar platform kami tak sebarang sekatan. Anda berhak untuk berbincang dengan keadaan selesa, bebas dan fleksibel dengan bakal pengiklan anda.Pengiklan boleh memilih untuk berhubung dengan anda melalui emel, telefon atau mungkin berjumpa terus dengan anda di kedai mamak jika tempat tinggal anda dan pengiklan berdekatan. Anda yang tentukan sendiri bagaimana anda nak berurusan dengan pengiklan.
Bayaran upah juga terus ke akaun bank anda tanpa perlu melalui kami, anda dan pengiklan bebas untuk berurusan tanpa perlu mematuhi sebarang peraturan yang tidak perlu di platform ini.
Kami langsung tidak mengambil percent dari bayaran upah oleh pengiklan kepada anda. Ia milik anda 100% masuk terus ke akaun bank serta merta apabila pengiklan bersetuju untuk beriklan tanpa melalui kami atau menunggu bayaran dari kami.
Pagi pengiklan buat bayaran, sebelah petang anda dah boleh shopping dengan duit bayaran upah yang di terima.
Mudahkan Pengiklan Temui Blog Anda!
Jika dulu, pengiklan yang berminat untuk mengunakan advertorial perlu masuk ke setiap blog yang mereka temui untuk berhubung dengan pemilik blog bagi mendapatkan khidmat advertorial.Seringkali apa yang terjadi ialah, blog tersebut tidak lagi aktif atau telah di abaikan oleh pemilik blog atau tiada cara untuk berhubung dengan pemilik blog atau pun blogger tidak menawarkan khidmat advertorial. Malah ada juga blogger yang tak tahu makna apa kebendanya yang di katakan advertorial.
Ia tentu sahaja membuang banyak masa pengiklan yang sudah sedia dengan duit di tangan untuk menempah advertorial.
Kini dengan hanya masuk ke advertorial.MY, pengiklan akan di sarankan dengan blog anda dan blog – blog aktif lain yang memang bersedia untuk menerima tempahan advertorial dari pengiklan. Sebab itu laman kami di kemas kini setiap bulan dengan senarai blog yang aktif sahaja dan bukan semua blog akan sertai kami.
Jimat Masa & Wang Anda
Melalui platform advertorial.MY, anda dan pengiklan akan dapat menjimatkan banyak masa dan wang ringgit. Pengiklan lebih mudah mendapatkan senarai blog aktif yang menawarkan khidmat advertorial dan anda sebagai blogger akan lebih mudah dapat tempahan dari pengiklan yang berminat.Anda tahu advertorial adalah cara untuk buat duit dengan blog yang sangat lumayan, tetapi bukan semua blogger adalah marketer. Untuk mendapat tempahan advertorial, anda bukan sahaja perlu mahir dan bagus dalam penulisan tetapi dalam pemasaran juga.
Untuk memasarkan khidmat anda ia akan memerlukan pelaburan masa dan wang ringgit. Anda perlu cari lubuk di mana pengiklan berada dan menarik perhatian mereka untuk menempah khidmat dari anda. Jika anda tidak memiliki kemahiran pemasaran dan modal ia tentu sahaja susah dan membuang masa anda. Kalau anda hanya tunggu dan berdoa supaya ada pengiklan akan tempah khidmat anda, belum tentu lagi anda akan dapat sebarang tempahan pada bulan ini.
Dengan menjadi ahli kami dan iklankan blog anda di sini, kami yang akan lakukan pemasaran untuk blog anda. Tak perlu buang masa berharga anda dan fokus kepada kemahiran anda sahaja iaitu menulis artikel berkualiti.
Jadi apabila pengiklan klik pada butang “MAKE A BOOKING NOW” anda akan terima emel dengan subject “Saya Mahu Buat Tempahan” dan apa yang anda perlu buat hanya reply emel tersebut dengan nombor akaun untuk pengiklan buat bayaran.
Ia semudah dan seringkas itu untuk pengiklan membuat tempahan khidmat advertorial dari anda. Hanya tunggu dan mula terima tempahan advertorial daripada pengiklan yang sudah sedia untuk berbelanja dalam kempen pemasaran mereka sekarang!
Platform Ini Bukan Untuk Semua Orang!
Platform ini tidak di buka untuk semua orang. Kami hadkan penyertaan untuk pemilik blog yang serius, nampak kelebihan dan mahu mengambil manfaat daripada perkhidmatan kami sahaja.Apa bila kami hadkan penyertaan, jumlah blog yang akan di siarkan kepada pengiklan adalah sejumlah kecil sahaja iaitu blog yang benar – benar aktif. Anda akan dapat lebih banyak tempahan daripada pengiklan dan pengiklan kami dapat beriklan dengan blog berkualiti dan aktif tanpa membuang masa berharga mereka.
Ia situasi menang – menang untuk anda dan pengiklan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan