Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 5 Julai 2014

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia

Astro Awani – Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Al-Fatihah.

[Tangisan di bumi Madinah: Saya & Datuk Sharifah Aini]

Ya Allah tersentap jiwa saya sebentar tadi di bumi Madinah bila mendapat berita seorang yang saya kagumi, hormati dan panggil ummi iaitu Datuk Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah. Saya baru berkira-kira untuk menziarahi beliau bila kembali ke KL beberapa hari lagi nanti.

Ummi yang saya kenali adalah bermula dengan rapat kira-kira 3 tahun lepas apabila beliau menghubungi pejabar saya untuk mengundang saya ke rumah beliau di Petaling Jaya. Saya jarang-jarang menerima undangan sesiapa sahaja disebabkan kekangan masa saya bersama keluarga tetapi saya terima undangan Ummi yang tidak pernah saya kenal rapat selain biasa menonton beliau di kaca TV atau mendengar di corong radio. Tapi arwah ayah saya memang peminat ummi.

Saya menerima undangan makan malam di rumah ummi dan pertama kali bertemu serta bercakap dengan ummi, saya terus kagum dengan hajat dia yang sebenar. Selain ingin mengenali saya dan beliau memerhatikan apa yang saya lakukan sedikit sebanyak membangunkan ramai usahawan, ummi meminta pandangan saya tentang beberapa urusan perniagaan kerana beliau amat aktif mendapatkan dana untuk menyara lebih 2,500 anak yatim setiap bulan ketika itu (Sekarang harus lebih).

Saya terkesima kerana biasanya orang berjumpa saya bertanya soalan bagaimana nak besarkan perniagaan atau ingin meningkatkan pelaburan wang mereka tetapi ini pertama kali seseorang berjumpa saya untuk bertanya bagaimana beliau boleh membina perniagaan atau dapatkan dana bagi terus menerus membantu menyara anak-anak yatim yang ditajanya.

Pada ketika itu saya rasa kerdil sangat dan Alhamdulillah kami mula menjadi rapat selepas itu.

Ummi seorang yang berfikiran besar, positif dan sentiasa tahu apa yang dia mahukan. Bagi saya, dia seorang yang seperti gunung yang menjadi penaung kepada ramai orang lain. Dia
bukan sekadar penyanyi biasa-biasa tetapi dia menggunakan bakatnya untuk mencapai impian yang lebih mulia dalam hidupnya.

Ummi pernah diundang ke pentas seminar saya untuk meraikan hari ibu bersama para peserta saya dan bagi saya, ummi Datuk Sharifah Aini adalah seorang ibu yang sangat penyayang.

Beberapa kali saya menziarahi beliau tahun ini di rumah beliau bersama isteri saya dan beliau kelihatan uzur.

Tetapi beliau tidak putus mengaji setiap hari dan malam serta sentiasa khatam Al-Quran. Anda pasti terperanjat jika tahu betapa rajinnya ummi mengaji setiap hari. Beliau juga pernah dapat kami bawa untuk hadir majlis Mega Mawlid bersama Habib Syech di Stadium Shah Alam tahun lepas.

Saya sentiasa berdoa ummi sihat semula untuk berkhidmat kepada ramai yang memerlukan tetapi ternyata pagi ini Allah swt memanggilnya kembali lebih awal.

Saya rindu ummi dan dari kejauhan bumi Madinah ini, saya mendoakan ruh ummi bersemadi dengan tenang bersempena malam ramadhan yang mulia ini bersama ruh para solihin.

Buat Alif anak ummi, ummi sentiasa tidak putus bercerita tentang Alif dan bangga dengan Alif. He loves you so much.

Saya rindu ummi tetapi Allah swt lebih merindui ummi untuk berada di sisiNya.

Saya akan menziarahi ummi bila saya kembali ke Malaysia beberapa hari lagi. Salam kasih dari saya sekeluarga buat ummi dan doa saya tetap bersama ummi dari bumi Madinah ini Insya Allah.

Al-Fatihah buat ruh ummi. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Anakanda Azizan Osman

P/S Baru sahaja genap 61 tahun umur ummi 2 Julai lepas. Ummi lahir 2 Julai 1953. Saya percaya mudah-mudahan Allah swt berikan husnul khotimah buat ummi.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut