KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.
Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat, dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.
Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Fakta Kejadian kehilangan AirAsia QZ8501
Berikut fakta berkaitan kejadian kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 pada Ahad (28 Dis 2014):
Nama penerbangan : Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501
Jenis Pesawat : Pesawat Airbus 320-200
Nombor Pendaftaran : PK-AXC
Jadual penerbangan : Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya, Indonesia
Destinasi Penerbangan : Lapangan Terbang Changi, Singapura
Jumlah penumpang : 162 orang (155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin)
Warganegara penumpang : 156 Indonesia, tiga Korea Selatan,
Singapura(1), Malaysia (1) dan Perancis (1)
Waktu perlepasan : 5.35 pagi (waktu Indonesia)
Waktu dijadual tiba : 8.30 pagi (waktu Singapura)
Masa terputus hubungan : 7.24 pagi (waktu Indonesia)
(dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta)
Kedudukan terakhir : lebih 200 batu nautika di tenggara sempadan
Kawasan Maklumat Penerbangan (FIR) Indonesia
Ketinggian penerbangan terakhir : 32,000 kaki
- Bernama
Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan kronologi dan status pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang ketika dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapura pagi tadi.
Berikut maklumat daripada ketua komunikasi awam kementerian, JA Barata dalam kenyataannya di Jakarta hari ini, seperti dilaporkan agensi berita nasional Indonesia Antara:
- Pesawat AirAsia QZ8501 berangkat dari Surabaya pada pukul 05.36 (waktu Indonesia barat atau WIB).
- Pesawat terbang dengan ketinggian 32.000 kaki dan mengikuti laluan penerbangan M-635.
- Pesawat menghubungi Pusat Kawalan Udara (ATC) Jakarta pukul 06.12 (WIB) pada ketinggian FL.320 pada frekuensi 125.7MHz.
- Ketika perhubungan, ATC Radar Jakarta mengenal pasti pesawat pada layar radar dan pesawat menyatakan menghindari awan ke arah kiri dari M-635 dan meminta naik ke ketinggian 38.000 kaki (FL.380).
- Pada pukul 06.16 WIB pesawat masih kelihatan di layar radar dan pada pukul 06.17 WIB hanya kelihatan signal ADS-B, sekali gus hilang perhubungan dengan ATC.
- Pada pukul 06.18 WIB sasaran hilang daripada radar, hanya kelihatan "flight plan track".
- ATC menyatakan INCERFA atau tahap awal pesawat hilang perhubungan pada pukul 07.08 WIB.
- ATC menyatakan ALERFA atau tahap lanjut pesawat pada pukul 07.28 WIB, dan pernyataan DETRESPA atau pernyataan pesawat hilang pada pukul 07.55 WIB.
- Pada pernyataan INCERFA dan seterusnya, kumpulan mencari dan menyelamat sudah sedia maklum.
Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah memohon kepada menara kawalan trafik udara (ATC) Indonesia untuk membelok ke kiri dari laluan asalnya bagi mengelak awan dalam cuaca buruk sebelum ia terputus hubungan.
Komunikasi terakhir pesawat itu dengan ATC Indonesia berlaku pada pukul 6.12 pagi (waktu Indonesia bahagian Barat) (7.12 waktu Malaysia).
Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.
Ketua Pengarah Perhubungan Udara Indonesia, Djoko Murjatmojo berkata laporan yang diterima daripada pesawat itu memohon untuk membelok ke kiri bagi mengelak awan ketika ia sedang terbang pada ketinggian 32,000 kaki.
Pada masa itu, katanya pesawat itu juga memohon untuk meningkatkan ketinggiannya kepada 38,000 kaki.
"Pada jam 6.17 pesawat putus hubungan dan pada jam 6.18 yang terlihat hanya flight plan atau rancangan penerbangan. Pesawat berada dalam keadaan baik, tetapi cuaca memang tidak baik pada waktu itu," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung oleh Kompas TV.
Sidang media itu turut disiarkan stesen TV berbayar Astro Awani.
Djoko berkata kedudukan terakhir pesawat itu dikesan ialah di antara Tanjung Pandan, Belitung dan Pontianak.
Sementara itu, Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Bangka Belitung, Joni Superiadi berkata pasukan udara telah dihantar lokasi pesawat itu dilaporkan hilang.
Katanya lima buah kapal juga akan dihantar untuk menyertai operasi SAR itu.
Menurut laman Facebook dan Twitter rasmi AirAsia, pesawat Airbus A320-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu Indonesia bahagian Barat.
Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin.
JAKARTA, KOMPAS.com - Pesawat AirAsia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini, Minggu (28/12/2014).
Direktur Angkutan Udara Kementerian Perhubungan, Djoko Murjatmojo memastikan bahwa pesawat tersebut hilang dalam pantauan radar. "Saat ini saya sedang di pos pemantauan untuk menunggu berbagai laporan yang masuk," ujarnya saat dikonfirmasi Kompas.com.
Dia mengatakan, nanti pihak Kementerian Perhubungan akan memberikan keterangan resmi perihal hilangnya pesawat AirAsia tersebut.
Sementara itu mengutip data penerbangan dari Flightradar, pesawat AirAsia yang hilang adalah Airbus A320 dengan nomor registrasi PK-AXC. Pesawat tersebut berangkat dari Surabaya pukul 05.20 pagi dan sampai di Singapura seharusnya pukul 08.30 waktu setempat atau pukul 07.30.
Selama ini, AirAsia memiliki reputasi keselamatan yang baik, termasuk ketepatan waktu terbang.
KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia Indonsia QZ8501 telah mencatat lebih kurang 23,000 jam penerbangan melibatkan kira-kira 13,600 penerbangan, kata pengeluar pesawat Airbus dalam kenyataan hari ini.
Syarikat yang beribu pejabat di Toulouse, Perancis itu menyatakan, pesawat A320-200 berkenaan yang mampu membawa 180 penumpang, diserah kepada syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia pada Oktober 2008.
Ia didaftarkan sebagai PK-AXC dengan MSN (Nombor Siri Pengeluar) 3648 dan beroperasi mengikut servis berjadual.
Pesawat milik AirAsia Indonesia itu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura apabila ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu tempatan.
A320-200 adalah pesawat dua enjin satu lorong. Pesawat jenis A320 ini memulakan perkhidmatannya pada Mac 1988.
Menjelang akhir November 2014, lebih 6,000 pesawat jenis ini digunakan lebih 300 syarikat penerbangan.
Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa penerbangan Indonesia melancarkan misi mencari dan menyelamat dan sehingga kini pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu belum dijumpai.
"Airbus akan memberi bantuan penuh kepada pihak berkuasa penyiasatan keselamatan, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses (BEA), dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengendalikan penyiasatan," menurut Airbus.
Syarikat itu menyatakan maklumat terkini akan diumumkan apabila ia disahkan dan diluluskan pihak berkuasa.
- BERNAMA
AirAsia perjelas senarai penumpang AirAsia penerbangan QZ8501
KUALA LUMPUR: AirAsia Indonesia hari ini memperjelaskan senarai penumpang pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501.
Dalam kenyataan menerusi Facebook, syarikat penerbangan itu berkata pecahan kewarganegaraan penumpang dan kru pesawat seperti berikut:
Pesawat Airbus A320-200 dari Surabaya ke Singapura itu membawa 155 penumpang terdiri daripada 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Pesawat itu dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.
Penumpang:
----------
149 Indonesia
3 Korea Selatan
1 Singapura
1 Malaysia
1 United Kingdom
Kru:
----
6 Indonesia
1 Perancis
Penerbangan QZ 8501 berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi (waktu Surabaya) dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Indonesia pada 7.24 pagi. Pesawat itu dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi.