Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 26 Mei 2013

PASCA PRU KE 13: TUMPU PADA KEBAJIKAN RAKYAT

Pasca Pilihan Raya Umum ke 13 masih lagi hangat dengan pelbagai isu politik tanah air.bantahan terhadap ketelusan SPR menjadi semakin rancak dengan himpunan Suara Rakyat Suara keramat dan BLACKOUT 505 bagi memastikan keputusan PRU ke 13 ini dapat dicabar dan diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Mungkin terlalu sukar untuk Pakatan Rakyat menerima keputusan PRU ini terutama Pemimpin utama Parti itu iaitu Anwar Ibrahim yang begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat telah menang pilihan raya kali ini dengan bukti bahawa Pakatan Rakyat telah menang undi popular daripada rakyat.fakta menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat 51% undi popular berbanding Barisan Nasional 49%.

Ada yang setuju dengan tindakan bantahan ini dan mungkin ada juga yang kurang bersetuju.namun itulah sebenar tugas Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat untuk memastikan semangat rakyat untuk mendapat kerajaan baru tidak terpadam begitu sahaja.walaupun menyatakan hasrat untuk bersara dalam arena politik negara sebelum PRU ke 13 namun mengubah pendirian beliau selepas keputusan PRU ini kerana tidak boleh membiarkan penipuan SPR ini terus berlaku.

Adakah SPR tidak telus?adakah SPR bawah kawalan kerajaan?.

mungkin YA dan mungkin TIDAK...

Kerana Pakatan Rakyat masih menang di beberapa negeri dan masih mendapat undi popular 51%..

Mungkin kerana keputusan awal menunjukkan Pakatan Rakyat menang dan selepas kiraan semula Pakatan Rakyat kalah,inilah yang mereka pertikaikan...

Tindakan bantahan ini perlu bagi memastikan ketelusan SPR tidak akan diragui dan demi PRU ke 14 nanti,kita tidak mahu hak rakyat untuk memilih dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kalau Barisan Nasional menang dengan ketelusan SPR sudah pasti Rakyat masih memerlukan Barisan Nasional sebagai kerajaan berbanding Pakatan Rakyat..

Apa yang seharusnya Pakatan Rakyat lakukan adalah dengan membuat petisyen bantahan terhadap keputusan PRU ke 13 ini setelah diwartakan oleh SPR .gunakan saluran undang-undang ini terlebih dahulu dan jika keputusan petisyen ini juga dimanipulasi barulah rakyat boleh turun ke jalan raya kerana tidak mendapat pembelaan seharusnya daripada pihak kerajaan..

Selepas ini pakatan rakyat harus tumpu kepada kebajikan rakyat.pastikan hak rakyat tidak dinafikan dan janji ditepati oleh kerajaan Barisan Nasional.Pakatan Rakyat adalah pembangkang terbaik di Parlimen dan membawa suara majoriti rakyat!

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse