1.Dersawasa ini politik Malaysia akan kembali hangat dengan pertembungan antara kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Pilihan Raya umum pada kali ini pasti menjadi sejarah baru dalam arena politik tanah air dan kita mengharapkan pertembungan yang sihat di antara kedua dua parti yang akan bertanding.
2.Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak di lihat sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya pada kali ini walaupun beberapa tahun sebelum ini terpaksa memulihkan kembali sokongan rakyat kepada Barisan Nasional yang telah tercalar dan bagi penulis sendiri beliau telah berjaya menguatkan kembali jentera Barisan Nasional dengan mengambil semula hati rakyat dengan peruntukan dan dana yang disediakan untuk bantuan rakyat.Terima Kasih PM!
3.Pakatan Rakyat di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak kurang hebatnya dalam persiapan menjelang PRU ke 13 ini.kelebihan mendapatkan sokongan rakyat dengan siri jelajah dan himpunan yang telah diadakan sebelum ini juga membuktikan bahawa beliau kini telah bersiap siaga untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada kali ini atau beliau akan terus bersara dalam arena politik tanah air sekiranya Pakatan Rakyat gagal untuk mendapatkan PUTRAJAYA.
4.kedua-dua pemimpin ini dahulu pernah berganding bahu bersama-sama dalam sebuah parti,tetapi kini dalam arena yang berbeza....siapa yang lebih hebat dan layak untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA...? Anwar atau Najib...?
5.RAKYAT AKAN TENTUKAN DALAM UNDI PILIHAN RAYA..!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan