penulis melihat himpunan kali ini sebagai satu manifestasi baru rakyat dalam menyuarakan bantahan mereka secara terbuka kepada kerajaan dengan pelbagai isu rakyat yang masih belum diselesaikan secara menyeluruh.Tidak dinafikan bahawa apabila rakyat telah turun dan mengadakan demontrasi di jalanan menyebabkan kerajaan terpaksa menyelesaikan segera segala isu yang dibangkitkan oleh rakyat.
Himpunan kali ini membariskan semua NGO yang telah mengadakan demontrasi besar-besaran di negara ini seperti BERSIH,JERIT,ROYALTi,LYNAS,ANAK dan pelbagai lagi NGO yang terlibat.kehadiran rakyat ke stadium merdeka telah menunjukkan bahawa rakyat mahu kerajaan sekarang ini lebih prihatin kepada nasib rakyat!
Telah terbukti himpunan sebegini akan berjalan secara aman jika mendapat kerjasama yang baik daripada seluruh pihak.Anggota polis yang hadir mengawal keadaan memberikan signal yang jelas kepada rakyat bahawa polis memang bertugas untuk mengawal keamanan.rakyat kini telah bersuara dan kini giliran kerajaan pula untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan