Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 19 Januari 2013

TAHNIAH JOZAN JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2013

tahniah di ucapkan kepada kumpulan JOZAN yang telah menjuarai maharaja lawak mega 2013..korang memang terbaik dan paling penting menghiburkan...

Kalau stress..tengok lawak korang memang best giler..:-)..

Walaupun johan tak berapa sihat..tetapi tetap hadir dan membuat persembahan...

Korang berdua memang gandingan mantap la....

Tak lupa juga kepada kumpulan JAMBU..

Memang terbaik dan profesional lawak mereka..walaupun nampak macam merepek..tapi serius buat semua orang gelak...hahaha....

Dan kumpulan BOBOI...ada buat lawak listen...listen...listen.....memang terbaik..!!!!!!

Selasa, 15 Januari 2013

DOKTRINISASI SYARIFAH ZOHRA DIMALUKAN OLEH MISS BAVANI! LISTEN TO ME..!!!!!

DOKTRINISASI syarifah zohra ke atas mahasiswa UUM dalam forum mahasiswa yang dianjurkan di universiti berkenaan kini menjadi perbualan hangat di seluruh negara terutama di laman sosial.
Keberanian seorang mahasiswi UUM miss bavani menjadikan forum berkenaan semakin hangat apabila hak sebagai seorang mahasiswa dinafikan oleh seorang yang berpelajaran oleh syarifah zohra ini.Siapa syarifah zohra ini? PENGERUSI SUARA WANITA SATU MALAYSIA (katanya...hahaha)...

Apa yang berlaku ini mencerminkan bagaimana hak bersuara seorang mahasiswa telah dinafikan malahan telah diaibkan dirinya dikhalayak ramai.apa perasaan syarifah zohra ini apabila diperlakukan sebegitu rupa di khalayak ramai....?..anda juga manusia..!..bukan haiwan yang tidak berperasaan..malahan haiwan juga ada perasaan...!!!!!

Sejauh mana ko tak bersetuju dengan pandangan miss bavani seorang mahasiswa UUM itu..ko memang tidak ada hak untuk menghina dan menghalangnya untuk memberikan pandangan berkenaan perkara yang diyakininya...!

Universiti adalah tempat untuk melahirkan intelektual.Universiti bukan tempat untuk mahasiswa menerima bulat-bulat segala ilmu dan maklumat yang diterima.mahasiswa sendiri yang harus bijak menilai sama ada perkara yang diterima atau diberikan itu benar ataupun tidak.sebab itu mahasiswa mempunyai pandangan yang berbeza...

apabila engkau telah mendoktrinkan mahasiswa bahawa :-

2+2=5

Tapi masih ada yang berani bersuara untuk menyatakan bahawa :-

2+2=4

Mahasiswa tidak bodoh dan mudah diperbodohkan...mahasiswa harus dihormati pandangan dan pendapat..walaupun mahasiswa berbeza pendapat tetapi kami tidak pernah dinafikan hak untuk bersuara untuk menyatakan kebenaran..!!!!!!!

PENULIS SMART GENERATION MEMOHON CIK SYARIFAH ZOHRA UNTUK MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA!!!!!!







Ahad, 13 Januari 2013

APABILA RAKYAT KE HIMPUNAN!

Apabila rakyat turun ke jalanan
Apabila rakyat mulakan himpunan
Apabila rakyat di satu barisan
Apabila rakyat mahukan perubahan
Apabila rakyat mahukan keadilan
Apabila rakyat mahukan keamanan
Apabila rakyat menyatakan sokongan
Apabila rakyat menegakkan kebenaran
Apabila rakyat mahukan ketelusan
Apabila hak rakyat telah dinafikan
Apabila rakyat sudah muak dengan penipuan
Apabila rakyat tidak tahan dengan penindasan
Apabila rakyat memilih untuk ke himpunan
Inilah kuasa rakyat yang tidak boleh di halang oleh kerajaan..!

from penulis smart generation...







































Sabtu, 12 Januari 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DARIPADA PERSPEKTIF SMART GENERATION!

Hari ini 12 januari 2013 penulis Smart Generation telah turun bersama-sama rakyat untuk menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 di stadium merdeka.Ratusan ribu rakyat telah turun memenuhi Stadium Merdeka untuk melakar sejarah baru dalam menjayakan demokrasi di Malaysia tercinta ini.Alhamdullilah kerana himpunan kali ini bukan saja melakar sejarah tetapi turut berada di dalam keadaan aman dan terkawal tanpa kehadiran anggota polis yang ramai dan pasukan FRU.

penulis melihat himpunan kali ini sebagai satu manifestasi baru rakyat dalam menyuarakan bantahan mereka secara terbuka kepada kerajaan dengan pelbagai isu rakyat yang masih belum diselesaikan secara menyeluruh.Tidak dinafikan bahawa apabila rakyat telah turun dan mengadakan demontrasi di jalanan menyebabkan kerajaan terpaksa menyelesaikan segera segala isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

Himpunan kali ini membariskan semua NGO yang telah mengadakan demontrasi besar-besaran di negara ini seperti BERSIH,JERIT,ROYALTi,LYNAS,ANAK dan pelbagai lagi NGO yang terlibat.kehadiran rakyat ke stadium merdeka telah menunjukkan bahawa rakyat mahu kerajaan sekarang  ini lebih prihatin kepada nasib rakyat!

Telah terbukti himpunan sebegini akan berjalan secara aman jika mendapat kerjasama yang baik daripada seluruh pihak.Anggota polis yang hadir mengawal keadaan memberikan signal yang jelas kepada rakyat bahawa polis memang bertugas untuk mengawal keamanan.rakyat kini telah bersuara dan kini giliran kerajaan pula untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat!

Ahad, 6 Januari 2013

JUTAWAN HARTANAH BEKERJA SEBAGAI TUKANG SAPU JALAN RAYA


Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras.
Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.

Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.
“Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya,” kata Yu.

Dia juga tidak mahu memberi anaknya gambaran bawa dengan menjadi kaya serta menjalani kehidupan hasil daripada kekayaan itu adalah jalan mudah untuk hidup.

“Gaya hidup seperti itu hanya akan mengancam mereka dalam jangka panjang,” kata Yu.
Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.

Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.
“Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.

Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.

Apabila kerajaan komunis China melancarkan pembaharuan ekonomi pada hujungan 1980-an dan membenarkan petani berniaga, Yu dan suami berjaya mengumpul wang secukupnya untuk membina tiga blok rumah pangsa lima tingkat yang kemudian disewakan.

Mereka berjaya mengambil kesempatan terhadap ledakan harga hartanah dan meluaskan ‘empayar’ mereka hingga mampu memiliki 21 blok rumah pangsa.

Mereka sudah menjual empat blok. Hasil jualan itu dicampur dengan pendapatan menyewa 17 blok rumah pangsa serta gaji sebagai tukang sapu sudah pasti akan membolehkan dia menjalani kehidupan selesa pada masa akan datang.

HATI-HATI KETIKA TUKAR TAYAR KERETA


Dirempuh ketika tukar tayar, mangsa terperosok bawah lori

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperosok bawah lori.
ALOR  GAJAH - Dua maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori muatan makanan ringan ketika sedang menukar tayar lori perabot yang pecah di Kilometer 199.4, arah utara Lebuhraya Utara-Selatan dekat Alor Gajah, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, mangsa yang maut  di tempat kejadian, Bashier Ahmed Abd Sulami, 45, bersama dua rakannya Hasan, 31, dan seorang lagi rakan sedang membaiki tayar dibantu pemandu lori lain,  Khairunizam Abdullah, 33, sebelum dirempuh sebuah lori muatan makanan ringan dipandu seorang lelaki berusia 51.

Jurucakap polis berkata, Hasan tersepit di bawah lori makanan ringan terbabit selepas dirempuh dan terseret. Khairunizam tercampak di lokasi berdekatan.

“Ketika kejadian keempat-empat mangsa sedang menukar tayar sebelah kanan hadapan lori muatan perabot itu sebelum dirempuh lori mua-tan makanan ringan terbabit.

“Rempuhan kuat menyebabkan tiga mangsa berkenaan gagal mengelak, namun seorang rakan mangsa sempat melarikan diri sebaik menyedari sebuah lori makanan ringan meluncur laju ke arah lori dinaiki mereka bertiga,” katanya.

Jurucakap polis berkata, rempuhan berlaku sekelip mata dan mangsa belum sempat memasang tayar baru selepas dibantu Khairunizam yang memberhentikan lorinya tidak jauh dari lokasi kejadian


bersama isteri dan dua anak kecil mereka.

“Hasan dirempuh, diseret beberapa meter sebelum tertimbus dengan tanah tebing jalan dan tersepit di bawah lori makanan ringan berkenaan. Badan mangsa turut bergelumang dengan minyak hitam.

“Sementara itu, Khairunizam yang tercampak selepas dirempuh hanya terbaring, namun berada dalam keadaan sedar sebelum sebuah lori berhenti dan menghulurkan bantuan menghubungi bantuan kecemasan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan tersepit di celah bawah lori makanan ringan itu, Hasan tidak mampu bersuara, bagaimanapun dia memberi isyarat gerakan perlahan tangannya sebelum anggota bomba dan penyelamat tiba untuk membantu mengeluarkannya.

Sempat hubungi majikan

Majikan mangsa maut, Muhammad Bashar, 35, berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua lagi rakan dalam perjalanan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan, selepas selesai menghantar perabot di Muar, Johor, sebelum terbabit kemalangan.

“Kira-kira jam 10.45 malam mangsa ada menghubungi saya memberitahu tayar hadapan sebelah kanan pecah sebelum saya kemudiannya menerima maklumat mereka semua terbabit dalam kemalangan tanpa mengetahui mangsa sudah meninggal dunia.

“Saya tak sangka itu panggilan terakhir mangsa kepada saya selama lebih sepuluh tahun mangsa tinggal di negara ini. Sebagai sumbangan akhir kami akan bantu selesaikan segala urusan penghantaran mangsa pulang semula ke Pakistan,” katanya.

Sukar keluarkan mangsa

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan S.A.Pillay berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera dan dua unit Skuad Gerak Cepat (SGC) bergegas ke lokasi kejadian dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil.

“Setiba di lokasi mendapati mangsa maut berada di tebing jalan manakala mangsa yang tersepit terperosok di bawah lori makanan ringan yang sudah terbalik mengiring ke kanan dalam keadaan enjin masih hidup kerana penggunaan enjin hidraulik.

“Anggota mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa kerana kedudukan mangsa dan bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong beberapa bahagian bawah enjin sebelum menarik keluar mangsa.

“Bomba mengambil masa lebih 45 minit untuk keluarkan mangsa yang berada dalam keadaan lemah serta sudah dibasahi minyak lori sebelum diserah kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

Pengarah Pertahanan Awam Alor Gajah, Leftenan Muda Hamdan Mohd Saat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kemalangan berkenaan kira-kira 11.20  malam dan bergegas ke lokasi kejadian

“Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka menggunakan dua buah ambulan dari  JPAM,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), kira-kira 9 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


* Laporan lanjut dan lagi gambar dalam Sinar Harian edisi Melaka-Negeri S

Selasa, 1 Januari 2013

2013

2013 kini telah tiba
Selamat tahun baru ku ucapkan kepada semua..
Semua orang pasti berazam untuk menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya
Semua impian dan azam kita adalah satu langkah kearah kejayaan kita
Memasang impian dan azam bukanlah sesuatu yang mudah
Ia tidak boleh dipasang dengan khayalan semata-mata
Tetapi haruslah diselami dengan jiwa dan nurani kita untuk merealisasikan azam tersebut.

2013 bermula kehidupan baru
Setiap  tahun tahun yang berlalu pasti adalah kehidupan bagi kita
Namun sejauh mana kita mencorakkan kehidupan baru tersebut.
Saban tahun kita mengharapkan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya
Tetapi adakah kita belajar daripada kehidupan lalu untuk kita terus menuju kehidupan yang seterusnya....

2013 adalah cabaran baru
Cabaran yang bakal kita akan hadapi bukan sahaja untuk diri kita
Tetapi cabaran dalam era kemodenan teknologi yang pasti menjadi tunjang utama
Bagi membentuk dan menguji kebolehan diri ini.
Sejauh mana cabaran tahun ini dapat kita tempuhi dan sejauh mana kita berjaya mencabar diri kita

2013 akan berlalu meninggalkan kita pada tahun hadapan
Adakah senario perubahan tahun ini dapat mematangkan diri kita dan menjamin kehidupan kita
Atau kita tetap lalai dan leka dalam menempuhi setiap tahun baru.
Apapun yang bakal berlaku pada tahun tahun mendatang..
Sejarah sebelumnya adalah titik permulaan bagi diri kita untuk belajar daripada apa yang telah kita lalui ke arah yang lebih baik....

SMART GENERATION 2013.....

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse