Perjalanan hidup ini membawa seribu erti
Bukan untuk ditangisi atau dicemburui
Tetapi haruslah dirasai dalam sanubari
Bagi kita mengenal sebuah erti
Perjalan hidup ini mengajar diri ini
Akan kepayahan dan keperitan duniawi
Masih banyak lagi harus ku pelajari
Bagi menjadi insan yang disegani
Perjalanan hidup ini bukan mudah dilupai
Semakin kita lupa semakin parah menjadi duri
Menembusi jauh di sudut sanubari
Mencengkam perasaan dan hati
Perjalanan hidup ini bukan untuk dimegahi
Harta dan kekayaan bukanlah yang hakiki
Hati dan perasaan harus diisi dan dipenuhi
Oleh sesuatu yang bererti untuk dunia dan ukhrawi
Perjalanan hidup ini akan dihiasi
Oleh kecekalan dan rahsia hati
Begi menembusi dan menjuarai
Segala halangan dan rintangan lautan api
Perjalanan hidup ini masih bisa dihayati
Oleh jiwa yang terpaut pada ilahi
Bukan untuk disalah erti
Tetapi untuk menjadi bekalan abadi
Asri zulkifli,tasik varsiti universiti malaya 6.32 pm 14/12/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan