Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 22 September 2012

DEMO ANTI FILEM HINA RASULLULAH S.A.W ;RIBUAN RIBU RAKYAT MALAYSIA TURUN KE JALANAN







s









Lebih 10,000 umat Islam berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan satu memorandum yang menuntut tindakan tegas dari kerajaan AS bagi menghentikan provokasi terhadap umat Islam.

Namun, memorandum berkenaan hanya berjaya diserahkan kepada ketua keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat yang bertindak sebagai wakil ekoran keengganan wakil kedutaan untuk turun.
Difahamkan, kedutaan Amerika ditutup sejak jam 11 pagi bagi mengelak pertembungan dengan peserta dan wakil himpunan hari ini.

Perhimpunan itu juga mengesa AS menarik balik penayangan ‘Innocence of Muslims’ dan mengenakan tindakan tegas terhadap pengarah Sam Bacile yang mengambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang hina, lemah dan gila seks.

Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi mendesak kerajaan AS mengambil serius kecaman umat Islam di seluruh dunia dan memulihkan kembali hubungan antara Islam dan dunia barat.

“Hentikan sebarang bentuk filem, lukisan karikatrur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
“Kami juga tegas untuk tidak menghina mana-mana agama dan Nabi-Nabi mereka. Ini merupakan perkara yang besar,” katanya apabila membacakan memorandum tersebut diluar kedutaan AS.
Selain Nasruddin, wakil pimpinan yang hadir menyerahkan memorandum adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua N Surendren, serta wakil NGO, Pengerusi TERAS, Azmi Abdul Hamid.



Jelas Nasruddin, Pas akan menggerakkan seluruh umat Islam untuk hadir ke Himpunan Munajat dan Ceramah Kisah Rasulullah sebagai Pemimpin Agung pada Jumaat depan di setiap negeri.
Seawal jam 12.00 tengahari, perkarangan Masjid Lembaga Tabung Haji dipenuhi dengan kehadiran umat Islam yang hadir bagi menyertai himpunan itu.

Turut bergema laungan ‘Allahuakhbar’, ‘Hidup Islam’ dan ‘Hancur Yahudi’ selain beberapa sepanduk ‘Kami Akan Mempertahankan Rasulullah’.
Penyokong yang hadir turut bertafakur sebentar dengan membaca surah al-Ikhlas .
Azmi berkata himpunan tersebut adalah suatu penunjukkan solidariti bahawa Umat Islam serius dalam isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

Bagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, kehadiran umat Islam secara aman pada hari ini membuktikan Islam mencetuskan huru-hara dan menghina kepercayaan agama lain meskipun berlakunya pembunuhan Duta Amerika Syarikat di Libya minggu lalu.

“Sepatutnya seorang wakil kedutaan perlu turun untuk menerima memorandum ini.
“Kita mahu isu ini diambil tindakan dan tidak dibiarkan melarat ke kancah yang lebih teruk,” katanya.

MP Batu, Tian Chua turut meminta kerajaan Malaysia menyatakan pendirian tegas terhadap perkara ini memandangkan ianya melibatkan seluruh umat sejagat.



Himpunan ini turut dicemari dengan insiden pembakaran bendera Israel sebelum orang ramai bersurai mulai 3.25 ptg dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ketua Penerangan, Tuan Ibrahim.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bahagian Cheras, ACP Mohan Sing berpuas hati dengan perjalanan himpunan pada hari ini. Menurutnya, pihak polis akan menyiasat insiden membakar bendera Israel dan setakat ini tiada tangkapan yang dibuat.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut