KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorel RapidKL terkandas secara
tiba-tiba pada pukul 2 petang apabila sebuah gerabak berhenti di depan
flat di Brickfields.
Para penumpang terpaksa dikeluarkan daripada gerabak lain dengan menggunakan skylift.
Seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan manakala dua lagi
penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki
ekoran terkena kaca yang pecah.
Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hopsital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.
Apabila dihubungi, RapidKL memberitahu mereka sedang meneliti punca gerabak itu terkandas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan