Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 28 April 2012

BERSIH 3.0 DARI LENSA SMART GENERATION :APA YANG SEHARUSNYA RAKYAT TAHU!





salam kepada semua..








Penulis Smart Generation hari ini bersama-sama ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyokong BERSIH 3.0 dan turun ke Dataran Merdeka hari ini...

Daripada awal pagi lagi Penulis Smart Generation turun ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan dan merasai sendiri BERSIH 3.0 kali ini atas dasar Hak untuk menyatakan pendirian dan suara rakyat dalam negara DEMOKRASI.....


Penulis difahamkan pada malam sebelum BERSIH 3.0 ini sudah puluhan ribu berkumpul di Dataran Merdeka dan bermalam di situ...Penulis sampai di Awal pagi lagi..Bersama-sama berkumpul di Dataran Merdeka..daripada puluhan orang..menjadi ratusan orang...daripada ratusan menjadi ribuan bergerak ke Dataran Merdeka..semakin lama menjadi Puluhan ribu...dan sehinggalah kemuncak rakyat Berkumpul sehingga RATUSAN RIBU ORANG....DARIPADA DATARAN MERDEKA SEHINGGA KE PETALING STREET DI PENUHI PENYOKONG BERSIH...MASJID JAMEK DAN MASJID INDIA JUGA DIPENUHI OLEH RATUSAN RIBU ORANG....


Apa yang berlaku pada awalnya menunjukkan kejayaan TERBESAR PENGANJURAN BERSIH 3.0 ini...daripada Awal pagi sehinggalah jam 3.00 petang..RAKYAT DUDUK BERHIMPUN DENGAN AMAN..TANPA ADA SEBARANG KEKACAUAN...APA YANG ADA HANYALAH LAUNGAN KERAMAT SEMANGAT BERSIH DAN RAKYAT..!!!!!


Tidak kira lah Tua atau Muda..Bujang atau Berkahwin...Anak-anak kecil dan keluarga yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum DUDUK UNTUK BANTAH DI BERSIH 3.0 ini...Suasana yang sangat seronok dan penuh dengan Semangat...Apa yang berlaku bermula apabila Kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di DATARAN MERDEKA....



Apa yang MEDIA PERDANA LAPORKAN MEMANG BERAT SEBELAH DAN TIDAK TEPAT...Sememangnya RAKYAT MAHU MASUK KE DATARAN MERDEKA...Tetapi rakyat tidak rempuh seperti yang dilaporkan dalam MEDIA PERDANA...Pihak Polis sendiri yang memberikan laluan kepada RAKYAT UNTUK MASUK KE DATARAN MERDEKA...RAKYAT DENGAN PENUH GIRANG DAN GEMBIRA  BERPUSU-PUSU BERLARI  MENUJU KE DATARAN MERDEKA SETELAH LALUAN ITU DI BUKA...

POLIS MULANYA MELEPASKAN TEMBAKAN MERIAM AIR KEPADA RAKYAT...TIDAK LAMA SELEPAS ITU MUNCUL PULA BOM ASAP IAITU GAS PEMEDIH MATA...PENULIS SMART GENERATION MEMANG TERKEJUT DENGAN TINDAKAN GANAS POLIS ITU KEPADA RAKYAT....SEDANGKAN PADA KETIKA ITU RAMAI KANAK-KANAK DAN WANITA IBU-IBU YANG MEMENUHI DATARAN MERDEKA..



PERSOALANNYA ADALAH KENAPA RATUSAN ANGGOTA POLIS YANG MEMBUAT HALANGAN DI DATARAN MERDEKA TIBA-TIBA BERLARI KE TEPI DAN MEMBERI LALUAN KEPADA RAKYAT UNTUK MASUK..??????MUNGKIN ATAS SEBAB MAHU RAKYAT MASUK KE KAWASAN DATARAN MERDEKA DAN MEMAINKAN PERANAN FRU UNTUK MENGGUNAKAN SEGALA KELENGKAPAN YANG ADA UNTUK MENYERANG RAKYAT...!!!!!!!!

PENULIS DAN SEMUA YANG ADA DI SITU BERLARI-LARI MENCARI KAWASAN PERLINDUNGAN KERANA BEGITU SAKIT DAN PEDIH TERKENA GAS PEMEDIH MATA TERSEBUT....APA YG LAGI MENYAYAT HATI ADALAH KANAK-KANAK DAN IBU-IBU YANG ADA DI SITU...PENULIS PUN TERASA PERIT DAN SAKIT..APATAH LAGI MEREKA...MEMANG KETIKA ITU MERASAKAN ANGGOTA FRU SANGAT KEJAM DAN GANAS MELAYAN RAKYAT SEPERTI ITU....

APA YANG BERLAKU INI SEBENARNYA MEMBERIKAN GAMBARAN BURUK RAKYAT KEPADA KERAJAAN ATAS LAYANAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI...WALAUPUN RAKYAT SUDAH MENCARI TEMPAT BERLINDUNG...POLIS MASIH LAGI MENEMBAK GAS PEMEDIH MATA INI KE KAWASAN PERLINDUNGAN RAKYAT....!!!!!!

RATUSAN RAKYAT YANG BERHIMPUN PASTINYA TERPINGA-PINGA DAN BERTEMPIARAN LARI MENYELAMATKAN DIRI...MEMASUKI LORONG-LORONG BANGUNAN SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR...

PENULIS DI KEJUTKAN LAGI DENGAN ISU KERETA PERONDA POLIS DITERBALIKKAN DI SOGO ...APA YANG SEBENARNYA BERLAKU ADALAH KERETA PERONDA POLIS ITU TELAH MELANGGAR SEORANG PESERTA BERSIH...DAN ORANG RAMAI YANG MELIHAT PERKARA ITU MARAH DENGAN TINDAKAN POLIS ITU...NAMUN APA YANG MEDIA PERDANA LAPORKAN RAKYAT SECARA MEMBUTA TULI MENTERBALIKKAN KERETA PERONDA POLIS TERSEBUT..!!!!!...TAPI PENULIS TIDAK MENYOKONG TINDAKAN PESERTA BERSIH YANG BERTINDAK LIAR MEMBELASAH ANGGOTA POLIS TERSEBUT..!!!!!

DI STESEN BANDARAYA..PENULIS DIKEJUTKAN LAGI DENGAN PENEMUAN PELURU HIDUP YANG DIKATAKAN TELAH DIGUNAKAN OLEH ANGGOTA POLIS UNTUK MENYURAIKAN PENYOKONG BERSIH 3.0 INI....ADAKAH PELURU HIDUP DIGUNAKAN OLEH POLIS..????

RAKYAT DISERANG DENGAN BERTUBI-TUBI OLEH ANGGOTA POLIS DENGAN MELEPASKAN GAS PEMEDIH MATA DI SETIAP LORONG-LORONG BANGUNAN DI BANDARAYA KUALA LUMPUR TEMPAT RAKYAT MENDAPATKAN PERLINDUNGAN...APAKAH POLIS MAHU MEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU MENYATAKAN SUARA DAN BANTAHAN MEREKA KEPADA KERAJAAN SEDIA ADA..????

PENULIS SMART GENERATION YAKIN..SESIAPA YANG HADIR DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 INI ..PASTI TAU APA PERKARA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI SEBALIK KEJADIAAN INI.....PENULIS HARAP KERAJAAN MALAYSIA MEMOHON MAAF DENGAN APA YANG TELAH BERLAKU...KEBENCIAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN SEMAKIN MEMBUAK-BUAK KALAU RAKYAT DIPERLAKUKAN SEPERTI INI....!!!!!

BAGI YANG HADIR BERSIH 3.0..TAHNIAH PENULIS SMART GENERATION UCAPKAN KERANA ANDA TELAH MELAKAR SEJARAH BARU DALAM MEMPERJUANGKAN HAK KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA..!!!!!!









Rabu, 25 April 2012

BERSIH 3.0 ADALAH SUARA DAN HARAPAN RAKYAT DEMI MASA DEPAN MALAYSIA






BERSIH 3.0 HARAPAN RAKYAT MARHAEN UNTUK MEMASTIKAN PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN TELUS...

BERSIH 3.0 ADALAH HAK RAKYAT UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN BAGI MEMASTIKAN DEMOKRASI TERUS MEKAR DAN SUBUR DI NEGARA INI...

BERSIH 3.0 ADALAH SATU GERAKAN RAKYAT....UNTUK MEMASTIKAN PERUBAHAN DALAM SISTEM PILIHAN RAYA YANG LEBIH ADIL DAN TELUS....

BERSIH 3.0 BUKAN UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN PEMERINTAH....TETAPI UNTUK MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA KERAJAAN BAHAWA RAKYAT TIDAK AKAN BERDIAM DIRI JIKA TRANSFORMASI DALAM PILIHAN RAYA TIDAK DIJALANKAN SEPENUHNYA....

BERSIH 3.0 ADALAH SATU GERAKAN DAN MOBILITI RAKYAT YANG MAHUKAN PERUBAHAN SEGERA DALAM SISTEM PILIHAN RAYA....


PENULIS SMART GENERATION AKAN TURUN BERSAMA-SAMA RAKYAT UNTUK MEMASTIKAN PILIHAN RAYA KALI INI DI JALANKAN SEBERSIH-BERSIHNYA OLEH KERAJAAN PEMERINTAH....

PENULIS TELAH BERSAMA-SAMA RAKYAT DALAM BERSIH 2.0 SEBELUM INI....NAMUN PELBAGAI HALANGAN DAN RINTANGAN DIHADAPI OLEH RAKYAT....PENULIS BERLARI BERSAMA-SAMA RAKYAT MELARIKAN DIRI DARIPADA TERKENA TEMBAKAN MERIAM AIR DAN GAS PEMEDIH MATA...NAMUN SEMANGAT RAKYAT TAK AKAN PERNAH LUNTUR DENGAN KEKASARAN SANG PENGUASA....


PENULIS MENGHARAPKAN BERSIH 3.0 AKAN BERJALAN DENGAN AMAN DAN TIDAK ADA LAGI SEKATAN UNTUK RAKYAT DALAM MENYATAKAN HAK DAN PENDIRIAN MEREKA....

DEMI PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN TELUS...BAGI MENERUSKAN AGENDA PERJUANGAN RAKYAT ...!!!!

 


Ahad, 15 April 2012

KEBODOHAN MAHASISWA DALAM SELESAIKAN ISU PTPTN!



salam kepada semua...


DARIPADA PANDANGAN ANDA SEMUA...ADAKAH TINDAKAN MAHASISWA DALAM DEMONTRASI PTPTN DI MASJID JAMEK SEMALAM ADALAH SATU TINDAKAN BIJAK ATAUPUN BODOH DAN BIADAP..???????

KALAU KAU BENAR-BENAR MAHU PTPTN ITU DIMANSUHKAN DAN PENDIDIKAN PERCUMA DIBERIKAN...KAU INGAT TINDAKAN KAU DI ATAS TERSEBUT BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH DAN KERAJAAN AKAN MENURUTI HASRAT DAN KEHENDAK KAU..????

SERIUS...AKU RASA BENCI DENGAN TINDAKAN MAHASISWA YANG BEROTAK UDANG DAN BODOH DALAM MELAHIRKAN EMOSI KEKECEWAAN....!!!!!!!!

KAU BUAT KALUNGAN BUNGA PADA PERDANA MENTERI DAN PENGAJIAN TINGGI TU KAU IKUT ADAT MANA...?...AKHLAK MANA YANG KORANG BELAJAR NI...!!!!..

KAU ORANG YANG BUAT IDEA INI ADALAH MAHASISWA BODOH DAN CETEK AKAL DAN TIDAK LAYAK UNTUK DIAGUNGKAN SEBAGAI PEJUANG MAHASISWA...!!!!!

ADAKAH SEMUA MAHASISWA YANG IKUT DEMONTRASI SEMALAM BUAT PINJAMAN DENGAN PTPTN...????.....DAN KORANG SEMUA MEMANG ADA MASALAH DENGAN PTPTN...?????????
 ATAUPUN KORANG HANYA BERLAGAK MENUNJUKKAN KEPADA MASYARAKAT BAHAWA KORANG SEMUA ADALAH PEJUANG SEBENAR MAHASISWA...
TAPI KORANG TERLALU BODOH SEBAB SEBENARNYA KORANG BUKAN MEMPERJUANGKAN HAK MAHASISWA..TETAPI KORANG MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN POLITIK....!!!!!

AKU RASA HANYA SEGELINTIR SAHAJA MAHASISWA YANG BUAT PINJAMAN DENGAN PTPTN DALAM DEMONTRASI SEMALAM....YANG LAIN DAPAT BIASISWA DARIPADA KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI DAN ADA JUGA YANG DAPAT BIASISWA DARIPADA BADAN-BADAN NGO DAN PERNIAGAAN....

AKU PUN SECARA JUJUR MAHU PTPTN NI DIHAPUSKAN OLEH KERAJAAN DAN DITUKARKAN KEPADA BIASISWA...TETAPI ADAKAH JALAN INI DAPAT MENYELESAIKAN PERKARA INI...?????

KALAU KORANG MAHU BERDEMO..BERDEMO SECARA AMAN....JANGAN CETUSKAN PROVOKASI DAN MENGAIBKAN PEMIMPIN NEGARA DENGAN CARA PALING BODOH...!!!!!!

PERBUATAN KORANG INI SEBENARNYA TELAH MEMBURUKAN LAGI IMEJ MAHASISWA...KORANG MENCONTENGKAN ARANG DAN MENCALIT TAHI PADA SELURUH MAHASISWA DENGAN PERBUATAN BIADAP KORANG INI...!!!

KALAU PEMIMPIN YANG KORANG AGUNG-AGUNGKAN SELAMA INI DIPERLAKUKAN SAMA DENGAN APA YANG KORANG BUAT SEMALAM...APA PERASAAN DAN PANDANGAN KORANG..??????....MESTI KO AKAN CAKAP ITU TINDAKAN BODOH DAN BIADAP JUGA KAN...!!!!!

AKU MARAH DENGAN PERBUATAN BIADAP KORANG INI...BUKAN ITU CARANYA...KORANG SEOLAH-OLAH MEMPERBESARKAN LAGI API YANG SEDANG MARAK MENYALA....!!!!!!!

KALAU KAU TURUN DEMONTRASI SEMALAM....DAPAT BIASISWA DARIPADA KERAJAAN..BAIK KAU PULANGKAN SEMULA DUIT BIASISWA KORANG ITU..DAN MOHON PINJAMAN PTPTN......

JANGAN BERCAKAP BESAR DAN BODOH KALAU KORANG BUKAN PEMINJAM PTPTN..TETAPI BERLAGAK MACAM KORANG BERHUTANG DENGAN PTPTN INI...!!!!!!!

AKU JUGA MOHON JASA BAIK KERAJAAN UNTUK MENGKAJI DAN MENILAI DENGAN SEBAIK MUNGKIN..ADAKAH PTPTN INI BOLEH DITUKARKAN KEPADA BIASISWA..?

KALAU KERAJAAN TIDAK ADA JALAN MENYELESAIKAN PERKARA INI ..MAHASISWA HARUS TAMPIL MEMBERIKAN IDEA DAN PANDANGAN TERSENDIRI BAGAIMANA IMPIAN INI BOLEH JADI KENYATAAN..!!!!!

Sabtu, 7 April 2012

PTPTN:HARAPAN BARU UNTUK GOLONGAN MUDA DAN MAHASISWA

salam kepada semua...

Penulis Smart Generation pada hari ini terpanggil untuk membicarakan sedikit mengenai isu PTPTN yang semakin hangat menjadi modal Politik di Negara ini.Apa yang pasti,Parti mana yang menjuarai isu PTPTN ini adalah Parti yang bakal mendapat sokongan penuh golongan muda terutama warga Mahasiswa di Seluruh Negara..

Memang tidak dinafikan akan kewujudan PTPTN ini yang telah membantu golongan Mahasiswa untuk meneruskan pembelajaran dan kehidupan ketika di alam kampus.Penulis sendiri mendapat pinjaman daripada PTPTN ketika berada di alam kampus sebelum ini.Kalau tidak buat pinjaman PTPTN ini..memang Penulis tidak mampu untuk membayar kos pengajian..iaitu Yuran Pengajian dan Asrama untuk setiap semester.Penulis daripada keluarga yang susah,memang keluarga tidak mampu untuk membayar segala kos pengajian dan penulis sendiri yakin ramai golongan Mahasiswa yang berada di Universiti ataupun Kolej sekarang ini rata-rata daripada keluarga yang berpendapatan rendah.Untung bagi mereka yang mendapat BIASISWA...tetapi yang akan dapat BIASISWA ini biasanya adalah golongan Pelajar yang betul-betul cemerlang dalam pembelajaran.Barulah boleh mendapat biasiswa.Penulis sendiri pun mengharapkan Biasiswa ketika belajar dahulu..Tapi keputusan tak lah cemerlang sangat..Terpaksalah buat Pinjaman PTPTN...

Kalau di fikirkan balik...memang sebelum ini golongan Mahasiswa bertungkus lumus untuk mendapatkan kelulusan Pinjaman PTPTN ni..Kalau tidak..mana mau cari duit nak bayar segala Yuran Pengajian...Mesti kita akan bertungkus lumus naik turun tangga HEP untuk mendapatkan tandatangan dan kelulusan bagi mempercepatkan proses permohonan Pinjamam PTPTN ini kan..Tetapi secara jujur..ketika itu Penulis sendiri tidak terfikir bahawa pada suatu masa nanti..Penulis telah di bebankan dengan HUTANG...

Apabila tamat pengajian di Universiti barulah kita merasai...Sebenarnya satu beban telah menanti kita di hadapan..Kita telah terbeban dengan HUTANG DARIPADA PTPTN...

Jika kita tidak membayar balik pinjaman ini...Nama kita akan di senarai hitamkan..di siarkan di merata tempat termasuk di dalam Akhbar dan Media Perdana....Kita akan menerima surat daripada MAHKAMAH..memerintahkan supaya membayar segera HUTANG PTPTN yang tertunggak...

Mungkin lagi parah,jika setelah tamat pengajian di Universiti atau Kolej..Masih lagi menggangur..Masih lagi belum punyai Pekerjaan..Jika bekerja pun..masih lagi belum tetap....itulah Permasalahan yang di hadapi oleh Golongan Pemiutang PTPTN ini...Ibu Bapa dan Keluarga terpaksa bergolok gadai segala harta yang dimiliki supaya dapat membayar balik hutang anak-anak mereka ini ketika belajar dahulu....

HARUSKAH PTPTN INI DI MANSUHKAN..?...ATAU DI TUKAR KEPADA BIASISWA..?

KERAJAAN MEMANG TELAH MENUKARKAN PTPTN INI KEPADA BIASISWA...TETAPI BAGI GOLONGAN MAHASISWA YANG MENDAPAT KELAS PERTAMA DI UNIVERSITI...PERSOALANNYA..BERAMAI RAMAI ANAK MELAYU YANG MENDAPAT FIRST CLASS KETIKA MENUNTUT DI IPTA ATAU IPTS..?

PENULIS BERHARAP PIHAK KERAJAAN DAPAT MENILAI KEMBALI PEMPIAYAAN PTPTN INI KEPADA GOLONGAN MAHASISWA..TERUTAMA GOLONGAN MAHASISWA YANG BERPENDAPATAN RENDAH.....

MUNGKIN KERAJAAN BOLEH MEMBERIKAN IHSAN KEPADA SELURUH GOLONGAN MUDA DI NEGARA INI DENGAN MENUKARKAN PINJAMAN PTPTN INI KEPADA BIASISWA...

KALAU TIDAK SECARA KESELURUHAN PUN..TETAPI BERILAH KEPADA GOLONGAN YANG BERPENDAPATAN RENDAH.....

MEMANG SELEPAS BELAJAR...GRADUAN YANG SUDAH BEKERJA BOLEH MEMBAYAR KEMBALI WANG PTPTN INI...TETAPI ALANGKAH BAGUSNYA JIKA WANG UNTUK MEMBAYAR PTPTN INI DIBERIKAN KEPADA KELUARGA UNTUK MEMBAIKI TARAF HIDUP KELUARGA.....

KALAU KERAJAAN BOLEH MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA INI KEPADA SELURUH GOLONGAN MUDA..TIDAK MUSTAHIL MODAL INSAN DAN GENERASI CEMERLANG DAPAT DILAHIRKAN DENGAN ILMU PENGETAHUAN...

PENULIS BERHARAP....ISU PTPTN INI TIDAK MENJADI MODAL POLITIK....TETAPILAH JADIKAN ISU PTPTN INI SEBAGAI ISU MASYARAKAT YANG HARUS DITANGGANI OLEH SELURUH PIHAK..BUKAN SAHAJA KERAJAAN ATAUPUN PEMBANGKANG...

JANGAN HANYA BERSORAK DAN BERJANJI UNTUK MENGHAPUSKAN PTPTN KETIKA BERKUASA...JANGAN HANYA MULUT YANG MANIS BERBICARA KEPADA GOLONGAN MUDA....BAK KATA PEPATAH MELAYU..YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DI KENDONG BERCICIRAN.....

JADIKAN LAH PTPTN INI TABUNG KEBAJIKAN BUAT GOLONGAN MUDA DALAM NEGARA INI...BANTULAH GOLONGAN MUDA UNTUK MENCARI ILMU PENGETAHUAN...

PALING KURANG...KALAU TIDAK MAHU MANSUHKAN PTPTN INI PUN...BIARLAH DITUKARKAN KEPADA BIASISWA JIKA GRADUAN BERJAYA LULUS DI UNIVERSITI....KALAU GAGAL...KENA BAYAR BALIK...MESTI SEMUA AKAN BERUSAHA UNTUK LULUS...:-)

Isnin, 2 April 2012

UCAPAN PENUH PERDANA MENTERI MEMBENTANGKAN LAPORAN TAHUNAN PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) DAN (ETP) 2011

Berikut adalah ucapan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011.

Rakyat Malaysia sekalian,

1.           Ceritera kejayaan Malaysia merupakan ceritera yang telah di tinta emas. Ia telah dilakar oleh sumbangan semua rakyat Malaysia dari Negeri Perlis hinggalah ke Sabah. Hakikatnya, ia hasil sumbangan warga tiga belas buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang walaupun dipisahkan secara fizikalnya oleh Laut Cina Selatan, namun disatukan roh dan semangatnya oleh kehendak untuk hari ini yang lebih baik daripada hari semalam dan hari esok yang penuh dengan harapan di bawah lembayung kibaran jalur gemilang.


2.           Kejayaan ini hasil sumbangan usahawan kecil, sederhana dan besar yang berani mengambil risiko, ia hasil sumbangan petani, pesawah, pekebun, peladang, penternak dan nelayan yang gigih menggunakan kudrat, ia hasil sumbangan para guru, pensyarah, wartawan, karyawan dan cendekiawan yang mendidik serta memberi kesedaran, ia hasil pengorbanan anggota tentera dan polis yang setia mempertaruhkan jiwa dan raga demi keselamatan negara tercinta, ia hasil sumbangan penjawat awam, pekerja swasta, pekerja kolar putih, biru dan buruh yang merupakan roda yang menggerakkan pembangunan negara, pendek kata kejayaan nasional adalah kejayaan yang dibina semua warga Malaysia.

3.           Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia yang mewarisi watan daripada generasi terdahulu teramat berat, kita dipanggil semboyan pertiwi bagi meneruskan tugas mulia membina negara bangsa Malaysia. Kita berdiri di atas bahu para patriot negara, bahu-bahu gergasi para bapa pengasas Malaysia. Kita berhadapan dengan amanah dan cabaran bagaimana membina di atas kejayaan sedia ada di samping meneruskan proses perubahan dan pembaharuan nasional.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

4.           Tiga tahun lalu, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari bagi menyampaikan ucapan sulung saya selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6.

5.           Di dalam ucapan sulung tersebut, saya telah menggariskan prinsip yang akan memandu hala tuju kerajaan pimpinan saya dalam bergerak ke hadapan, prinsip yang dimaksudkan ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

6.           Falsafah asas yang telah saya dan rakan-rakan pilih menjadi teras kerajaan ini, ialah falsafah yang merai dan menuil kemajmukan Masyarakat Malaysia yang sedia ada. Ia menjunjung harapan mereka untuk membentuk masa hadapan yang lebih baik. Falsafah ini terbentuk hasil daripada proses merasai denyut nadi rakyat, menggarap aspirasi serta mendengar keluh kesah mereka.

7.           Ia dibentuk bagi menangani tiga cabaran utama era globalisasi dan era dunia tanpa sempadan, iaitu pertama, dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia. Kedua, bagi membentuk sistem penyampaian kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat dan ketiga, mengeluarkan Malaysia dari perangkap gejala negara berpendapatan sederhana yang telah melanda banyak negara-negara lain di dunia, di mana kadar pertumbuhan semakin perlahan dan pembangunan menjadi statik malahan dalam kes yang ekstrem ia mula menjadi regresif.
Rakyat Malaysia yang dihormati

8.           Sebarang perubahan dan pembaharuan yang ingin kita bawa, wajib berasaskan premis bahawa sebagai negara yang majmuk survival kita bergantung kepada keberterusan keutuhan perpaduan nasional yang didasarkan kepada keyakinan bahawa kepelbagaian yang kita miliki merupakan sumber kekuatan bukannya kelemahan.

9.           Kita perlu memanfaatkan bakat yang terbaik dari kolam bakat kebangsaan bagi membangunkan negara serta menambah kekayaan nasional tanpa mengira ras dan kepercayaan penyumbang tersebut. Perkiraan pertama dan terakhir seharusnya adakah mereka warganegara yang mampu menyumbang. Sepanjang lipatan sejarah pembangunan negara Malaysia, dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi, ia telah menyaksikan sumbangan mereka yang datang dari semua kaum dan semua kepercayaan.

10.        Menjadi keyakinan yang telah saya nyatakan secara terbuka bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir. Menginsafi hakikat ini, dalam menggubal komponen pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Program Transformasi Kerajaan atau GTP, kita telah mewujudkan makmal-makmal khusus bagi mendapat maklum balas daripada rakyat, tentang apakah yang sebenarnya menjadi urutan keutamaan mereka.

11.        Hasil daripada merundingi rakyat, sebanyak 7 bidang keberhasilan utama atau NKRA telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Bagi memastikan pencapaian KPI di bawah NKRA ini akan mampu dicapai mengikut jadual atau lebih pantas, maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggunakan strategi lautan biru kebangsaan atau “national blue ocean strategy” di dalam beberapa NKRA.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

12.        Pada malam ini, genaplah 3 tahun pentadbiran saya. Saya berdiri pada malam ini bagi melaporkan pada tuan-tuan dan puan-puan apa yang telah kita capai setelah perencanaan yang rapi dan pelaksanaan yang berstrategi.

13.        NKRA yang diberi keutamaan, adalah untuk menangani kos sara hidup. Kerajaan prihatin bahawa rakyat terhimpit akibat tekanan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Ia melanda bukan sahaja penduduk bandar, tetapi juga penduduk luar bandar. Hakikatnya, semua segmen warganegara terkesan olehnya. Bagi meringankan bebanan ini, kerajaan telah merangka pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menanganinya.

14.        Antara langkah jangka pendek bersifat “one off” yang telah dilaksanakan bagi tahun 2012 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, sebanyak RM 500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3 000.

15.        Tidak cukup dengan bantuan BR1M, kerajaan juga memberikan bantuan persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini telah memanfaatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara. Bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula, mereka tidak dilupakan. Baucar buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar. Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM 3 bilion.

16.        Kerajaan juga baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia. Manakala bagi sektor swasta, saya akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum pada akhir bulan ini.

17.        Untuk langkah jangka sederhana, kerajaan telah memperkenalkan beberapa prakarsa bagi mengurangkan tekanan kos hidup antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia serta pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur serta penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras- Kajang dan Lebuh Raya Connaught.

18.        Untuk tempoh jangka panjang, menyedari bahawa perumahan merupakan komponen terbesar kos sara hidup, maka kerajaan telah memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PR1MA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan Bandar bagi golongan pertengahan, manakala untuk golongan berpendapatan rendah skim seperti Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan di tingkat giatkan lagi. Bagi perumahan kawasan luar bandar, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Kerajaan juga tidak melupakan perumahan bagi golongan nelayan. Bagi tahun 2012 sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah.

19.        Selain daripada semua inisiatif di atas, Kerajaan juga komited untuk meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak. Kerajaan juga memberikan subsidi bil elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah. Segala subsidi ini membabitkan peruntukkan sebanyak lebih RM30 bilion setahun.

20.        Kerajaan yang sedia ada ialah kerajaan yang berkebajikan dan bertanggungjawab. Pengurusan ekonomi serta hasil secara berhemah telah memungkinkan lebih RM 30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat serta hampir RM 3 bilion untuk berian terus bagi tahun 2012.

Rakyat Malaysia sekalian,

Keduanya, NKRA yang bermatlamat mengurangkan kadar jenayah.

21.        Kerajaan telah mengambil langkah inovatif dan kreatif melalui strategi lautan biru (national blue ocean strategy) untuk meningkatkan jumlah anggota polis terutamanya di kawasan-kawasan panas. Strategi ini nyata berkesan di mana kadar jenayah jalanan telah berjaya dikurangkan sebanyak 39%, manakala jenayah keseluruhan telah berkurang sebanyak 11% semenjak tahun 2009.

22.        Usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan telah menyaksikan era baru kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia, di mana pusat-pusat latihan tentera sedia ada telah dimanfaatkan untuk melatih juga anggota-anggota polis. Kesannya, dengan kos yang minimum lebih banyak anggota polis boleh dilatih dengan kadar lebih pantas, seterusnya diatur gerak ke kawasan-kawasan yang memerlukannya. Di bawah strategi lautan biru ini juga rondaan bersama anggota polis dan tentera serta anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang dilatih khusus serta dikawal selia oleh pihak PDRM di laksanakan bagi tujuan pencegahan jenayah. Sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kadar jenayah ini juga, teknologi inovatif dan moden seperti pemasangan CCTV akan di tingkat luaskan.

Ketiga, NKRA yang bermatlamat meningkatkan pencapaian pelajar.

23.        Buat pertama kalinya dalam sejarah Negara, pendidikan peringkat rendah dan menengah adalah percuma. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar setiap tahun untuk bidang pendidikan. Hasilnya, 77% daripada anak-anak kita telah mendapat peluang mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah berbanding 67%, 2 tahun yang lalu. Kerajaan menyedari anak-anak ialah permata Negara. Pendidikan seawal mungkin akan menjamin mereka mendapat kelebihan persaingan dalam kehidupan masa depan.

24.        Kerajaan juga menyedari peri pentingnya peranan guru dalam memastikan sistem pendidikan yang berkualiti. Menyedari hakikat itu, saya telah pun mengumumkan laluan karier perguruan yang lebih baik berasaskan sistem kenaikan pangkat “time based” dalam Bajet 2012 dan mengumumkan jaminan penerusan komitmen tersebut dalam ucapan saya kepada anggota perkhidmatan awam baru-baru ini.

Keempat, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar.

25.        Kerajaan tidak pernah melupakan penduduk luar Bandar. Keprihatinan kerajaan ini terbukti apabila pada Tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan. Semenjak 3 tahun yang lalu, usaha untuk mempertingkatkan kemudahan asas luar bandar telah diberikan nafas baru dengan penekanan ke Negeri Sabah dan Sarawak.

26.        Setakat ini, hampir 1000 kilometer jalan luar Bandar telah dibina. Dalam sejarah negara, ini merupakan jumlah kilometer jalan terpanjang yang pernah dibina dalam tempoh 2 tahun. Sebagai perbandingan, panjangnya melebihi Lebuh Raya Utara-Selatan sedia ada. Menggunakan strategi lautan biru, Angkatan Tentera Malaysia melalui Projek Jiwa Murni telah membantu dalam pembinaan jalan-jalan luar Bandar ini. Contohnya, Long Lopeng ke Ba’kelalan, Kuala Medalam ke Medamit, Limbang dan Kampung Saeh, Bekenu, Miri.

27.        Semenjak pelaksanaan NKRA ini tiga tahun yang lalu, sebanyak 27 ribu lagi isi rumah luar bandar mendapat nikmat bekalan elektrik dan lebih 70 ribu lagi isi rumah pula mendapat bekalan air yang bersih. Hasil langkah-langkah ini telah meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada air bersih. Bagi negeri Sabah peningkatan melibatkan 8% membabitkan lebih 150 ribu penduduk. Bagi negeri Sarawak, peningkatan ialah sebanyak 5.3% yang membabitkan lebih 100 ribu penduduk. Manakala bagi negeri-negeri di Semenanjung, peningkatan ialah sebanyak 3.6% yang membabitkan lebih 250 ribu penduduk. Bagi bekalan elektrik pula, negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% dan 6.2%,  yang memanfaatkan lebih daripada 230 ribu penduduk.

28.        Bagi merancakkan lagi pembangunan luar Bandar, Kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Luar Bandar sebagai sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional. Di bawah program ini, Pusat- Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) telah dan bakal didirikan. Pusat RTC pertama telah dilancarkan di Gopeng, Perak. Manakala RTC yang berikutnya akan dilancarkan di Kota Bharu dan beberapa buah lokasi yang telah dikenal pasti.

Rakyat Malaysia yang dihormati,

Kelima, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

29.        Bagi meningkat kualiti kehidupan rakyat terutama di kawasan bandar, kerajaan akan melaksanakan beberapa projek besar pengangkutan awam. Projek paling utama ialah projek MRT yang merupakan projek pengangkutan awam bandar jangka panjang yang paling komprehensif dalam sejarah pengangkutan awam negara. Fasa pertama projek ini dijangka siap dalam tempoh 5 tahun akan datang.

30.        Sementara itu, kerajaan telah pun mengambil tindakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan LRT dengan penambahan dari gerabak 2 koc kepada gerabak 4 koc, dan pemanjangan kedua-dua laluan Kelana Jaya dan Ampang Jaya. Pemanjangan kedua-dua laluan ini dijangka akan memanfaatkan lebih 500 ribu pengguna sehari semasa waktu puncak.

31.        Bagi perkhidmatan komuter KTM pula, koc-koc baru telah pun dibeli dan akan diperoleh secara berperingkat. Ini akan meningkatkan mutu dan keselesaan perkhidmatan komuter. Langkah-langkah ini dijangka akan meningkatkan keselesaan kepada hampir 100 ribu pengguna harian. KTM juga kini dalam proses mempersiapkan laluan berkembar dan proses elektrifikasi laluan Ipoh-Padang Besar.

32.        Di bawah NKRA ini juga, Kerajaan telah memperkenalkan Bas Ekspresway Transit (BET) yang telah memanfaatkan 370 ribu orang pengguna setiap hari.

Keenam, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

33.        Perang terhadap kemiskinan telah dilancarkan secara sistematik dan berterusan semenjak kemerdekaan lagi. Ia dilaksanakan secara lebih saintifik bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Matlamat kedua DEB adalah untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan. Alhamdulillah, kita telah berjaya membasmi kemiskinan tegar apabila kita telah mengeluarkan lebih 44 ribu isi rumah daripada kategori tersebut. Namun, kita tetap waspada terhadap kes-kes baru yang mungkin berlaku.

34.        Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif, seumpama akhiri zaman miskin atau 1AZAM yang telah memberi nikmat kepada lebih 47 ribu isi rumah yang melibatkan perbelanjaan lebih RM 500 juta. Manakala di bawah program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA pula sebanyak RM 1.4 Bilion diperuntukkan setiap tahun kepada 500 ribu penerima bantuan kebajikan masyarakat seluruh negara.

Ketujuh, NKRA yang bermatlamat membanteras rasuah.

35.        Kerajaan komited bagi membanteras gejala rasuah. Jenayah rasuah adalah ibarat barah kepada kelangsungan dan pembangunan negara. Ia mampu memusnahkan keharmonian rakyat. Kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam usaha memerangi rasuah. Tidak timbul soal bahawa tindakan hanya akan diambil terhadap “ikan bilis” manakala “ikan jerung” akan dibiarkan terlepas bebas. Sehingga akhir 2011, sebanyak 900 pesalah rasuah telah disabitkan kesalahan. Kerajaan telah pun menubuhkan mahkamah khas bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah. Manakala badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditingkat upaya dengan secukupnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

36.        Selain GTP yang telah diperkenalkan pada Tahun 2009, kerajaan juga pada Tahun 2010 telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bersama-sama 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) serta 131 Projek Permulaan Ekonomi (EPP). Melengkapinya ialah Model Baru Ekonomi (NEM) serta 6 Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

37.        Matlamat utama ETP dan NEM adalah untuk mengeluarkan Malaysia dari perangkap negara berpendapatan sederhana dan meletakkan negara di landasan yang betul, bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

38.        Untuk analogi, NEM dan SRI bolehlah diibaratkan sebagai lebuhraya. Manakala ETP merupakan kenderaan yang akan menggunakan lebuhraya membawa kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 12 NKEA di bawah ETP ialah bahagian-bahagian enjin kepada kenderaan tersebut. Manakala EPP ialah bahan api atau “fuel” yang akan menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, kesemua komponen termasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuhraya hendaklah berada dalam keadaan yang terbaik.

39.        Perubahan dan pembaharuan yang kita lakukan melalui inisiatif ETP dan NEM sepanjang 2 tahun yang lalu telah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan. Contohnya, laporan World Economic Forum bagi Tahun 2012 telah menyaksikan Malaysia naik 5 anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya. Malaysia hari ini adalah antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia. Manakala, Bank Dunia di dalam laporannya “Doing Business 2012” pula telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-18 paling mudah memulakan atau menjalankan urus niaga. Kita telah memintas negara-negara yang maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Perancis. Syarikat perunding A.T Kearney juga telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi Tahun 2012.

40.        Semasa ETP dilancarkan 2 tahun lalu, pendapatan perkapita negara adalah USD 6 700. Hari ini, ia telah meningkat kepada USD 9 700. Manakala data 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi KDNK atau GDP serta PNK atau GNI negara semenjak merdeka. Angka KDNK telah mencecah RM 852. 7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion. Pencapaian ini telah membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka iaitu RM 185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah di ambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan. Terbukti apa yang telah dicapai dalam kerangka waktu ini, menunjukkan kita berada di trajektori yang betul untuk mencapai pendapatan perkapita USD 15 000 pada tahun 2020.

41.        Sejak pelancaran ETP pada 2010, sehingga akhir 2011, pelaburan langsung asing telah meningkat sebanyak 12.3% kepada RM33 bilion. Manakala pelaburan swasta pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak 19% kepada RM94 bilion. Sebanyak 313 ribu peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan yang telah diumumkan di bawah ETP. Sebanyak RM129 bilion pendapatan negara kasar pula dijangka dapat dijana menjelang Tahun 2020.

42.        Bagi menambah kukuh kewibawaan dan keutuhan perancangan hasil pelaksanaan program-program transformasi kerajaan khususnya GTP dan ETP, satu prosedur dijalankan oleh firma antarabangsa Price Waterhouse Coopers, dengan disemak oleh sebuah Panel Antarabangsa yang dianggotai oleh pakar-pakar berwibawa antaranya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, serta Korea Selatan.

Rakyat Malaysia Sekalian,

43.        Segala yang saya telah bentangkan sebentar tadi adalah bukti jelas sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan yang ada. Kerajaan ini telah berterus terang dengan rakyat Malaysia tentang apakah masalah dan cabaran yang sedang di hadapi negara, dan kita telah merangka pelan menyeluruh bagi menangani segala cabaran yang dikenalpasti.

44.        Segala prakarsa di bawah payung Dasar Transformasi Nasional telah dirangka dengan bersebab dan bermatlamat. Pucuk pangkalnya, Kerajaan hari ini jelas tentang ke arah mana hala tuju yang ingin di bawa negara, iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

45.        Kita dambakan sebuah negara yang memiliki prasarana asas yang moden yang dapat dinikmati semua warga Malaysia sama ada di pedalaman, luar bandar, pinggir bandar mahupun di bandar. Kita impikan sebuah negara di mana persekitarannya sejahtera dari jenayah, alam sekitarnya bersih dan sistem pengangkutan awamnya cekap. Kita menginginkan sebuah negara di mana jalan rayanya selamat, bekalan airnya bersih, bekalan elektrik, akses kepada internet jalur lebar, perkhidmatan kesihatan dan pendidikannya adalah yang terbaik. Kita mahukan sebuah negara di mana pekerjanya terutamanya generasi muda mendapat peluang pekerjaan yang upahnya setimpal, di mana gaji minimum akan berada di atas paras kemiskinan, serta semakin tinggi kemahiran yang dimiliki maka semakin tinggi pula ganjarannya.

46.        Kerajaan hari ini tidak takut untuk bersaing dalam gelanggang yang demokratik. Bukankah kerajaan ini yang memansuhkan I.S.A., Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan 3 perisytiharan darurat, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Selanjutnya meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, serta meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan.

47.        Hakikatnya, kerajaan hari ini dipilih secara demokratik di dalam pilihanraya umum yang bebas dan adil. Oleh itu, kita tidak sekali-kali takut mahupun gentar bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif. Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca. Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya.

48.        Kerajaan yang saya pimpin bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan ini di dalam merangka sebarang dasar, di dalam membelanjakan wang negara tidak akan sekali-kali meranap mahu membangkrapkan negara. Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan, sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya.

49.        Perjalanan nasional ke arah cita-cita kebangsaan sebuah negara maju hanya tinggal 8 tahun lagi untuk dicapai. Seperti yang saya analogikan sebentar tadi, untuk menuju matlamat nasional kita memerlukan kenderaan yang berprestasi tinggi, komponen enjin yang berkualiti, bahan api mencukupi, destinasi yang jelas dan lebuh raya terbaik. Namun, saya ingin mengingatkan, kita juga memerlukan kepada pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat. Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya.

50.        Oleh yang demikian, jangan sesekali kita salah membuat pilihan. Berhati-hatilah dengan tukang karut yang melipur lara. Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya.

Rakyat yang dikasihi

51.        Sesungguhnya, masa depan kita dan anak-anak kita bergantung kepada keputusan hari ini. Kesimpulannya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang beramanah dan paling penting kerajaan ini sentiasa menepati janji.

LAPORAN PRESTASI PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)







SUBMIT A PLOT TWISTER AND LET THE BLOGGER CONTINUE THE STORY

SOLVE THIS MISSION WITH AGENT 7.7!...CLICK HERE...

Solve this mission with Agent 7.7!

Feel like creating your own ending to a story?

Submit a plot twister to your favourite blogger's storyline and stand the chance to win a Samsung Galaxy Tab 7.7.

Wiggle, wiggle, wiggle as part of LMFAO’s KL entourage!


MAHU TIKET FREE KONSERT INI...CLICK DI SINI...ANDA BAKAL MENJADI PELAWAT YANG BERTUAH!

Wiggle, wiggle, wiggle as part of LMFAO’s KL entourage!

Want to win LMFAO concert tickets and hang out with them too?

Submit a video online through the Goreng Krew online video contest and you could stand the chance to be a part of the LMFAO entourage in KL.

It's simple; all you have to do in the video is show everybody what you think Red Foo would be like in a Malaysian setting.

Shuffle away now, don't miss this opportunity!

Supa-Hiro is back to mess with hitz.fm. The good news is #hitzSupaHiro cld win you a share of RM60,000.


CLICK HERE TO GRAB YOUR RM 60,000..HURRY UP...

Supa Hiro invades Hitz.FM!

Introducing the man behind most of the Hitz.FM announcer’s haircuts, ‘SUPA-HIRO’! Can you believe that he thinks that he’s an even greater singer than Bruno Mars, LMFAO & Katy Perry altogether? He also considers himself a ‘chick magnet’.

Thankfully, there’s an upside to this coz every time Supa-Hiro sings on hitz.fm, you get to win your share of RM60,000! Just call 03-9543 3311 to guess the ‘off key’ songs by ‘Supa-Hiro’. Plus there’s a bonus hour every single day which means…..MORE MONEY for you!

Beware though, Hiro can get a bit flirty at times.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse