Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 16 Mac 2010

tika pelangi petang....




salam kepada semua


tika mentari datang....
tika renyai-renyai itu menghilang....
tika itu juga muncul pelangi petang.....

tika manusia sedang girang.....
tika burung kicaunya riang....
tika itu juga datangnya sayang....
tika dalam cahaya terang....
wajahmu terpancar girang......
suaramu penuh riang......
senyuman mu memukau sang periang....



hadirmu membawa pelangi petang....
mengisi pelita yang sudah usang....
membawa sinar yang gilang gemilang
terang memancar hingga ke seberang...

keindahan itu menghentikan perang....
keindahan itu menghilangkan berang....
keindahan itu membawa tenang.....
keindahan itu mengisi ruang.....

kini semuannya telah terang...
siapa aku di kala siang.....
hanya dirimu menjadi penerang.....
untuk aku terus mengenang......

puisi ini ditulis hanyalah sebagai lontaran idea yang datang ketika ilham itu hadir ke dalam diriku....puisi ini mempunyai maksud yang sangat mendalam untuk difahami.....cuma luahan perasaan dan kata-kata dikala kata ingin di luah.....:-)

Isnin, 15 Mac 2010

opkim`10 jalinan aspirasi 1MALAYSIA


salam kepada semua pembaca blog


16 Februari 2010 ( SELASA ) Hari pertama 

Pada jam 8.30 pagi para peserta program OPKIM`10 `JALINAN ASPIRASI 1 MALAYSIA` telah  bertolak daripada kolej kediaman ungku aziz,universiti malaya dan tiba di pejabat dun hulu bernam,kalumpang pada jam 11.00 tengahari.Seramai 37 orang peserta mendaftarkan diri untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat kampung sepanjang program ini dijalankan.

Majlis perasmian pembukaan program OPKIM`10 `JALINAN ASPIRASI 1MALAYSIA serta penyerahan mahasiswa kepada keluarga angkat telah berlangsung dengan jayanya.Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh pegawai khas adun kawasan hulu bernam iaitu Encik Harun Jamalluddin menggantikan ADUN kawasan hulu bernam iaitu Dato` Mohamed Idris Bakar yang tidak dapat hadir kerana mempunyai tugas rasmi di indonesia.

Ketika sesi penyerahan keluarga angkat setiap keluarga telah diberikan wang pendahaluan saguhati keluarga sebanyak RM50 setiap satu isi rumah.sebanyak 19 keluarga telah menerima anak angkat masing-masing yang melibatkan 4 buah kampung di kawasan gugusan kalumpang iaitu kampung keliang,kampung pasir puteh,kampung gumut dan kampung titiwangsa.

Selepas majlis perasmian ini setiap peserta telah bersama dengan keluarga angkat untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Pada jam 9 malam pula para peserta program bersama-sama sekretariat telah berkumpul di pejabat dun hulu bernam untuk program seterusnya iaitu Training of trainer (TOT) untuk program motivasi sekolah pada keesokkan harinya.pada malam ini setiap peserta telah diajar dan dijelaskan mengenai program dan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program motivasi sekolah pada keesokkan harinya.TOT ini telah dikendalikan oleh wakil-wakil daripada Kelab Fasilitator Kolej Kediaman Ungku Aziz Universiti Malaya  sehingga jam 11 malam.

17 Februari 2010 ( RABU ) Hari Kedua


Pada jam 8 pagi semua peserta bersama sekretarit program opkim`10 jalinan aspirasi  1malaysia telah berkumpul di sekolah menengah kebangsaan kalumpang untuk program dan aktiviti kami seterusnya iatu program motivasi bersama para pelajar sekolah ini.pelajar yang terlibat ialah daripada tingkatan 3 hingga 5 iaitu seramai 80 orang pelajar.pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bersama-sama dengan para pelajar sekolah ini terutama aktiviti-aktiviti yang lebih bersifat praktikal.
Antara aktivitinya ialah nyanyian lagu tema iaitu `gemuruh`,`pulau idaman`,`abang kata`,refreshing` dan banyak lagi.Semua peserta program ini berpuas hati dan gembira dengan segala aktiviti yang telah dijalankan kerana inilah kali pertama mereka mengikuti program yang seronok seperti ini.Program ini telah berakhir pada jam 1.30 petang.

Aktiviti seterusnya adalah PROGRAM ``MASIH ADA YANG SAYANG`` bersama syarikat penerbitan iaitu MMP Communication sdn.bhd.Program ini dijalankan dengan kerjasama daripada
syarikat MMP communication untuk membantu meringankan bebanan warga tua,ibu tunggal,OKU serta keluarga miskin yang memerlukan bantuan.sebanyak 20 buah isi rumah telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan ini melibatkan 4 buah kampung yang terlibat.Wakil-wakil daripada syarikat MMP communication ini turut serta dalam pemberian sumbangan ini.kesemua ketua-ketua kampung yang terlibat turut serta bersama-sama menjayakan program ini.kami
semua telah berkonvoi beramai-ramai melibatkan sebanyak 20 buah kenderaan pergi dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan.program ini telah bermula daripada jam 3 petang dan berakhir pada jam 6 petang.program ini telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat MMP communication sdn.bhd.

18 Februari 2010 ( KHAMIS ) Hari Ketiga

Pada hari ini jam 10 pagi kami telah mengadakan PROGRAM USAHAWAN DAN LAWATAN KE KAWASAN EKONOMI DESA di kawasan gugusan kalumpang.Tempat pertama yang telah kami pergi ialah ladang pisang yang telah diusahakan secara bersama oleh 2 orang penduduk setempat di kawasan itu.kami telah diberikan penerangan bagaimana cara mereka mengusahakan kebun pisang ini serta jenis-jenis pisang yang telah ditanam oleh mereka untuk dipasarkan di kawasan sekitar.

Seterusnya kami pergi melawat ke tempat membuat parang dan keris.Sememangnya keris yang telah dibuat adalah sangat unik sekali dan ada yang mencecah ribuan ringgit dari segi harganya.kami telah ditunjukkan bagaimana membuat ukiran sarung parang dan keris serta diberikan peluang untuk mencuba sendiri membuat ukiran keris.

Tempat terakhir yang kami lawati adalah kilang membuat roti canai `zaimah frozen food`.kilang roti canai ini dibangunkan sendiri oleh anak tempatan kampung ini.Beliau adalah dikalangan usahawan bumiputera yang telah berjaya.produk roti canai ini telah dipasarkan dan dieksport ke beberapa negara luar serta menjadi produk makanan untuk syarikat penerbangan malaysia`MAS`.Kami telah diberikan penerangan selama setengah jam mengenai bagaimana kilang ini telah berjaya dibangunkan serta produk-produk dan jenis-jenis roti canai yang telah mereka keluarkan.
Pada petangnya pula iaitu jam 3 petang kami telah bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan pejabat DUN HULU BERNAM.kami bergotong royong bersama-sama membersihkan pejabat dun hulu bernam ini dan meninggalkan kenangan kami di sini.
Pada sebelah malamnya pula iaitu jam 9 malam kami telah mengadakan `MALAM RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN`.Program ini diadakan bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan pemimpin setempat dan menyuarakan permasalahan penduduk di kawasan ini selama 3 hari kami berada di kampung ini.semua ketua-ketua kampung termasuk ketua pemuda dan wanita turut serta pada sesi ramah mesra bersama pemimpin ini.Turut hadir ialah pegawai khas adun hulu bernam iaitu Encik harun.pada malam ini kami semua telah menyuarakan pendapat kami mengenai beberapa perkara yang boleh menjadi kemudahan pada kawasan ini pada masa hadapan.

19 Februari 2010 ( JUMAAT ) Hari Keempat

Pada jam 8 pagi kami telah mengadakan PROGRAM ``AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT ``dengan kerjasama klinik kesihatan kalumpang.beberapa aktiviti menarik telah diadakan pada program ini diantaranya ialah demonstasi senaman gaya hidup sihat,pemeriksaan kesihatan percuma,pameran antidadah serta polis dan gotong royong mengecat pagar klinik dan membersihkan sekitar kawasan klinik kesihatan kalumpang.sambutan yang mengalakkan daripada penduduk setempat serta kerjasama yang baik telah diberikan oleh semua peserta OPKIM ini.
Pada petangnya pula iaitu jam 3 petang kami telah mengadakan pertandingan sukaneka dan sukan desa.sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung serta kanak-kanak telah menjayakan program sukaneka pada petang ini.pelbagai aktiviti sukaneka telah dijalankan melibatkan bahagian kanak-kanak dan dewasa.Selain itu pertandingan tarik tali,bola sepak dan bola jaring turut dijalankan.semua pemenang dalam setiap pemainan telah diberikan hadiah hamper sebagai tanda kemenangan.

Pada sebelah malam,bermula pada jam 9 malam program seterusnya adalah `PROGRAM MALAM GETARAN JIWA` yang diadakan di kalumpang resort.Pada malam ini pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya ialah pertandingan karoke peringkat kampung,cabutan bertuah,persembahan kebudayaan kampung,persembahan kumpulan band daripada UM,serta penyampaian hadiah kepada para pemenang sukaneka pada sebelah petang tadi.Program pada malam ini telah dihadiri oleh Y.B Datuk Mohamed Idris Bakar Adun kawasan Hulu Bernam serta Profesor Madya Dr Abd Jalil Othman Pengetua Kolej Kediaman Ungku Azizi Universiti Malaya.

         



20 Februari 2010 ( SABTU) Hari Kelima

Pada jam 8 pagi semua peserta telah diberikan kepada 2 kumpulan untuk program seterusnya dan terakhir iaitu ``PROGRAM MENCANTIKKAN TABIKA KEMAS``.2 buah tabika KEMAS telah terlibat iaitu Tabika kemas Gumut Tambahan dan Tabika kemas pasir puteh.Para peserta bersama-sama berganding bahu untuk mencantikkan tabika kemas ini dengan melukis mural sebagai tanda peringatan.Program ini telah dipantau oleh Profesor Madya Dr Abd Jalil  othman .
Pada jam 2 petang,Majlis perasmian penutup telah diadakan.Majlis Perasmian ini telah disempurnakan sendiri oleh Y.B Datuk Mohamed Idris Bakar Adun Hulu Bernam .Majlis perasmian penutup ini turut dihadiri oleh Adun Batang Kali,Profesor Madya Dr Abd Jalil Othman,serta Cik Adibah wakil daripada syarikat MMP communication sdn .bhd yang telah memberikan tajaan.Majlis perasmian penutup ini berjalan dengan lancar.Majlis penyerahan semula anak angkat turut dijalankan sebagai simbolik kepada majlis ini.

gambar kenangan kursus GNEK 1047




hai kepada semua pembaca.gambar-gambar di bawah ini adalah gambar kenangan ku bersama teman-teman yang mengambil kursus GNEK 1047 iaitu kemahiran berorganisasi bersama dengan Encik wahid jais.kursus ini memang best dan paling penting kursus yang paling senang lulus dalam subjek wajib ko-k kat UM.hanya mengikuti kursus ini sahaja boleh lulus.memang best dan menyeronokkan....dapat main lumpur banyak2....terima kasih kepada encik wahid,,,,,

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse