
16 Februari 2010 ( SELASA ) Hari pertama
Majlis perasmian pembukaan program OPKIM`10 `JALINAN ASPIRASI 1MALAYSIA serta penyerahan mahasiswa kepada keluarga angkat telah berlangsung dengan jayanya.Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh pegawai khas adun kawasan hulu bernam iaitu Encik Harun Jamalluddin menggantikan ADUN kawasan hulu bernam iaitu Dato` Mohamed Idris Bakar yang tidak dapat hadir kerana mempunyai tugas rasmi di indonesia.
Pada jam 9 malam pula para peserta program bersama-sama sekretariat telah berkumpul di pejabat dun hulu bernam untuk program seterusnya iaitu Training of trainer (TOT) untuk program motivasi sekolah pada keesokkan harinya.pada malam ini setiap peserta telah diajar dan dijelaskan mengenai program dan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program motivasi sekolah pada keesokkan harinya.TOT ini telah dikendalikan oleh wakil-wakil daripada Kelab Fasilitator Kolej Kediaman Ungku Aziz Universiti Malaya sehingga jam 11 malam.
17 Februari 2010 ( RABU ) Hari Kedua
Aktiviti seterusnya adalah PROGRAM ``MASIH ADA YANG SAYANG`` bersama syarikat penerbitan iaitu MMP Communication sdn.bhd.Program ini dijalankan dengan
kerjasama daripada
syarikat MMP communication untuk membantu meringankan bebanan warga tua,ibu tunggal,OKU serta keluarga miskin yang memerlukan bantuan.sebanyak 20 buah isi rumah telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan ini melibatkan 4 buah kampung yang terlibat.Wakil-wakil daripada syarikat MMP communication ini turut serta dalam pemberian sumbangan ini.kesemua ketua-ketua kampung yang terlibat turut serta bersama-sama menjayakan program ini.kami
semua telah berkonvoi beramai-ramai melibatkan sebanyak 20 buah kenderaan pergi dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan.program ini telah bermula daripada jam 3 petang dan berakhir pada jam 6 petang.program ini telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat MMP communication sdn.bhd.
syarikat MMP communication untuk membantu meringankan bebanan warga tua,ibu tunggal,OKU serta keluarga miskin yang memerlukan bantuan.sebanyak 20 buah isi rumah telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan ini melibatkan 4 buah kampung yang terlibat.Wakil-wakil daripada syarikat MMP communication ini turut serta dalam pemberian sumbangan ini.kesemua ketua-ketua kampung yang terlibat turut serta bersama-sama menjayakan program ini.kami
semua telah berkonvoi beramai-ramai melibatkan sebanyak 20 buah kenderaan pergi dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan.program ini telah bermula daripada jam 3 petang dan berakhir pada jam 6 petang.program ini telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat MMP communication sdn.bhd.
18 Februari 2010 ( KHAMIS ) Hari Ketiga
Pada hari ini jam 10 pagi kami telah mengadakan PROGRAM USAHAWAN DAN LAWATAN KE KAWASAN EKONOMI DESA di kawasan gugusan kalumpang.Tempat pertama yang telah kami pergi ialah ladang pisang yang telah diusahakan secara bersama oleh 2 orang penduduk setempat di kawasan itu.kami telah diberikan penerangan bagaimana cara mereka mengusahakan kebun pisang ini serta jenis-jenis pisang yang telah ditanam oleh mereka untuk dipasarkan di kawasan sekitar.
Seterusnya kami pergi melawat ke tempat membuat parang dan keris.Sememangnya keris yang telah dibuat adalah sangat unik sekali dan ada yang mencecah ribuan ringgit dari segi harganya.kami telah ditunjukkan bagaimana membuat ukiran sarung parang dan keris serta diberikan peluang untuk mencuba sendiri membuat ukiran keris.
Pada petangnya pula iaitu jam 3 petang kami telah bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan pejabat DUN HULU BERNAM.kami bergotong royong bersama-sama membersihkan pejabat dun hulu bernam ini dan meninggalkan kenangan kami di sini.
Pada sebelah malamnya pula iaitu jam 9 malam kami telah mengadakan `MALAM RAMAH MESRA BERSAMA
PEMIMPIN`.Program ini diadakan bertujuan
untuk berkenal-kenalan dengan pemimpin setempat dan menyuarakan permasalahan penduduk di kawasan ini selama 3 hari kami berada di kampung ini.semua ketua-ketua kampung termasuk ketua pemuda dan wanita turut serta pada sesi ramah mesra bersama pemimpin ini.Turut hadir ialah pegawai khas adun hulu bernam iaitu Encik harun.pada malam ini kami semua telah menyuarakan pendapat kami mengenai beberapa perkara yang boleh menjadi kemudahan pada kawasan ini pada masa hadapan.
19 Februari 2010 ( JUMAAT ) Hari Keempat
Pada jam 8 pagi kami telah mengadakan PROGRAM ``AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT ``dengan kerjasama klinik kesihatan kalumpang.beberapa aktiviti menarik telah diadakan pada program ini diantaranya ialah demonstasi senaman gaya hidup sihat,pemeriksaan kesihatan percuma,pameran antidadah serta polis dan gotong royong mengecat pagar klinik dan membersihkan sekitar kawasan klinik kesihatan kalumpang.sambutan yang mengalakkan daripada penduduk setempat serta kerjasama yang baik telah diberikan oleh semua peserta OPKIM ini.
Pada petangnya pula iaitu jam 3 petang kami telah mengadakan pertandingan sukaneka dan sukan desa.sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung serta kanak-kanak telah menjayakan program sukaneka pada petang ini.pelbagai aktiviti sukaneka telah dijalankan melibatkan bahagian kanak-kanak dan dewasa.Selain itu pertandingan tarik tali,bola sepak dan bola jaring turut dijalankan.semua pemenang dalam setiap pemainan telah diberikan hadiah hamper sebagai tanda kemenangan.
20 Februari 2010 ( SABTU) Hari Kelima
Pada jam 8 pagi semua peserta telah diberikan kepada 2 kumpulan untuk program seterusnya dan terakhir iaitu ``PROGRAM MENCANTIKKAN TABIKA KEMAS``.2 buah tabika KEMAS telah terlibat iaitu Tabika kemas Gumut Tambahan dan Tabika kemas pasir puteh.Para peserta bersama-sama berganding bahu untuk mencantikkan tabika kemas ini dengan melukis mural sebagai tanda peringatan.Program ini telah dipantau oleh Profesor Madya Dr Abd Jalil othman .
Pada jam 2 petang,Majlis perasmian penutup telah diadakan.Majlis Perasmian ini telah disempurnakan sendiri oleh Y.B Datuk Mohamed Idris Bakar Adun Hulu Bernam .Majlis perasmian penutup ini turut dihadiri oleh Adun Batang Kali,Profesor Madya Dr Abd Jalil Othman,serta Cik Adibah wakil daripada syarikat MMP communication sdn .bhd yang telah memberikan tajaan.Majlis perasmian penutup ini berjalan dengan lancar.Majlis penyerahan semula anak angkat turut dijalankan sebagai simbolik kepada majlis ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan