Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 15 Julai 2009

pandangan politik semasa

pilihan raya kecil dun manek urai telah pun selesai dengan kemenangan memihak kepada calon daripada pas iaitu YB FAUZI seorang peniaga ikan.tahniah dan takziah diucapkan kerana berjaya menjadi wakil kepada rakyat.

pilihan raya kecil kali ini dilihat masih tidak lagi memihak kepada barisan nasional walaupun telah kalah dalam kesemua pilhanraya kecil yang lalu...cuma pilihan raya kecil di batang ai sahaja yang memihak kepada barisan nasional...

melalui penelitian dan analisa yang boleh saya buat sendiri mungkinkah kekalahan ini merupakan tanda protes rakyat kepada kempimpinan barisan nasional.mungkin juga strategi yang digunakan oleh pakatan rakyat sangat berkesan dan boleh diterima oleh rakyat.mungkin juga kerana kawasan pilihan raya kecil ini merupakan kubu kuat parti pembangkang...

kemungkinan mungkin boleh jadi hanya andaian semata-mata.cuma perkara yang perlu direnungkan adalah melihat keberanaian kepada pimpinan barisan nasional untuk berani membuat perubahan secara drastik.

perubahan ini bukan sahaja melibatkan kempimpinan tetapi juga dari segi cara dan strategi.
penggunaan media massa sekarang di lihat tidak berapa membantu pihak kerajaan kerana pihak pembangkang akan menggunakan isu yang dikeluarkan oleh media daripada kerajaan sebagai fitnah...

kerajaan perlu membariskan barisan kempimpinan yang bersih dari segala kes terutama rasuah..kekuatan kempimpinan sebenarnya bermula daripada orang yang memimpin.
seorang pemimpin yang berjiwa besar mampu untuk merubah negara.

kempimpinan dato seri najib perlu berani membuat perubahan.walaupun di lihat melalui kempimpinan perdana menteri baru ini kebajikan rakyat terjamin tetapi rakyat bukan sahaja mahu melihat jaminan daripada kerajaan tetapi perubahan negara......

malaysia perlu menjadi negara yang membangun serta dibanggakan oleh dunia.jika pemimpin malaysia mampu menunjukkan kepada dunia bahawa ekonomi negara serta pembangunan yang terus stabil akan memberikan gambaran kehebatan kempimpinan pada waktu itu....

setiap pimpinan negara mahu melihat kehebatan bangsa dan rakyatnya...jika kempimpinan negra ini kuat dan mampu menjadi terkenal di kalangan pimpinan dunia,malaysia mampu menjadi pesaing kepada negara-negara maju...

iklim politik malaysia nampaknya sudah berubah.politik dibicarakan hampir setiap hari..walaupun politik itu memang penting,tetapi secara logiknya SEMUA ORANG POLITIK mahukan partinya menjadi pemerintah.tidak kira dari barisan kerajaan ataupun pembangkang politik merupakan agenda utama.tetapi jika kerana poltik ini nasib rakyat masih tidak terbela dan terjaga...apa gunanya politik?adakah semata-mata mahukan kekuasaan dan menegakkan keadilan?jika rakyat masih di taraf pendidikan yang rendah dan terbuang dalam masyarakat sepatutnya semua parti politik membisu mengenai agenda politik mereka..tetapi perlulah bersama-sama berganding bahu untuk membela masyarakat negara.

kerajaan ataupun pembangkang semua ahlinya merupakan rakyat malaysia.asalnya daripada tanah bumi melayu ini.jika menitis darah pun dan tumpahnya darah pun di bumi yang namanya malaysia.....apa gunanya kita bersengketa?

setiap rakyat mahukan kerajaan yang adil dan beramanah...setiap pemimpin ada kebolehan masing-masing....bila mereka nak bersatu hati?

penyatuan ini adalah untuk rakyat........bukan untuk mengejar kekuasaan dan pangkat.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut