Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 27 Mei 2009

syurga cinta


wah....mesti ramai yang dah berpeuang untuk menonton cerita syurga cinta arahan ahmad idham inikan?
memang best....sesiapa yang belum lagi menonoton.ambilah kesempatan untuk menonton keseluruhan movie ini.apa yang penting adalah penghayatan di dalam cerita ini.kalau di lihat dari segi lakonan masih banyak kelemahan terutama lakonan heliza,tetapi mungkin sebabn dia masih baru dalam dunia perfileman ini.
pendekatan yang di bawa oleh pengarah dan juga penerbit cerita ini david teo sememangnya berkesan kepada remaja muda mudi yang sedang hangat bercinta.mungkin agak keterlaluan dari segi lakonan di kelab tetapi mungkin inilah pengajaran yang ingin disampaikan,cuma yang tidak baiknya meruntuhkan dan mengoyak budaya melayu yang bersopan santun dan lemah lembut.inilah budaya barat yang menyelar masuk ke tanah air dan membawa hedonisme lantas merosakkan pemikiran muda mudi melayu.
dalam cerita ini banyak pangajaran terutama yang berkaitan dengan persoalan agama.mungkin cerita ini bukan sekadar lakonan tetapi sudah atau sedang belaku di negara kita.
percintaan bagi muda mudi kadang-kadang di lihat sebagai permainan tetapi sukar untuk mencari cinta yang sejati.
bagi mereka yang ingin mencari cinta sejati tontonilah syurga cinta....

Selasa, 26 Mei 2009

PROGRAM WAWASAN DESA IPT

salam.
hai semua pembaca blog sekalian....
asri ingin bercerita mengenai program wawasan desa IPT kawasan bukit bintang yang telah diadakan di kampung padang hulu langat selangor.program itu diadakan bermula 20 mei dan berakhir 24 mei 2009.program ini dirasmikan oleh ADUN DUSUN TUA,YB tuan ismail dan telah dihadiri bersama oleh TNC HEP DAN ALUMNI UM prof madya datuk dr azarae hj idris.Diantara aktiviti yang telah dijalankan ialah lawatan ke penjara kajang,lawatan ke IYC(international youth centre)serta aktiviti gotong royong bersama penduduk kampung dan program motivasi bersama kanak-kanak kampung.
kampung padang hulu langat selangor ini sememangnya sangat harmoni dan banyak keistimewaannya.kampung padang ini terkenal dengan pusat rekreasi sungai congkak,justeru sewaktu aktiviti di sini saya tidak terlepas untuk mandi manda di sungai congkak.
sewaktu gotong royong kenduri kahwin sememangnya sangat seronok kerana ketika di sini saya dapat melihat keharmoniaan dan perpaduaan antara penduduk kampung di sini kerana mereka bersama-sama bertungkus lumus bergotong royong bersama-sama.
penduduk di sini adalah berasal daripada keturunan minang,justeru kalau kita tinggal di sini seperti berada di negeri sembilan tetapi mereka bukan berasal daripada negeri sembilan.
saya juga mendapat keluarga angkat yang sangat baik iaitu nenek mariam dan ibu zaiton.ibu zaiton mempunyai sebuah kedai runcit disini dan ketika disana saya berpeluang untuk menolong ibu zaiton menjaga kedaiserta mengemas kedai.nenek zainab sentiasa memasak masakan yang enak untuk kami.sememangnya pengalaman di hulu langat ini tidak dapat saya lupakan.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse