assalamualaikum..
tabir waktu telah merungkai segalanya....segala yang dinanti sudah kunjung tiba...dan itulah titik mula kepada penghidupan..semalam kita telah mengetahui keputusan perdana menteri kita untuk tidak bertanding jawatan sebagai presiden umno dan akan melepaskan jawatan sebagai perdana menteri pada mac 2009.mungkin keputusan ini dibuat setelah mengambil keputusan dalam segenap aspek.beberapa pemimpin dalam pimpinan baisan nasional melihat keputusan ini sebagai satu langkah yang bijak dan satu pengorbanan yang cukup besar.di sini mungkin kita boleh puji sikap seorang pemimpin yang tidak hanya mementingkan diri sendiri lebih daripada segala-galanya.mungkin ini yang dikatakan pemimpin.sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi pelbagai situasi.saya melihat bahawa malaysia merupakan negara yang bertuah kerana kita mempunyai pemimpin yang sememangnya hebat dan banyak sumbangan mereka dalam membangunkan negara.kalau kita lihat dalam situasi politik sekarang,malaysia semakin matang dalam melicinkan sistem demokrasi.malaysia sudah matang dalam berpolitik kerana masyarakat sudah mula sedar dan faham.perubahan politik di negara kita merupakan sesuatu yang positif kerana di sini kita boleh melihat kebijaksanaan pemimpin kita dalam menghadapi situasi.kebenaran dan kesalahan akan mudah terbongkar kerana kita tidak hanya berpegang dan mempercayai satu pihak sahaja.situasi ini melihatkan bagaimana kewujudan pakatan rakyat yang membuat perubahan kepada dimensi politik negara.melihat kepada pemimpin dalam kerajaan dan pemimpin dalam pakatan rakyat sesungguhnya malaysia mempunyai ramai pemimpin yang berjiwa besar.justeru generasi muda hari ini boleh mengambil pengajaran dan memastikan sejarah ini akan terus terpelihara demi memastikan malaysia akan terus aman,maju dan makmur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan