Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 22 Jun 2014

Wajah Sebenar Ibu OKU Yang Ditemui Terkurung Dan Kurus Melidi Di Nilai

Wajah Sebenar Ibu OKU Yang Ditemui Terkurung Dan Kurus Melidi Di Nilai


Nilai: Seorang wanita yang dikenali sebagai Imashima Lola di Facebook, 40, iaitu ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Nilai, semalam, ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata, ibu remaja terbabit akan direman empat hari sehingga Rabu ini.

"Wanita itu ditahan di kediamannya di Flat Semarak, Nilai bagi mengambil keterangan berhubung perkara itu," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.


IBU remaja OKU disoal siasat anggota Imigresen ketika operasi memburu PATI. FOTO MOHD Khidir Zakaria

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu









‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’ itu Kata Ibu Kandung Kanak kanak OKU yang ditinggalkan kering!

Mereka tidak tahu kesempitan dan kesengsaraan hidup saya! Itu Kata-Kata Ibu Kandung Kanak Kanak Lelaki OKU yang dijumpai dalam keadaan menyayat hati di Nilai semalam.Persoalannya Apakah ramai lagi mereka yang hidup dalam keperitan dan kesengsaraan diperlakukan seperti ini?Apakah Badan Badan Kerajaan yang bertanggungjawab masih terlepas pandang perkara sebegini?Kita hidup gembira,tapi masih ada yang terluka.Adakah nilai Kemanusiaan itu semakin kurang?Ayuh Malaysia..kita bantu mereka yang hidup dalam kesempitan dan kesusahan..Laporkan kepada badan kebajikan.Mungkin bukan anak kita,mungkin bukan keluarga kita.Tapi kita semua bersaudara!
‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria, Ikram Ismail

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam. Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.


FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.













SINDIKET DAN BOOKIE PIALA DUNIA DI SERBU DI BUKIT BINTANG:- WANG PERTARUHAN BERTABURAN!

Beberapa serbuan telah dibuat oleh PDRM ke atas lokasi-lokasi dan premis-premis yang dijadikan sarang oleh sindiket dan bookie judi Piala Dunia. Hasilnya, polis berjaya menyusahkan bookie-bookie tersebut.

Dalam satu serbuan di Bukit Bintang, duit bersepah-sepah di atas lantai manakala gerombolan sindiket bookie tersebut berselerak cuba menyelamatkan diri.

Satu serbuan lain yang dibuat oleh PDRM di Seremban pada masa yang sama, turut membolehkan pihak polis merampas sejumlah besar wang hasil pertaruhan





Selasa, 17 Jun 2014

PROMOSI HAND HELD AIR CONDITIONER (MINI AIRCON) TERENDAH DI MALAYSIA









 PROMOSI HAND HELD AIR CONDITIONER HANYA RM 50 SAHAJA TERMASUK POS!

RM 60 UNTUK SABAH DAN SARAWAK

CEPAT DAPATKAN SEKARANG SEBELUM KEHABISAN STOK !


CARA PEMBAYARAN :-


PEMBAYARAN BOLEH DI BUAT MELALUI MAYBANK ATAU CIMB BANK

CIMB-NO AKAUN 03110019562528 (MOHD ASRI ZULKIFLI)

MAYBANK-NO AKAUN 164593084919 (MOHD ASRI ZULKIFLI)

SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT BARANG AKAN TERUS DI HANTAR PADA HARI BEKERJA...

SMS : NAMA / ALAMAT PENGHANTARAN/ DAN BUKTI TRANSAKSI KE NOMBOR 013-3041806



Description:
  • Combines water evaporation with fan: works as an air conditioner as well as a humidifier.
  • Working modes: cooling & fan mode
  • Power supply choices: 4 x AA batteries, USB port, and power adapter. (batteries and adapters not included)
  • Comes with a high quality reusable sponge.
  • 90 degree vertical airflow control for optimal wind blowing
  • .This is a handheld mini air conditioner fan. It combines water evaporation
    with fan: works as an air conditioner as well as a humidifier.

    Features:
    Easy to use: put the soaked sponge into the cooler body, insert batteries or
    connect USB port, and it begins to work.

    Working modes: cooling & fan mode and fan mode (take the sponge away when you
    don't need the cooling function).

    Power supply choices: 4 x AA batteries, USB port, and power adapter.
    (batteries  Not included)

    Comes with a high quality reusable sponge
    90 degree vertical airflow control for optimal wind blowing.

    Fan speed adjustable

    Cute and lightweight, easy to carry

    30°F reduction in temperature is possible

    Enjoy breeze and moisture of spring anytime anywhere.

    Material: Environmental friendly ABS material.
    Weight: 420g
    Size: 18*9.*5.5cm

    Package contents:
    1 x Handheld Mini Air Conditioner Fan USB Portable Cooler
    1 x USB cable
    1 x 65ml water bottle
    1 x Water-cooled sponge



CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse