Jumaat, 14 Jun 2013
18 SG :-KES SAMUN PALING KEJAM DI KG SUSUK SAPOK SIPITANG
Super Kejam!!! Mangsa Samun Ini Ditetak Dibahagian Leher Dan Tengkuk | Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang.Menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.
Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan.
Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K.
Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.
Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota KInabalu untuk rawatan lanjut.
Isnin, 3 Jun 2013
HARGA ROKOK SEMUA JENAMA NAIK 3.0 PERATUS
KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.
Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".
Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.
Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:
DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.
BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bat-umum-kenaikan-harga-rokok-3-peratus-15486?cp

Ahad, 2 Jun 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI
BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)
Powered by 123ContactForm | Report abuse