Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 29 Jun 2012

SAMSUNG GALAXY MINI 2..HURRY UP...GET HERE

 

CLICK HERE...AND YOU WILL GET SAMSUNG GALAXY MINI 2 IN YOUR HANDS..:-) 

 

The smallest galaxy in the universe is a shining star!

 

Contenders in the smartphone wars nowadays are inevitably large phones to make for impressive displays, but sometimes, less is definitely more.

If you’re looking for a phone with powerful guts but will still fit snugly in your pocket, the Samsung GALAXY mini 2 is perfect for you!

Running on the Android Gingerbread OS and packing huge built-in storage capacity, the GALAXY mini 2 comes in two vibrant colours to match your personality. Get yours for RM 599 only!

“Monsters University”!




Some friends click like they’ve been together forever, but others take a little more time. Ever wondered what the story behind Mike Wazowski and James P. Sullivan was?

Your favourite monsters are preparing for their next appearance in Malaysian cinemas with “Monsters University”! Mike and Sulley will be bringing a whole lot of fun and laughter with them on June 20, 2013, so be prepared.

Follow Walt Disney Studios Motion Pictures Malaysia on Facebook for updates – we can’t wait!

Selasa, 26 Jun 2012

WIN EXCLUSIVE PASSES TO CATCH MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA

 GET YOURS EXCLUSIVE PASS MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA HERE..HERE..HERE...

We’ve got your passes to MTV World Stage right here.

Superstars Justin Bieber, Jay Park, Kara and Mizz Nina are taking Malaysia by storm this July! You know you want passes to catch all the action.

All you have to do is sign up for the Astro Variety Pack now, and you could be one of 100 lucky Astro Variety Pack subscribers to walk away with 2 passes to MTV World Stage Live in Malaysia 2012.

If that’s not enough, 5 lucky subscribers will snag themselves a pair of VIP passes and exclusive Meet & Greet passes, so subscribe now!

CATCTH THE FOOTBALL FEVER OF MENCARI RAMLI!

 

 click here to get your jersey..hurry up.....FREE JERSEY FROM TM

 

What if you had the power to make dreams happen?

 

Team Malaysia is on a mission to discover the one who can bend it like Beckham right here in Malaysia, and you have the power to make that happen!

Get your jerseys on and catch ‘Mencari Ramli’ on Kaki Bola at TV9 every Monday at 9.30pm! That’s where the search for Malaysian football’s hottest stars begins, and now it’s up to you to decide who will be the lucky ones to win a training stint at the Manchester United Soccer School.

Hurry and cast your votes now, and make someone’s dream come true!

Ahad, 24 Jun 2012

DR MORSI MENANG PILIHAN RAYA PRESIDEN MESIR SECARA RASMI:PETANDA KEMENANGAN ISLAM SELURUH DUNIA


salam kepada semua..

ALHAMDULLILAH...KEMENANGAN DR MORSI DALAM PILIHAN RAYA PRESIDEN MESIR BUKAN SAHAJA KEMENANGAN BUAT RAKYAT MESIR..TETAPI KEMENANGAN BUAT RAKYAT BERAGAMA ISLAM DI SELURUH DUNIA...

ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR...

SEMOGA KEMENANGAN ISLAM AKAN TERUS BERSINAR...


 
Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, kemenangan Dr. Muhammad Mursi calon Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwaanul Muslimin sebagai Presiden Republik Arab Mesir (tidak rasmi sehingga tarikh ini-21 Jun 2012) telah diketahui pada pagi Isnin, 18 Jun 2012. Dr.Muhammad Mursi memperoleh 13,237,000 undi atau nisbah 52% berbanding lawannya, Ahmed Syafiq, sekutu kuat Husni Mubarak memperolehi 12,338,973 dengan nisbah 48% daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.

Kemenangan ini disambut dengan rasa syukur oleh seleuruh rakyat Mesir terutama rakyat yang sudah lama mengimpikan pemerintahan baharu, ingin keluar daripada jajahan kuku besi Husni Mubarak...malah turut mengimpikan Islam kembali didaulatkan di bumi Mesir. Walau bagaimanapun, kemenangan ini masih menjadi tanda tanya apabila pihak tentera masih samar2 membuat keputusan untuk memberikan kuasa penuh kepada Presiden baru. Difahamkan sekarang juga jutaan rakyat Mesir berhimpun/berkampung di Dataran Tahrir mendesak pihak tentera mengembalikan kuasa pemerintahan penuh kepada pilihan rakyat.

Kisah Pilihan Raya Mesir

Pelajaran dakwah dri Pilihanraya Presiden Mesir...Ada dua calon iaitu Mohammed Mursi dan Ahmed Syaffiq. Mursi merupakan calon presiden dari Ikhwan. Sedangkan Syaffiq merupakan perwakilan dari regim lama, Hosni Mubarak. Ada kisah menarik yang terjadi di salah satu daerah di Mesir.

Seorang gadis naik teksi. Setelah duduk dalam teksi, si pemandu bertanya, "Siapa yg anda akan pilih?” Si gadis menjawab, “Mohammed Mursi.” Si pemandu hairan dan btanya “Kenapa? Dia kan Ikhwan…” Si pemandu semangat mengkritik Morsi, “Saya ini seorang muslim dan nama saya juga Mohammed.” Si gadis lantas menjawab: “Saya Kristian dan nama saya Maria.” Si pemandu teksi hairan dan semakin bingung dan berkata: “Bukankah Shafqiq akan membenarkan Injil dalam buku pelajaran dan menghapus ayat-ayat Al-Quran?”

Si gadis menjawab: “Bagaimana mungkin saya akan memberikan suara saya kepada orang yang tidak menghormati agamanya?” Si gadis berkata lagi.. “Ketika gereja saya diledakkan, Shaffiq ada bersama Mubarak, sementara Ikhwan ketika itu di penjara…."Ketika syuhada’ berguguran, Shaffiq menjawat sebagai Perdana Menteri, sementara Ikhwan ada bersama para demonstrasi."
Kelu pemandu teksi dengan huraian si gadis Kristian...lalu bersetuju turut sama menyokong Mursi!

Revolusi 2011 yang telah mengorbankan 1,000 nyawa itu tidak sewajarnya berakhir dengan sebegitu rupa. Pengorbanan mereka yang tak ternilai harganya itu tidak sewajarnya dibayar dengan memilih untuk kembali kepada pemerintahan silam. Sesungguhnya cabaran besar sedang menanti Presiden dan kerajaan yang baru untuk menyatukan kesemua rakyat samada Muslim, Kristian, liberalis dan golongan kiri di bawah satu lembayung pemerintahan baru Mesir.

Kini, amanah besar sedang digalas oleh setiap rakyat Mesir untuk melakar masa depan mereka sendiri. Janganlah pula tersilap langkah kerana buruk padah pasti menanti bak kata pepatah “terlepas mulut harimau, masuk mulut buaya”. Sungguhpun golongan liberalis berpendapat pusingan run-off ini adalah the 'worst-case' scenario yang membuatkan mereka terpaksa memilih antara dua persimpangan namun bagi kita semua yakinlah bahawa hanyalah Islam ad-Din yang akan menjadi penyelamat bukan sahaja di dunia mahupun akhirat sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mencari agama(ad-Din) selain daripada Islam maka ianya tidak sesekali akan diterima dan di akhirat kelak tergolong dalam golongan yang rugi.”



BIODATA PROF. DR. MUHAMMAD MURSI

Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.  Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah.
Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. 
Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.

Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman.
Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.


Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.


Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.



Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang.


Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi
selama 7 bulan.

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Sabtu, 16 Jun 2012

CINTA SEORANG WANITA BUAT LELAKI

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

itulah yang bergelar perempuan...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang mampu menggoncang dunia
dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.. ♥

pakarcinta.com.

Ahad, 3 Jun 2012

EMPAYAR KERAJAAN DI DUNIA TIDAK PERNAH KEKAL LAMA:MAMPUKAH EMPAYAR BARISAN NASIONAL KEKAL DALAM PRU 13?


salam kepada semua....

Penulis Smart Generation sudah lama tidak menulis untuk memberikan pandangan mengenai situasi politik tanah air.Memang pelbagai isu dan sandirawa yang sedang berlaku dalam arena politik Malaysia sekarang ini.Setiap Parti Politik sudah tentu memalu gendang pertempuran untuk memastikan Parti mereka menjuarai Pilihan Raya Umum ke-13.Namun,Parti manakah yang bakal menjadi pilihan rakyat dan menentukan kelangsungan sistem Demokrasi di Malaysia sekarang ini.?

Apa yang menjadi perhatian dalam penulisan penulis dalam laman ini adakah Empayar Barisan Nasional akan terus berkuasa dan kekal sebagai kerajaan pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti?.Adakah Empayar Barisan Nasional mampu menjadi kerajaan paling lama berkuasa di Dunia?Mampukah kerajaan Barisan Nasional menandingi kerajaan FIRAUN iaitu Ramasee II yang menjadi raja Firaun selama 69 tahun?Adakah kerajaan Barisan Nasional ini mampu meneruskan kelangsungan kehebatan mereka memerintah selama 56 tahun?

Secara ironinya Empayar Kerajaan di Dunia ini tidak pernah akan kekal lama dan akan berkuasa untuk selamanya.Lebih-lebih lagi bagi kerajaan yang mendukung sistem Demokrasi di Dunia ini.Contoh paling dekat dengan kita adalah kejatuhan Parti Kongres di India setelah 40 tahun memerintah dan Parti paling terbesar dan paling berkuasa di jepun iaitu LDP(Liberal Demokrat Parti) akhirnya tersungkur setelah 54 tahun memerintah.Belum lagi kita melihat bagaimana runtuhnya Empayar Islam iaitu Empayar Uthmaniah di Turki yang memberikan kesan buruk kepada Dunia Islam.Diktator perang Dunia Pertama dan Kedua juga akhirnya tumbang.

Memang tidak ada Kerajaan di Dunia ini akan terus kekal berkuasa walaupun sehebat mana pentadbiran mereka dan sekuat mana perancangan mereka.Kejatuhan sesuatu kerajaan itu bukan sahaja daripada faktor pilihan rakyat tetapi juga sistem dan pentadbiran yang diamalkan oleh sesuatu kerajaan.Mungkin kita boleh melihat Revolusi yang berlaku di Dunia Arab sekarang ini.Bermula di Tunisia kemudian ke Mesir dan seterusnya ke Libya dan Kini di Syria menunjukkan secara jelas kepada kita sesuatu kerajaan itu tidak akan kekal lama dalam pemerintahan negara.Kerajaan-kerajaan ini dijatuhkan bukan dalam Pilihan Raya tetapi dijatuhkan oleh rakyat sendiri kerana sudah muak dengan pemerintahan sebelum ini.Adakah Malaysia mahu perkara sebegini berlaku di Negara ini?.Sudah tentu kita tidak mahu korbankan dan hancurkan keamanan negara yang telah kita bina selama ini dan memudahkan untuk kuasa barat kembali menguasai pemerintahan negara ini setelah kita di jajah beratus tahun lamanya.Empayar Melayu Melaka juga akhirnya tumbang di tangan Portugis.

Kerajaan Barisan Nasional sudah tentu mahu memastikan kerajaan ini akan terus kekal berkuasa untuk tempoh 5 tahun akan datang dan Pilihan Raya Umum ke-13 ini merupakan Jantung dan denyut nadi mereka.Kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini akan memberikan semangat baru untuk Datuk Seri Najib Razak terus melaksanakan pelan Transformasi kerajaan.Jika kekalahan yang di alami sudah tentu Kerajaan Barisan Nasional ini akan tenggelam dalam arus perubahan yang diinginkan oleh rakyat Malaysia.Persoalannya,Adakah Kerajaan ini mampu Bertahan jika menjadi Parti Pembangkang di Negara ini?

Kerajaan Barisan Nasional sudah tentu merayu kepada rakyat Malaysia untuk terus mengundi kerajaan ini bagi memastikan Transformasi terus di laksanakan.Namun,persoalan yang timbul tidak cukupkah waktu 56 tahun yang diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan perubahan dan transformasi?.Kenapa baru sekarang Kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh memberikan kebajikan kepada Rakyat Malaysia?.Kenapa baru sekarang setiap rakyat layak mendapat bantuan RM 500 setiap keluarga?,Kenapa baru sekarang berikan pendidikan percuma kepada pelajar sekolah dan bantuan RM 100 setiap seorang?,Kenapa baru sekarang setiap mahasiswa dan mahasiswi layak mendapat Baucar buku RM 200?,Kenapa baru sekarang rakyat FELDA layak menerima Bonus RM 15 K setiap keluarga?,Kenapa Baru sekarang Rakyat Malaysia di utamakan setelah lebih 56 Tahun kerajaan Barisan Nasional menjadi kerajaan di Negara ini?..Adakah kerana Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar pemimpin berjiwa rakyat atau kerana Kerajaan takut rakyat akan memberontak dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti dan beralih angin kepada Pakatan Rakyat?.

Rakyat Malaysia mungkin boleh menilai sendiri apa yang terbaik buat mereka.Rakyat Malaysia semakin bijak dalam menilai dan mentafsir sesuatu isu.Rakyat Malaysia sudah tentu mahukan perubahan ke arah kerajaan yang lebih baik.Walaupun pelbagai isu yang berlaku di manipulasi dan diputarbelitkan malahan segala Fitnah yang timbul baru-baru ini sudah semestinya ada pelbagai tafsiran daripada seluruh rakyat.Mungkin ada yang Percaya dan Mungkin ada yang tidak percaya dan tidak mahu ambil peduli kerana setiap isu dan perkara yang di war-warkan sudah muak di dengar di telinga rakyat.

BERSIH 3.0,PERHIMPUNAN ULANG TAHUN UMNO NI STADIUM BUKIT JALIL DAN XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA MERUPAKAN ANTARA PENENTU AWAL KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-13 NANTI.MAMPUKAH KERJAAN BARISAN NASIONAL MENGEKALKAN EMPAYAR KEKUASAAN MEREKA DAN MAMPUKAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGHADAPI KEJATUHAN DAN KEMUSNAHAN MEREKA?....


p/s-Artikel ini di tulis atas pandangan Peribadi Penulis sebagai Penulis Bebas.......


Jumaat, 1 Jun 2012

PENGASAS AL-RAJHI BANK MEMILIH JALAN UNTUK MISKIN DERMAKAN HARTA UNTUK ISLAM

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.

Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.


Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

Temubual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” –

KU LIHAT HIJAU:XPRESI ANAK MUDA KE PUTRAJAYA SATU PERJALANAN

SALAM KEPADA SEMUA....

KU LIHAT HIJAU DI STADIUM DARUL AMAN KEDAH....

MAMPUKAH ANAK MUDA KE PUTRAJAYA MEMBAWA GELOMBANG HIJAU..?

ADAKAH GELOMBANG HIJAU INI MAMPU MELAWAN GELOMBANG KUNING BERSIH 3.0 ATAU ULANGTAHUN UMNO DI STADIUM BUKIT JALIL...?

HIJAU KAN MALAYSIA.....:-)......

    



ORANG MUDA GENG KITA-MAMPUKAH HIJAU KE PUTRAJAYA..?         


YDP AGONG MEMAKAI BAJU MELAYU HIJAU...ESOK MERUPAKAN HARI LAHIR BAGINDA....
MAMPUKAH MELAWAN SAMBUTAN ULANGTAHUN UMNO DI STADIUM BUKIT JALIL..?

WARNA HIJAU KELIHATAN DI MANA-MANA

PENGISIAN ROHANI....ISLAMIK POP MALAYSIA....

SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse