Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 4 Jun 2014

REKRUT AHLI GANGSTER DI MEDIA SOSIAL?

 

KOMEN: Jika kebodohan adalah ibarat sebutir pasir, Internet, terutamanya media sosial, adalah pantainya.

Kebodohan yang dipaparkan sesetengah orang melalui laman media sosial mereka, seperti Facebook, atau Twitter adalah sukar difahami.

Pseudo-ikon ini boleh terdiri dari sesiapa sahaja, daripada “samseng taik kucing” muda kepadalah wakil rakyat.

Salah seorang dari golongan yang mendapat perhatian dari pengguna Internet berbangsa India baru-baru ini adalah seorang “samseng” dari Rawang – yang merekrut ahli bagi kegiatan rompakan, rampasan dan ragut melalui laman Facebooknya.

Tindakan remaja ini mula diketengahkan melalui laman Comedy Machas dan Machis (CMM) – sebuah laman Facebook yang didedikasikan untuk mendidik anak-anak tentang penggunaan media sosial secara sewajarnya.
‘Screenshot’ status penjenayah cilik ini, yang menggunakan nama “Sumar Munji Samar” dan David Rapla, telah dikongsi di laman CMM, dan menerima banyak cemuhan dan ejekan dari pengguna Facebook lain.

Antara status oleh Samar adalah satu panggilan bagi krew misinya merampas sebuah lori Shell yang menuju ke Kepong dari Kapar, Klang. Dia kemudian menyenaraikan kelengkapan yang diperlukan bagi menjalankan misi ini – sebuah kereta, empat orang berpakaian hitam, parang, sepucuk pistol 9mm dan kloroform untuk digunakan terhadap pemandu dan kelindan.

"Kita akan memaksa lori itu berhenti dan kemudian memarang dan menembak pemandunya, sebelum menjual lori itu di sempadan Thailand," tulisnya. Entah mengapa dia perlu menembak dan mencederakan dua lelaki yang sudah pun pengsan.

Sebuah status lagi mengiklankan "kerja bagi lelaki, hanya dua orang" – meragut rantai emas di Kepong. Sekali lagi, mangkuk-mangkuk ini menyenaraikan alatan yang diperlukan bagi menjalankan kerja ini.

"Sebuah motosikal, topi keledar dan pisau, seluar jeans dan jaket dengan topeng, dan masa “projek” adalah 10:00-4:00 sekitar Kepong," jelasnya. Mereka yang berminat diminta menulis dalam ruangan komen.

Penyangak remaja ini, yang kelihatan sangat muda, telah pun menjelaskan mekanisme perkongsian keuntungan kegiatannya.

Tanda yang paling ketara mengenai mentaliti beliau adalah penghormatannya terhadap seorang gengster penagih dadah yang dipanggil Kannan dari Kepong baru-baru ini. Gangster berusia 57 tahun itu dilaporkan telah dibunuh oleh ahli-ahli geng musuhnya.

Dalam penghormatannya, Samar mengakui bahawa Kannan yang telah mengajarnya bagaimana untuk memegang parang dan menjalankan rompakan. Gengster veteran itu didakwa ketagihan ganja, dan menghidapi tumor otak (dieja “humour” dalam status tersebut), dan berbakat dalam kegiatan pecah rumah, rompakan tepi jalan, rampasan dan merompak pengurup wang.

Selain daripada ini, statusnya yang lain terdiri daripada racauan yang sarat dengan kata-kata kesat, dan merujuk kepada senjata api dan parang. Gambar profailnya menggunakan gambar pistol dan peluru.

Semua ini dalam laman yang boleh dilihat orang awam. Ia membuatkan kita tertanya-tanya sama ada dia telah gugur dari pokok bodoh dan menghentam semua dahan semasa jatuh ke tanah.

Kita tidak boleh memastikan sama ada dia serius atau hanya ‘troll’, yang melakukannya bagi meraih ‘like’ dan komen dengan apa cara sekalipun. Pemeriksaan yang ringkas pada profilnya mendapati bahawa jumlah rakan-rakan Facebook-nya telah meningkat selepas profilnya dikongsi di laman CMM.

Jika dia serius, mungkin ada baiknya jika dia dipenjarakan, dan menayangkan "kejantanan" dan kecenderungan ganas beliau kepada penghuni penjara lain.

Lagipun, ianya melibatkan kuasa dan hormat, sehingga anda menjatuhkan sabun di bilik mandi penjara. Mungkin polis akan mengambil perhatian terhadap telatahnya dan meletakkan dia di tempat yang sewajarnya.


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse