Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 4 Jun 2014

PENUKARAN MYKAD SECARA ONLINE ! KEMUDAHAN BUAT RAKYAT MALAYSIA!

ANDA BOLEH MEMBUAT PENUKARAN MYKAD TERUS KE LAMAN WEB JABATAN PENDAFTARAN NEGARA :- https://mykadganti.jpn.gov.my/login.php



Pelbagai Aplikasi disediakan dalam MyKad untuk kemudahan orang awam...

Antara aplikasi yang paling popular digunakan adalah aplikasi LESEN MEMANDU (lebih 4 juta pengguna) &
TOUCH 'N GO (lebih 5 juta pengguna).


Mereka telah pun menggunakannya .. Bagaimana dengan anda ?


Bersama-samalah kita meningkatkan lagi penggunaan teknologi yang kita miliki ini.


Jadikan MyKad Keistimewaan Anda Sebagai Rakyat Malaysia.


BAGAIMANA CARANYA?


MyKad sebagai Lesen Memandu


1)
Mohon untuk masukkan maklumat lesen memandu anda ke dalam MyKad di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pos Malaysia Berhad.
2)
Semasa pemeriksaan oleh JPJ @ PDRM, kemukakan sahaja MyKad anda untuk memberikan maklumat lesen.



*Terhad untuk lesen memandu Competent Driving Licence (CDL) dan Lesen Percubaan (PDL) sahaja.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Unit Khidmat Pelanggan JPJ @ 03-88866492
atau e-mel kepada : onehelp@jpj.gov.my.
atau

Unit Khidmat Pelanggan JPN @ 03-8880 7077 / 7071 / 7067
atau e-mel kepada : pro@jpn.gov.my.

MyKad sebagai Kad Touch 'n GO

1)
Bagi MyKad yang mempunyai logo Touch 'n GO anda hanya perlu menambah nilai Touch 'n GO di kaunter-kaunter Touch n' Go atau di mesin ATM.


2)
Gunakan MyKad sebagai kad Touch 'n GO di mana perkhidmatan yang membenarkan pembayaran menggunakan perkhidmatan Touch 'n GO seperti di Plaza Tol , Sistem Pengangkutan Awam (LRT dan Rapid KL), Taman Tema dan sebagainya.



Pertanyaan lazim berkaitan MyKad-Touch 'n GO …



Sekiranya MyKad saya hilang atau tidak berfungsi, adakah wang saya akan dikembalikan?


1) Mykad Hilang atau Tidak Berfungsi


Sekiranya MyKad anda hilang atau tidak berfungsi, sila mohon penggantian hilang/rosak di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan gantian MyKad baru dengan segera Anda juga boleh mohon gantian MyKad menerusi Sistem Gantian MyKad JPN di (http://mykadganti.jpn.gov.my).



Terkini


Pohon MyKad menerusi sistem ini dengan pilihan pusat kutipan JPN Putrajaya atau anda datang sendiri ke kaunter JPN di sana, MyKad anda akan siap dicetak dalam tempoh 24 jam.


2)
Pemulangan Baki Wang


Bagi urusan pengembalian wang dalam MyKad, anda boleh hubungi Touch n' Go Careline Centre di talian 03-2714 8888; atau E-mel : careline@ touchngo.com.my; atau di mana-mana pejabat Touch 'n GO terdekat bagi urusan pemulangan baki wang anda. Anda juga boleh memasukkan semula baki wang anda ke dalam MyKad baru melalui pejabat Touch 'n GO tersebut. Anda juga boleh hubungi JPN di talian 03-8880 7077 / 7071 / 7067 untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan ini.



































Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse