Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 8 April 2014

CERMIN KERETA KALIS PELURU KINI DI JUAL DI MALAYSIA



KUALA LUMPUR - Pemilik kereta kini berpeluang untuk memasang cermin kereta yang kalis peluru apabila syarikat IMS Magna Armoring Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan pemasangan cermin kereta yang pertama seumpamanya di negara ini.

Pengerusi IMS Magna Armoring Sdn Bhd, Datuk Md Jali Lateh berkata, syarikatnya telah melantik pasukan profesional tempatan untuk mencipta cermin kereta kalis peluru pertama yang dikenali sebagai "Armoring Mobile".

Katanya, cermin kalis peluru itu bertujuan menyediakan keselamatan yang lebih tinggi kepada orang ramai untuk memastikan kereta mereka bebas daripada ancaman bahaya, kerosakan, kecurian atau jenayah.

"Bila memikirkan pelbagai kes tembak menembak yang melibatkan orang dalam kereta dan banyak nyawa terkorban, saya mula terdorong untuk mencipta kereta kalis peluru yang memiliki tahap keselamatan tinggi dan canggih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, cermin kereta itu sesuai untuk digunakan oleh semua golongan terutamanya tokoh korporat yang memerlukan keselamatan diri sepanjang masa.

"Ujian yang menilai kekuatan keselamatan rekaan kalis peluru ini telah mendapat kelulusan penuh daripada Insititut Penyelidikan Sains dan Teknologi Malaysia (STRIDE) dan setiap ujian yang dijalankan adalah berdasarkan pada pengunaan setiap peluru yang berlainan saiz," katanya.

Md Jali berkata, IMS Magna Armoring akan meluaskan produk cermin itu ke negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan juga Singapura setelah pasarannya kukuh di Malaysia kelak.

"Matlamat jangka panjang kami adalah untuk menaik taraf keluaran teknologi canggih ini dan meluaskan perniagaan ke pasaran luar dengan membuka kilang di negara-negara yang terpilih dengan mengunakan khidmat profesional tempatan," katanya.

Beliau berkata, kenderaan yang memasang cermin kalis peluru itu akan dilengkapi dengan eksesori keselamatan lain termasuk kamera tersembunyi untuk merakam bahagian luar kenderaan.

IMS Magna Armoring Sdn Bhd ini adalah hasil usaha sama antara syarikat Magna Security Sdn Bhd, IMS Motorsport Sdn Bhd, dan Dupont Malaysia Sdn Bhd. - Bernama

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse