Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 27 Januari 2011

PILIHAN RAYA KAMPUS UNISEL:DEMOKRASI TELAH MATI DI UNISEL...??????



salam kepada semua....


ADAKAH AMALAN DEMOKRASI TELAH MATI DI KAMPUS UNISEL....????
SETELAH 3 TAHUN....HANYA PRO-MAHASISWA SAHAJA YANG MENGUASAI PILIHAN RAYA KAMPUS UNISEL  DAN TIDAK ADA SEBARANG KUMPULAN LAIN TERMASUK DARIPADA KUMPULAN PRO-ASPIRASI.....


ADAKAH KUMPULAN LAIN SELAIN DARIPADA PRO-MAHASISWA DI HARAMKAN OLEH PIHAK PENTADBIRAN UNISEL....????




ADAKAH KUMPULAN-KUMPULAN YANG MAHU BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS UNISEL INI DI SEKAT DAN DIANCAM SUPAYA TIDAK MELETAKKAN CALON..SUPAYA PRO-MAHASISWA SAHAJA YANG MENGUASAI KAMPUS INI..???



KUMPULAN-KUMPULAN SELAIN DARIPADA PRO-MAHASISWA DI HARAMKAN BERADA DI UNISEL.....?????



ADAKAH PERKARA SEPERTI INI AKAN BERLAKU KEPADA UNIVERSITI LAIN SEKIRANNYA PIHAK PENTADBIRAN UNIVERSITI MENYOKONG KUMPULAN PRO-MAHASISWA INI...????



HANYA 12 PERATUS SAHAJA MAHASISWA DI UNISEL TURUN MENGUNDI....????



ADAKAH SELEBIHNYA TIDAK MENYOKONG KUMPULAN PRO-MAHASISWA YANG PRO-PENTADBIRAN DI UNISEL....????




ADAKAH DEMOKRASI KAMPUS TELAH MATI DI UNISEL.......?????



MAHASISWA UNISEL....SUDAH TENTU MEMPUNYAI JAWAPANNYA....



Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini:-

Pilihan raya kampus Universiti Industri Selangor (Unisel) menyaksikan 'perlawanan persahabatan' sesama calon Pro-Mahasiswa apabila tiada pihak tampil mencabar penguasaan tiga tahun kumpulan itu di universiti berkenaan.

Ketua jentera pilihanrayanya Muhammad Nasir Abu Bakar (bawah, bertali leher merah) bagaimanapun berkata, daripada kesemua 32 yang terdapat, pertandingan berlaku di kampus induk Bestari Jaya antara 14 calon bagi merebut 12 kekosongan kerusi umum.

NONE"Kita bertanding juga (sesama sendiri) bagi mewujudkan kesedaran politik di dalam kampus.

"Kesedaran berhubung demokrasi dalam kampus amat kurang, sebab itu kita hendak buat juga," kata pelajar tahun akhir daripada Fakulti Psikologi Industri itu.

Pilihan raya kampus Unisel menyaksikan 37 kerusi dipertandingkan dengan 24 kerusi umum dan selebihnya kerusi fakulti.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasir, 23, berkata, selepas tiga kali pilihan raya kampus di universiti milik kerajaan negeri itu dijalankan, Pro-Mahasiswa tidak pernah ditentang oleh musuh tradisinya Pro-Aspirasi.

Kehadiran rendah
Hanya sekali sahaja pada tahun lalu, mereka dicabar oleh calon bebas untuk merebut kerusi fakulti tahun lepas, tambah mahasiswa tahun akhir Unisel itu lagi.

Ditanya kenapa perkara itu berlaku, Nasir menjelaskan ia ekoran kumpulan lawan mereka Pro-Aspirasi "tidak pernah ada" di universiti itu.

NONEUndi tertinggi diperoleh oleh pelajar tahun akhir jurusan matematik dan statistik Setiausaha yang juga setiausaha politik Pro-Mahasiswa unisel Mohd Shahimi Arifin.

Beliau berkemungkinan besar dilantik sebagai pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar yang baru.

Sementara itu, Nasir memaklumkan peratusan keluar mengundi kali ini amat sedikit apabila hanya 12 peratus daripada kira-kira 6,500 mahasiswa terlibat dalam pilihan raya yang menggunakan sistem e-undi itu.

"Itulah, masalah tahap kesedaran juga memainkan peranan (menarik mahasiswa terlibat)," katanya dengan nada kesal.



Selasa, 25 Januari 2011

MEDIA DI MALAYSIA AKAN DI SEKAT...???????





SEMUA PENULIS BLOG DAN PORTAL BERITA KENA LEBIH BERHATI-HATI SELEPAS INI.....


GARIS PANDUAN KEPADA PENULIS BLOG DAN PORTAL BERITA AKAN DI KELUARKAN....

KENYATAAN BERUNSUR HASUTAN DAN FITNAH AKAN DI KENAKAN TINDAKAN...


KEPADA SEMUA BLOGGER...MEDIA MERUPAKAN SATU ALTERNATIF BARU MEMBERIKAN KEFAHAMAN KEPADA MASYARAKAT....

MEMANG BENAR MEDIA TIDAK BOLEH DI SEKAT.....


MEMANG BENAR KEBEBASAN MEDIA MESTI DIAMALKAN....



TETAPI..MEDIA JUGA MERUPAKAN SATU PROPAGANDA...


DI DUNIA INI...SIAPA YANG MENGUASAI MEDIA..DIA ADALAH JUARA...


SIAPA YANG MENGUASAI MEDIA...AKAN MENGUASAI DUNIA....



SEBAB ITU YAHUDI DAN AMERIKA MERUPAKAN NEGARA YANG PALING TINGGI MENGUASAI MEDIA DI SELURUH DUNIA.....



PROPAGANDA BARAT DAN ISRAEL ADALAH UNTUK MENJATUHKAN DAN MELEMAHKAN MUSUH-MUSUH MEREKA DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA....



NEGARA-NEGARA MASA KINI DI LIHAT AKAN JATUH DAN MENGALAMI KRISIS APABILA MEDIA SUDAH MENGUASAI PEMIKIRAN MASYARAKAT DI SESEBUAH NEGARA...


SEBAB ITU MEDIA INI DI WUJUDKAN SEBAGAI SATU PERANG PSIKOLOGI....



BLOGGER DI MALAYSIA PERLU MEMAHAMI BAHAWA MEDIA MERUPAKAN SATU SENJATA UTAMA KEPADA KITA..TETAPI KITA PERLU BERHATI-HATI KERANA MEDIA JUGA MERUPAKAN SATU BOM JANGKA YANG AKAN MELETUS BILA-BILA MASA SAHAJA.....

Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :- 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan garispanduan berkaitan kenyataan dan perbuatan berbaur hasutan yang akan merangkumi penerbitan di internet seperti portal berita dan blog, Rabu ini.

NONEGarispanduan itu, yang berasaskan pada empat atau lima undang-
"undang, telah diteliti oleh peguam negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Dalam Negeri tahun 2009 dan 2010 bagi permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, permit masuk dan daftar lewat kelahiran, di Putrajaya hari ini.

Baru-baru ini, Hishammuddin mengumumkan garispanduan tersebut sedang disiapkan untuk menangani peningkatkan kes-kes hasutan dan fitnah yang membabitkan media internet dan lamanweb sosial.

Bagaimanapun, terdapat pihak yang merasakan garispanduan itu merupakan satu usaha kerajaan untuk mengekang kebebasan kandungan internet yang dijamin oleh Bill of Guarantees, yang ditandatangani sewaktu pembentukan Multimedia Super Koridor, ekoran ketidakmampuan kerajaan mengawalnya.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk penyokong BN jika perbuatan mereka menjejaskan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam semasa kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Hishammuddin berkata aspek keselamatan menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Kalau nak tengok setiap kes secara ad-hoc tidak akan memuaskan mana-mana pihak termasuk BN.

"Yang penting PDRM akan menjalankan tugas mereka dan memikul tanggungjawab mengikut undang-undang sedia ada," katanya mengulas dakwaan kononnya polis mengganggu ceramah pembangkang semasa kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan calon PAS, Normala Sudirman.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menafikan dakwaan kononnya kes pembunuhan melibatkan tiga remaja di Melaka Jumaat lepas, ada kaitan dengan unsur perkauman dan agama.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak mensensasikan isu berkenaan dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, ketiga-tiga remaja dari Taman Mengkuang, Masjid Tanah, dipercayai terbabit dalam pergaduhan atau diserang lebih daripada lima orang menggunakan senjata tajam berdasarkan kesan tikaman dan tetakan pada mangsa.

Lan Ee Shen, 19, yang bekerja di bengkel kereta dan pelajar Tingkatan Lima, Chong Sang Keong, 17, mati di tempat kejadian manakala Tai Chi Yong, 18, meninggal dunia di Hospital Terendak.

MCA....JANGAN MAIN API DI TENANG.....!!!!!!!!!!



Salam kepada semua....


KECOH...KECOH..KECOH.....PASAL ISU SALAM DI DUN TENANG.....


MCA KENA FAHAM ISLAM YANG SEBENAR......MEMANG ISLAM TIDAK BENARKAN LELAKI DAN WANITA BUKAN MUHRIM BERSALAM.....
MEMANG PATUT CALON PAS NORMALA TIDAK BERSALAM DENGAN LELAKI...!!!!!!!



MCA JANGAN JADIKAN PERKARA INI SEBAGAI ISU...KELAK AKAN MEMAKAN DIRI...!!!!!!



APA YANG PENTING ADALAH PERJUANGAN MENERUSKAN AGENDA PERUBAHAN KEPADA RAKYAT....JANGAN SENTUH ISU-ISU SENSITIF DAN MENJADI HAK ORANG YANG BERAGAMA ISLAM DI NEGARA INI....!!!!!!






Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini :-

Tan Sri Muhyiddn Yassin menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya MCA supaya tidak mengeksploitasikan pendirian calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki. 

Kempen BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam Normala yang tidak bersalam dengan lelaki daripada membawa isu-isu rakyat.
Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

“BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian tas sebab-sebab tertentu.

“Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan dia (Normala). Apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian," kata Timbalan Perdana Menteri pada sidang media selepas mengadakan lawatan bertemu pengundi dan peniaga di Bandar Labis di sini.

Beliau yang juga timbalan pengerusi BN menegaskan isu tersebut dipanjangkan kerana terdapat perkara lain yang perlu diutamakan dalam kempen pilihan raya kecil itu.

"Ada perkara yang lebih pokok yang patut kita lakukan untuk menjelaskan isu, (mengenai) apa komitmen kita untuk membantu rakyat dan pengundi di sini," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Dalam satu temu bual bersama The Malaysian Insider kelmarin, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.
Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari ketiga hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.
Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini, mengatakan Mufti Perak Tan Sri Harussani menyifatkan tindakan Dr Chua, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani menggesa Dr Chua supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang.

NONEKetua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (kanan) berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam.

"Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya.

"(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham."

Dalam pengalaman Pakatan Rakyat, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang kerap berbeza pandangan dengan pemimpin lain daripada DAP dalam isu agama, khususnya negara Islam.

Beliau juga sering dilapor menyimpulkan apa yang berlaku akibat pemimpin berkenaan tidak memahami Islam dan perlu dimaklumkan tentang ajaran agama yang sebenar.

Di Tenang, kenyataan Chua kelmarin mengundang reaksi keras pelbagai NGO dan tokoh Islam, antaranya Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Harussani dan PAS sendiri.

Senada dengan peguam Muslim
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman Azha berkata menjadi tanggungjawab parti-parti komponen lain dalam BN menjelaskan "apa yang salah, apa yang tidak" kepada Chua secara matang.

tenang by election day 1 230111 chua soi lek campaigning 3"Kalau kita marah pun, mereka semakin jauh. Kalau perkara itu salah, Rasulullah suruh panggil dan nasihati cara yang betul daripada kita bertindak tidak tentu arah," katanya.

Bagaimanapun, Arman Azha tetap beranggapan bahawa tindakan Chua itu salah dan menghina Islam.

Justeru, menurutnya, ahli politik veteran itu patut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

"Bukan hanya minta maaf, tetapi dia juga kena memahami konteks Islam yang sebenar," katanya, senada dengan tuntutan PPMM semalam.

Ditanya sama ada pihaknya akan menganjurkan demonstrasi - tindakan yang dilihat sinonim dengan NGO Melayu itu kebelakangan ini - Arman Azha menjawab:

"Bukan semuanya kita berdemo."


KUASA SULTAN SELANGOR GAGAL DIKEMBALIKAN ...!!!!!!!



salam kepada semua...


PINDAAN MENGEMBALIKAN KUASA SULTAN GAGAL...????


KENAPA MASIH GAGAL....????
KERANA TIDAK MEMPEROLEHI UNDI MAJORITI 2/3 DARIPADA SIDANG DEWAN.....



34 VS 20....MAKA MAJORITI 2/3 TIDAK TERCAPAI......


APAKAH AKAN BERLAKU SETERUSNYA....????




KENAPA TIDAK MAHU KEMBALIKAN KUASA SULTAN SECARA KESELURUHAN...???



BIAR SULTAN YANG TENTUKAN...KEMBALIKAN KEKUASAAN KEPADA SULTAN SELANGOR.....


BERANIKAH PAKATAN RAKYAT MEMBERIKAN DAN MEMULANGKAN KUASA SULTAN SECARA KESELURUHAN...????..APAKAH TINDAKAN DAP....????



Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-



Kerajaan negeri Selangor gagal meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri apabila ia tidak diluluskan setelah gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam undian belah bahagian dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Speaker Datuk Teng Chang Khim berkata, sebanyak 34 Ahli DUN (ADUN) menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, manakala sebanyak 20 tidak menyokong.

"Namun mengikut peraturan mesyuarat sebarang pindaan memerlukan undian sebanyak dua pertiga dari jumlah kerusi DUN di bawah Perkara 98, Fasal 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Maka ia tidak boleh dibawa kepada bacaan kedua dan seterusnya,” katanya selepas pengiraan undi belah bahagian itu.

Berikutan kegagalan untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga itu, mesyuarat pada hari ini ditamatkan dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya sidang dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan kemudian. – Bernama

----------------------


Selangor didakwa cuba ambil alih kuasa eksekutif pilih SUK

SHAH ALAM 24 Jan. – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk memilih calon Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru kerana hanya dianggotai oleh “orang politik”, persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.

Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, mengikut kenyataan bekas SUK Datuk Ramli Mahmud, nama lapan orang pegawai kanan kerajaan negeri dicadangkan kepada sultan Selangor, Menteri Besar dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk dipilih sebagai SUK baru, tiga bulan sebelum beliau bersara awal pada 21 Dis 2010.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk berunding dengan KSN mengenai calon yang layak dan sesuai untuk perkenan Sultan,” katanya ketika membahaskan cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

Mohd Shamsuddin berkata, Menteri Besar sepatutnya berunding dengan KSN. Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menyenarai pendekkan tiga calon yang layak tetapi ini tidak dilakukan.

Sebaliknya, Menteri Besar menubuhkan satu jawatankuasa pemilihan yang dianggotai oleh orang politik iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim dan dua anggota exco kerajaan negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar dan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. – Bernama 


 Berikut adalah kenyataan daripada Menteri Besar Selangor:-


KENYATAAN AKHBAR
24 JANUARI 2011

Saya ingin menekankan di sini bahawa sidang Dewan Negeri Selangor yang diadakan hari ini bukan sidang tergempar. Mesyuarat ini diadakan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk membincangkan perkara-perkara spesifik, mendesak dan berkepentingan awam. Hari ini Dewan membincangkan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang melibatkan kepentingan awam.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker, Dato Teng Chang Kim dan kakitangan Dewan Negeri kerana berjaya menganjurkan mesyuarat hari ini. Kebijaksanaan dan pendekatan profesional Tuan Speaker telah membimbing satu pembentangan usul yang sihat dan bermanfaat.
Hari ini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mencipta sejarah apabila semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bersatu menyokong cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio yang telah dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan 1993.

Dalam pada itu, semua wakil Kerajaan memberi perbahasan baik dan bernas berkenaan satu isu begitu penting kepada rakyat yang gagal disentuh oleh pentadbiran sebelum ini. Perbahasan Pakatan Rakyat hari telah berjaya memartabatkan kesucian Dewan Negeri Selangor dan Eksekutif.

Ini selari dengan keinginan rakyat Negeri Selangor yang mahukan satu pentadbiran professional bagi dua institusi tertinggi – Dewan dan Eksekutif – yang tidak diamalkan di peringkat Persekutuan.

Dari asas ini, usul hari ini adalah untuk meminda Fasal 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor supaya satu prosedur dibuat bagi pelantikan tiga pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan cekap dan sempurna.

Kami kesal dengan keputusan wakil-wakil Umno/Barisan Nasional untuk menolak usul ini. Lebih kesal lagi, Barisan Nasional gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan ini. Tiada satu pun soalan atau hujah yang kami kemukakan dijawab dengan baik dan professional.

Jelas, penolakan ini dibuat atas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa di Putrajaya. Sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlulah berdasarkan kepentingan rakyat.
Penolakan usul juga membuktikan bahawa Umno yang sebenarnya tidak menghormati sama sekali institusi Raja-raja Melayu dan tetap menghalang Raja-raja Melayu daripada memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berperlembagaan.

Sikap hipokrit pihak Umno kini jelas ternampak dalam rekod mereka yang secara konsisten menafikan kuasa Raja-raja Melayu, terutamanya pada tahun 1983, 1993 dan kini, 2011.

Sidang Dewan hari ini membuktikan pemimpin Umno sebenarnya tidak layak untuk menyentuh soal kedaulatan Raja-Raja kerana belang mereka telah terbongkar. Mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati peranan Raja-raja tetapi sebenarnya Umno yang menghakis kuasa Raja-raja melalui pindaan-pindaan Perlembagaan yang telah dilakukan.

Walaupun kita mungkin tidak berjaya untuk membuat pindaan, majoriti ahli Dewan telah menyokong. Ini tidak akan mematahkan semangat Pakatan Rakyat. Malah, isu ini telah menguatkan lagi tekad Pakatan Rakyat untuk membuktikan kewibawaan kami dan memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kelak supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula.

Kami masih berpendirian bahawa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri berhak untuk memainkan peranan dalam pemilihan 3 pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Walaupun pihak Persekutuan nampaknya terus mengenepikan suara rakyat Selangor dan enggan menghormati semangat federalisme atau bertemu setengah jalan, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memastikan pentadbiran negeri akan terus dijalankan dengan baik dan selancar mungkin demi kebajikan rakyat Selangor.

Bersama menjunjung amanah yang diberi oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menggandakan usaha untuk melaksanakan tugas dan meneruskan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Isnin, 24 Januari 2011

POLITIK KAMPUS UNIVERSITI MALAYA SEMAKIN PANAS.....

salam kepada semua...






POLITIK KAMPUS SEMAKIN PANAS TERUTAMA DI KAWASAN LEMBAH KLANG....



KAMPUS-KAMPUS SEKITAR LEMBAH KLANG KINI MENANTI PENGUMUMAN TARIKH PILIHAN RAYA KAMPUS YANG SEBENAR YANG DI JANGKAKAN DALAM MASA TERDEKAT.......

NAMUN....DI SEBALIK PERSEDIAAN MENGHADAPI PILIHAN RAYA KAMPUS INI SEMAKIN BANYAK ISU-ISU YANG TELAH BERLAKU DI KAMPUS DENGAN PELBAGAI PROVOKASI DAN TINDAKAN DI LUAR BATAS PEMIKIRAN MAHASISWA....



PIHAK PRO-MAHASISWA SEPERTI BIASA AKAN MEMBERIKAN PELBAGAI KEJUTAN KEPADA MASYARAKAT KAMPUS...DENGAN PELBAGAI ISU DAN PROVOKASI SEBAGAI SATU DOKTRINISASI KEPADA MASYARAKAT KAMPUS....



DI UNIVERSITI MALAYA....


PROGRAM ZIARAH MESRA KE  KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA MERUPAKAN SALAH SATU MODUS OPERANDI GERAKAN PRO-MAHASISWA INI UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA....


MEREKA TELAH DATANG KE SETIAP KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UM DENGAN JUMLAH YANG RAMAI DAN MENGEDARKAN RISALAH MENGENAI PRO-MAHASISWA....


DENGAN TAKTIK INI MEREKA TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA PERGERAKAN MEREKA DI KOLEJ KEDIAMAN TELAH DI HALANG....


PIHAK PRO-MAHASISWA INI DI HALANG KERANA MEREKA TIDAK MENDAPATKAN KEBENARAN DARIPADA PIHAK PENTADBIRAN KOLEJ UNTUK MEMASUKI KOLEJ KEDIAMAN UM SESUKA HATI MEREKA......BOLEH LIHAT SINI http://asriblog.blogspot.com/2011/01/buat-seluruh-rakan-rakan-pro-mahasiswa.html

MEREKA JUGA TELAH MENFITNAH SAYA SEBAGAI ORANG YANG MENGHALANG MEREKA DAN MEMANGGIL MEREKA PENCEROBOH..BOLEH LIHAT SINI..http://asriblog.blogspot.com/2011/01/menjawab-tuduhan-fitnah-oleh-pro.html


LIHAT PROVOKASI YANG TELAH MEREKA KELUARKAN KEPADA MAHASISWA http://promahasiswaum.com/?p=417 DAN http://promahasiswaum.com/?p=425





MELALUI PROGRAM ZIARAH MESRA INI MEREKA TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA SEORANG WAKIL MEREKA TELAH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB  OLEH PIHAK PENTADBIRAN UNIVERSITI MALAYA IAITU PROF DR. ROHANA(TNC HEPA) SENDIRI...

NAMUN KETIKA SAYA BERJUMPA DENGAN PROF DR ROHANA UNTUK MENDAPATKAN KEPASTIAN MENGENAI PERKARA INI BELIAU TELAH MENAFIKAN TUDUHAN TERSEBUT KERANA BELIAU HANYA MEMBERIKAN TEGURAN DAN NASIHAT KEPADA FARID ZULKIFLI(GAMBAR)




 SEMEMANGNYA PIHAK PRO-MAHASISWA TELAH MENGEKSPLOITASI PERKARA INI DAN MENYATAKAN KEPADA MASYARAKAT KAMPUS BAHAWA WAKIL MEREKA INI DIKENAKAN TINDAKAN TATERTIB UNTUK MENDAPATKAN BELAS KASIHAN DARIPADA MASYARAKAT KAMPUS....BOLEH LIHAT SINI http://promahasiswaum.com/?p=503


PROGRAM ZIARAH MESRA INI JUGA TELAH MENYEBABKAN PIHAK PRO-MAHASISWA MENGELUARKAN SATU PROVOKASI KETERLALUAN IAITU ``AKTIVIS WANITA PRO-M HAMPIR DI CABUL``....BOLEH LIHAT SINI http://umtoday.blog.com/2011/01/06/aktivis-pro-m-hampir-dicabul/


PIHAK PRO-MAHASIWA JUGA TELAH MEMUTAR BELITKAN KENYATAAN SAYA DALAM SATU MEMORANDUM YANG SAYA HANTAR KEPADA NAIB CANSELOR UM ``MENUNTUT PUSAT PENGUNDIAN DIKEKALKAN DI KOLEJ KEDIAMAN DAN MENYOKONG SEPENUHNYA PENGUNDIAN DI FAKULTI``...BOLEH LIHAT SINI http://asriblog.blogspot.com/2011/01/memorandum-pusat-pengundian-pilihan.html


MEREKA TELAH MENUDUH SAYA MENOLAK DAN MEMBANTAH PENGUNDIAN DI FAKULTI....BOLEH LIHAT SINI http://umtoday.blog.com/2011/01/05/spkum-bantah-pengundian-dijalankan-di-fakulti/



PELBAGAI PROPAGANDA TELAH DI KELUARKAN KEPADA MASYARAKAT KAMPUS TERUTAMA DALAM MENDEDAHKAN KELEMAHAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA(MPMUM)...


PELBAGAI SERANGAN TELAH DI KELUARKAN DENGAN MENYATAKAN BAHAWA KABINET MPMUM SESI 2009/2010 SEBAGAI KABINET KARTUN 


KENAPAKAH MELABELKAN MPMUM SEBAGAI KABINET KARTUN SEDANGKAN TERDAPAT WAKIL PRO-MAHASISWA JUGA DALAM KABINET MPMUM INI...ADAKAH KERANA MPMUM KALI INI BANYAK MELAKUKAN KERJA DEMI KEBAJIKAN PELAJAR...DI PANGGIL SEBAGAI KEBINAT KARTUN...?????

BAGAIMANA DENGAN KERJA YANG TELAH DI LAKUKAN OLEH MPMUM PRO-MAHASISWA YANG DI TUBUHKAN OLEH MEREKA SENDIRI...???..ADAKAH MEREKA TELAH MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA KEPADA MAHASISWA..????




SAUDARA KHAIRUL ANUAR ABU KASSIM YDP MPMUM JUGA TELAH DI FITNAH DAN DIPERMAINKAN SEHINGGA ARTIKEL MENGENAI MENYOKONG HAB HIBURAN TELAH DIKELUARKAN DI LAMAN PORTAL MALAYSIAKINI...MALAHAN ARTIKEL BELIAU JUGA DIKELUARKAN DALAM LAMAN PORTAL MALAYSIAINSIDER..SEDANGKAN BELIAU TIDAK PERNAH MENGHANTAR SEBARANG ARTIKEL ATAU PENULISAN KEPADA LAMAN PORTAL INI....BOLEH LIHAT SINI http://prostudentum.blogspot.com/2010/12/ydp-mpmum-sekali-lagi-dipermainkan.html DAN http://prostudentum.blogspot.com/2010/11/ydp-mpmum-buat-laporan-polis.html




  PADA 20 JANUARI 2011 JAM 8 PAGI...MEREKA TELAH MEMBUAT KENYATAAN MENUDUH PIHAK YANG TIDAK MENYOKONG MEREKA MEMBAKAR BANNER MEREKA DI HADAPAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU(APM) UM....

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG MEMBAKAR BANNER MEREKA....????



SETERUSNYA ADALAH FORUM DISKUSI MAHASISWA YANG DIADAKAN PADA 22 JANUARI 2011 DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM....WALAUPUN SAYA TELAH MEMAKLUMKAN LEBIH AWAL KEPADA WAKIL PIHAK PRO-MAHASISWA YANG MENGHUBUNGI SAYA IAITU HAWARI ZAKARIA BAHAWA SAYA TIDAK DAPAT HADIR PADA 19 JANUARI 2011...POSTER DISKUSI MAHASISWA ITU TELAH DI KELUARKAN DAN DI TAMPAL DI SELURUH KAMPUS PADA 20 JANUARI 2011...YANG MANA MEREKA SEBENARNYA SUDAH MENGETAHUI BAHAWA SAYA MEMANG TIDAK DAPAT HADIR KE PROGRAM TERSEBUT...NAMUN MEREKA TETAP MENAMPAL POSTER TERSEBUT DI SELURUH KAWASAN KAMPUS SEBAGAI SATU HEBAHAN KEPADA UMUM


 GAMBAR(HAWARI ZAKARIA)

ADAKAH PERKARA INI MERUPAKAN PROPAGANDA MEREKA?

WALAUPUN MENGETAHUI BAHAWA SAYA DAN KHAIRUL ANUAR MEMANG TIDAK AKAN HADIR KE FORUM DISKUSI BERKENAAN....





NOTIS PALSU JUGA TELAH DIKELUARKAN OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DENGAN MELETAKKAN TANDATANGAN PROF DR ROHANA (TNC HEPA) DAN COP RASMI HAL EHWAL PELAJAR...


ADAKAH INI JUGA MERUPAKAN SATU PROPAGANDA KERANA PIHAK HEPA UM TIDAK MEMBENARKAN MEREKA MENGADAKAN FORUM DISKUSI TERSEBUT KERANA TIDAK MENDAPAT KEBENARAN....





PROPAGANDA DAN DOKTRINISASI PEMIKIRAN......???????





SEMEMANGNYA BAHANG PILIHAN RAYA KAMPUS SEMAKIN DI RASAI.....


ADAKAH MAHASISWA BENAR-BENAR BERSEDIA UNTUK BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI MEHNAH DAN TRIBULASI DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS KALI INI...



ADAKAH MAHASISWA AKAN BERFIKIRAN WARAS DAN RASIONAL DALAM MENGHADAPI PILIHAN RAYA KALI INI....



MUNGKINKAH KES KEPALA BABI DI SURAU AKADEMI PENGAJIAN ISLAM AKAN BERULANG KEMBALI UNTUK MEMASTIKAN KEMENANGAN...????








CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse