Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 6 Februari 2011

DEMONTRASI MESIR SATU KONSPIRASI YAHUDI DAN AMERIKA UNTUK MELEMAHKAN GERAKAN ISLAM....???????




salam kepada semua....



1.Dunia di kejutkan dengan kebangkitan rakyat mesir ataupun boleh juga dinamakan sebagai Revolusi Mesir yang mana rakyat mesir bangkit untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai Boneka Amerika dan Israel serta tidak mampu untuk membawa Ekonomi Mesir ke arah yang lebih baik.Kebangkitan rakyat mesir ini merupakan satu petanda bahawa kerajaan-kerajaan yang tidak stabil di dunia ini bakal menerima nasib yang sama seperti yang telah berlaku di Tunisia dan sedang belaku di Mesir.

2.Penulis Smart Generation melihat bahawa Kebangkitan rakyat mesir ini adalah akibat daripada kesedaran rakyat mesir sendiri ataupun merupakan satu Konspirasi terbesar yang dilakukan oleh Musuh-Musuh umat islam dengan menggunakan rakyat mesir sebagai pencetus kepada Revolusi Mesir ini yang akhirnnya nanti akan merugikan rakyat mesir sendiri dan memenangkan musuh-musuh islam ini.


3.Melalui pembacaan dan penelitian Penulis Smart Generation melihat bahawa Revolusi di Mesir ini berlaku adalah salah satu konspirasi CFR (Council on Foreign Relations) untuk menyekat kebangkitan Gerakan Ikhawanul Muslimin di Mesir yang di lihat berpotensi untuk memenangi Pilihan Raya Mesir pada September 2011 nanti.Konspirasi yang digerakkan oleh CFR ini sangat jelas kerana beberapa ahli CFR telah pun mengisyaratkan kebangkitan tersebut dengan satu tajuk yang sangat metafora tetapi takrifan menjelaskan apa yang telah berlaku sekarang dibeberapa buah negara arab.Apabila kita merujuk semula ucapan dasar salah seorang konspirator  antarabangsa, Zbigniew Brzezinski pada Mei 2010. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah bagi CFR.Brzezinski menjelaskan akan kebimbangannya tentang kebangkitan kesedaran rakyat antarabangsa. Beliau juga cuba menafikan bahawa PBB bukan ‘World Government’ tetapi sebagai organisasi yang memberi hak sama rata dalam bersuara.Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau ini adalah pembohongan semata-mata demi mengelakkan daripada kebenaran.


4.Umumnya, kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah sedia ada adalah perlu kerana rakyat sangat tertekan. Kenaikan harga barang,  pengangguran, pendapatan per kapita yang rendah sudah pasti mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya.Malangnya, sekian lama mendesak kerajaan hanya membuta tuli, ditambah pula dengan sikap bermewah-mewah pemimpin kerajaan dengan duit rakyat. Inilah yang berlaku di Mesir, Yaman dan Tunisia.

5.Kezalimanan pemimpin kerajaan yang memerintah secara diktator selama berpuluh-puluh tahun mendorong rakyat membentuk parti baru bagi menjatuhkan kerajaan dari parti sedia ada. Dalam tempoh tersebut juga, wujud golongan ulama yang cuba berjuang melalui politik walaupun tindakan tersebut adalah di luar kehendak mereka. Memandangkan syariat Islam dicemari oleh pemimpin Islam sendiri, maka para ulama menyuntik semangat golongan pemuda untuk berjuang secara berparti tetapi di atas landasan syariat yang betul.Apabila parti berlandaskan Islam dalam sesebuah negara mula menampakkan peningkatan sokongan setiap kali pilihanraya, maka ia sesuatu yang membahayakan kepimpinan Illuminati. Konspirator dari Illuminati perlu mengekalkan pemimpin-pemimpin Islam yang diktator seperti Zain El Abidine Ben Ali (Tunisia), Hosni Mubarak (Mesir) kerana mereka ini berperanan sebagai modal akhir Illuminati untuk menghalang kebangkitan ulama Islam serta daulah Islamiyah.

6.Di dalam situasi di Mesir, pilihan raya umum sebenar dijangka berlaku pada September 2011 ini. Sekiranya CFR tidak mewujudkan revolusi dan membiarkan ahli-ahli Ikhwan Muslimin memenangi kerusi parlimen maka dasar luar Mesir akan tidak menyebelahi Amerika dan Eropah. Kemungkinan daulah Islamiyah akan terus berkembang dan mempengaruhi negara-negara Islam seluruh dunia.Untuk mengatasi pengaruh Ikhawan, CFR bermula mencetuskan demonstrasi melalui NGO-NGO  awam yang sebahagiannya menerima sumbangan kewangan rahsia dari CFR.

7.Demonstrasi yang diadakan sempena Hari Polis Mesir, 25 Januari 2011 itu berlaku di luar jangkan. Ia dihadiri ramai golongan belia dan masyarakat sehingga tidak dapat dipastikan siapa yang menggerakkan rakyat ke acara demonstrasi itu.Di dalam kesibukan rakyat menentang kediktatoran Rejim Mubarak, tiba-tiba muncul wira palsu iaiatu Muhammed el Baradei yang sanggup turun padang membantu memperjuangkan suara rakyat menentang kerajaan Mubarak.Sebenarnya El Baradei adalah ayam tambatan CFR untuk memikat hati golongan rakyat yang marahkan kezaliman Mubarak. Sekiranya El Baradei berjaya membawa mandat rakyat sehingga menjatuhkan parti Mubarak dalam parlimen maka sudah pasti El Baradei akan dikenang sebagai wira rakyat.
 
8.Jika dalam tempoh sebelum Mac 2011 El Baradei berjaya memegang Presiden Mesir sementara, maka beliau hanya mempunyai 5 atau 6 bulan untuk menunjukkan kehebatan kepimpinannya kepada rakyat Mesir sebelum pilihan raya umum negara itu pada September 2011.Kami yakin dalam tempoh 5 – 6 bulan itu, kerajaan Amerika dan Eropah akan bertungkus-lumus membantu El Baradei menaikkan taraf hidup rakyat Mesir yang masih jauh ketinggalan ke belakang berbanding negara-negara Islam lain.

9.Kita juga perlu ingat bahawa El Baradei adalah rakan baik George Soros yang mana kedua-duanya adalah ahli lembaga pengarah bagi International Crisis Group. ICG merupakan cawangan proksi bagi organisasi Yahudi elit seperti CFR, Bilderberg Group dan Trilateral Commission.


  Berikut merupakan bukti Sokongan Terbuka Soros kepada El Baradei :-




"Kerjasama Ikhwanul Muslimin dengan Mohamed ElBaradei, pemenang Nobel yang ingin mencalonkan diri sebagai presiden, merupakan tanda harapan bahawa mereka berniat untuk memainkan peranan konstruktif dalam sistem politik demokratik" tulis Soros dalam Washington Post pada 3 Februari 2011. Satu sokongan terbuka daripada Soros terhadap El Baradei sebagai calon Presiden untuk gantikan Hosni Mubarak (baca sini).

"In reality, Israel has as much to gain from the spread of democracy in the Middle East as the United States has. But Israel is unlikely to recognize its own best interests because the change is too sudden and carries too many risks" tulis Soros mengenai pertukaran kerajaan yang bakal berlaku di Mesir.

Memang diakui oleh Soros, penyebaran demokrasi di Timur Tengah akan menguntungkan Israel sebagai satu kuasa yang tidak akan tergugat di tengah-tengah dunia Arab. Dalam jangka masa pendek, Soros menyatakan Israel tidak akan mendapat keuntungan segera kerana perubahan yang berlaku di Tunisia dan Mesir adalah secara mendadak. Hanya Soros yang untung dalam jangka masa pendek kerana manipulasi harga minyak. Namun dalam jangka masa panjang, siapa yang untung?

"I hope President Obama will expeditiously support the people of Egypt. My foundations are prepared to contribute what they can" tulis Soros lagi. George Soros nampaknya sudah mendesak Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat untuk masuk campur dalam krisis di Mesir dan menuruti kehendaknya iaitu meletakkan El Baradei sebagai Presiden. Malah Soros sedia menyumbang dana kepada perubahan tersebut.

Soros sudah jelas akui peranan yang dimainkannya sebagai pencatur politik di Timur Tengah. Hingga mendesak Obama dan mengecam tindakan lambat Amerika Syarikat terhadap perubahan kuasa di Mesir. Orang Islam perlu membuka mata luas-luas pada tulisan Soros ini. Sesama Islam berbaling batu sedangkan Israel sedang membuat untung dari sengketa tersebut. Usahlah kita menari mengikut gendang yang sedang dipalu Soros.



10.Konspirasi Revolusi Mesir ini juga dikatakan akan mengubah pemikiran rakyat Mesir daripada menyokong Calon Ikhwanul MusliminSekiranya dalam tempoh tersebut gaji pekerja awam berjaya dinaikkan dan aktiviti jemaah Ikhwan diberi ruang seluas-luasnya maka El Baradei akan digelarkan sebagai hero Mesir. Kebebasan yang diberikan El Baradei untuk Ikhwan melaksanakan aktiviti jemaah akan dipandang mulia dan penuh Islamik.Kesan daripada perubuhan-perubahan besar tersebut, kemungkinan pada pilihan raya calon-calon bebas dari Ikhwan Muslimin akan bermurah hati untuk sama-sama menyokong El Baradei memegang tampuk pemerintahan Mesir.Maka dari segi ini, CFR telah berjaya dalam misinya memastikan agen-agennya tetap menguasai kerajaan Mesir bukannya ahli-ahli Ikhwan walaupun dengan cara menjatuhkan maruah agen lamanya iaitu Hosni Mubarak.



11.Kesimpulannya Rakyat mesir harus melihat dan memahami bahawa tindakan mereka mengadakan Demontrasi ini adalah kerana lahir daripada semangat mereka untuk melihat perubahan kepada Negara Mesir supaya menjadi lebih baik.Jika rakyat Mesir terpengaruh dengan NGO-NGO Mesir yang mendapat biaya daripada Yahudi Israel dan Amerika,Rakyat Mesir hanyalah sebagai penghubung untuk Amerika dan Israel melemahkan umat islam.Rakyat Mesir harus bangkit bukan sahaja menentang Kerajaan Hosni Mubarak,Tetapi bangun melawan dan menentang segala unsur-unsur yang dibawa masuk oleh Israel dan Amerika untuk memecah belahkan umat islam di Mesir dan menimbulkan huru hara dikalangan rakyat yang akhirnya akan merugikan rakyat mesir sendiri.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

what the fuck??

Tanpa Nama berkata...

Memang laa gejala demonstration tumbangkan kerajaan ni amalan Amerika utk tumbangkan kerajaan spt Iran dan seluruh Afrika.

Tapi kes Egypt lain. Ludah Amerika terkena muka sendiri. Lain yg target lain yang muncul sampai member sendiri yang terkena.

Democracy and demonstration kat Egypt bukan Amerika yang support.
Egypt demonstration di pelopor oleh Group "April 6" yg belajar dari Group Serbia yg tumbangkan kerajaan Milosevic.
Amerika pernah jugak bagi comment group April 6 ni tak realistic.(Wikileaks)

Kalo nak harapkan pilihanraya memang tak guna sebab Ikhwanulmuslim memang kena ban dari bertanding bawah kerajaan Mubarak. Percentage yg layak untuk mengundi pun tak sampai separuh...

Omar Suleiman tiap2 hari communicate ngan Israel.

Yahudi boleh merancang, tapi Allah lebih pandai merancang.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse