Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 7 Julai 2014

SKIM CEPAT KAYA ZHANG JIAN (YSLM) ADALAH HARAM DAN TIDAK BERDAFTAR! KATA KPDNKK

KENYATAAN AKHBAR

KPDNKK MENAFIKAN MEMOHON MAAF KEPADA SYARIKAT YSLM:
TINDAKAN TEGAS AKAN TERUS DIAMBIL

PUTRAJAYA, 10 Julai 2014 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengunaan (KPDNKK) tidak pernah mengeluarkan sebarang permohonan maaf kepada pihak YSLM di atas tindakan penguatkuasaan yang diambil kementerian terhadap syarikat jualan langsung itu. Malah tindakan tegas akan diteruskan terhadap apa sahaja aktiviti yang melibatkan syarikat itu.

YSLM merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang dipercayai milik warga China serta menjalankan perniagaan secara haram di negara ini. Syarikat ini tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak memiliki lesen daripada KPDNKK untuk menjalankan aktiviti jualan langsung.

Siasatan awal mendapati, pemilik syarikat itu Zhang Jian, 26, yang mendakwa dirinya orang terkaya dunia datang ke Malaysia dan mewujudkan skim cepat kaya. Dia menjalankan perniagaan dalam talian dengan menawarkan pelaburan serendah RM300 tetapi pelaburnya boleh memproleh pulangan antara RM2,700 hingga RM6,000 sebulan. Zhang juga didapati menjalankan perniagaan di bawah syarikat CDTUP international Sdn. Bhd yang memperoleh lesen jualan langsung daripada KPDNKK.

Sehubungan itu, berita yang tersebar di laman sosial yang menyatakan KPDNKK memohon maaf serta akan memulangkan semula barangan yang dirampas kepada pihak YSLM adalah palsu. Pihak kementerian akan terus melaksanakan tindakan yang sewajarnya termasuk menahan Zhang untuk siasatan lanjut.

Siasatan terhadap YSLM dijalankan di bawah Seksyen 27 (b) Skim Anti Piramid manakala CDTUP international Sdn. Bhd. pula di bawah Seksyen 6(4) Pelanggaran Syarat Lesen di bawah Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993. Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993.

Bagi kesalahan kali pertama di bawah Seksyen 27 (b), hukuman yang akan dikenakan adalah denda tidak kurang daripada RM500,000 dan tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(4), hukuman yang akan dikenakan adalah pembatalan lesen jualan langsung.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan



Skim Cepat Kaya Zhang Jian Tarik Pelaburan RM300 Juta, KPDNKK BERKATA SYARIKAT INI HARAM DAN TIDAK BERDAFTAR!!!

Skim Cepat Kaya Zhang Jian Tarik Pelaburan RM300 Juta


Poster mempromosi kegiatan skim cepat kaya Zhang Jian di Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR: Skim cepat kaya yang dipelopori individu dikenali sebagai Zhang Jian dipercayai menarik pelaburan mencecah RM300 juta di seluruh negara.

Difahamkan, jumlah pelaburan itu diperolehi sejak skim itu diperkenalkan kepada orang ramai menerusi iklan di Internet pada akhir tahun lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, jumlah pelaburan RM300 juta itu adalah berdasarkan sumber tidak rasmi.

"Aduan orang ramai mengenai skim ini mula diterima KPDNKK sejak dua bulan lalu," katanya pada sidang media khas di sini, Isnin.
Beliau mengulas mengenai skim cepat kaya yang diiklankan di Internet melibatkan Zhang Jian yang mendakwa dirinya sebagai 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia' menerusi papan iklan gergasi di jambatan Pulau Pinang.

Alias berkata, syarikat pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan Zhang Jian itu adalah haram kerana tidak berdaftar bagi menjalankan operasi di negara ini, antaranya di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Skim itu dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Menurut Alias, berdasarkan siasatan awal, syarikat itu menawarkan pembelian pakej terpilih yang dijanjikan mampu menjana pulangan tinggi tanpa perlu menjual apa-apa produk atau perkhidmatan.

Tambahnya, peserta skim ini juga digalakkan untuk mencari peserta bawahan bagi meningkatkan pulangan pendapatan.

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh, tidak tertipu dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat ini," kata Alias `Mstar


Jangan Terpedaya Papan Tanda Gergasi Promosi Skim Cepat Kaya


Mengapa seorang ahli perniagaan yang 'berjaya' dari sebuah pasaran yang besar dan luas seperti China datang ke pasaran yang kecil seperti Malaysia?

Kedutaan China di sini berkata syarikat milik ahli perniagaan itu telah diharamkan di China dan pengasas berusia 26 tahun itu pernah ditahan oleh pihak polis di sana sebanyak lima kali.

Lelaki itu kini telah memindahkan operasinya ke sini, dan wajahnya terpampang di papan iklan gergasi mempromosikan skim cepat kaya yang dibawanya.

Iklan syarikat terbabit di internet memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan jumlah wang banyak dan memandu kereta mewah tanpa perlu bekerja.

Ia juga menunjukkan bahawa ramai jutawan telah dilahirkan di seluruh dunia.

Dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Sumber polis percaya mungkin ada unsur-unsur jenayah dalam skim itu, yang jatuh di bawah bidang kuasa Bank Negara.

Satu pemeriksaan ke atas beberapa laman web di China menunjukkan bahawa pengguna laman sosial di negara itu telah mencatatkan petikan rencana mengenai 10 kes sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dari laman web Biro Keselamatan Awam dan Pentadbiran Negeri bagi Industri dan Perdagangan China, memetik bahawa pengendali laman web Yun Shu Mao telah mengerah pembayaran yuran daripada peserta baharu (downliners) yang dikatakan akan menerima ganjaran yang besar sebagai balasan.
Artikel ini melaporkan bahawa pihak berkuasa di China berkata skim itu telah berkembang di 28 wilayah yang melibatkan 190,000 orang dan pada Ogos tahun lalu, polis di lapan wilayah telah menahan 33 orang yang terlibat dalam skim ini.

Undang-undang di China melarang mana-mana individu atau syarikat daripada menjalankan pemasaran melalui sistem MLM atau piramid.

Pengguna lain juga mendakwa bahawa pengasas Yun Shu Mao menukar namanya kepada Zhang Jian apabila melarikan diri ke Malaysia.

Satu portal berita dalam talian telah memetik Gabungan Sukarelawan 1Malaysia (GS1M) Datuk Ng Bong Ching sebagai berkata terdapat laporan polis yang dibuat terhadap skim ini.

Katanya, beliau telah membuat pemeriksaan laporan itu dengan kedutaan China.

Portal berita dalam talian juga melaporkan bahawa pada bulan Januari tahun ini, penipuan melalui skim cepat kaya yang dikendalikan oleh lelaki warganegara China itu juga telah memperlihatkan kira-kira 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.

Mangsa tertarik dengan skim ini kerana ia menjanjikan kereta-kereta mewah dan wang tunai dalam tempoh yang singkat.

Menurut iklan yang diletakkan oleh syarikat itu, ahli perlu membayar RM300 untuk mendaftar.

Untuk setiap ahli yang direkrut, dia akan membayar RM50 untuk setiap seorang sehingga tahap keenam.

Apabila melepasi tahap keenam, seseorang ahli perlu menambah yuran keahlian dengan jumlah maksimum RM30,000 untuk terus menikmati faedah.

Ahli-ahli juga dijanjikan pulangan saham melalui e-saham dan barangan mewah, termasuk kereta BMW melalui cabutan bertuah apabila mereka mencapai tahap tertentu dalam pengambilan.

Sementara itu, klip video 15 minit di YouTube menunjukkan ahli perniagaan itu memberitahu penemuramah bahawa Malaysia dipilih kerana penduduknya yang terdiri pelbagai bangsa dan bahasa.

Katanya, dia akan menjalankan model perniagaannya melalui skim MLM, sambil menambah bahawa 10 peratus lelaki terkaya di China mendapat kekayaan secara dalam talian.

"Tahun lepas, kami mengambil masa hanya sembilan bulan untuk mendapatkan seramai 30 juta ahli. Tahun ini, kami telah memecahkan rekod, dengan angka mencecah 100 juta. Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda ceburi, anda memerlukan orang ramai. Tanpa orang ramai, bagaimana anda akan mahu membuat pengendalian dan memperoleh pendapatan?," katanya dalam temu bual itu yang dikeluarkan pada 19 Mac tahun ini.

Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang sebelum ini berkata bahawa kedutaan China sentiasa mengikuti perkembangan kontroversi yang timbul daripada apa yang dikenali sebagai skim cepat kaya ini.

Beliau mengingatkan pelabur-pelabur di Malaysia supaya bijak dan memahami dahulu sebarang rancangan sebelum menyertai sesebuah skim pelaburan.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan bahawa Selangor Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor telah mula menyiasat Yun Shu Mao di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 lima bulan lalu

UMIE AIDA KEMBALIKAN WANG RM80,000, TARIK DIRI JADI DUTA YSLM
Share on Facebook Google+ Twitter


KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat YSLM yang sebelum ini berhasrat untuk menjalinkan beberapa kerjasama dengannya terutama dalam hal-hal yang melibatkan aktiviti amal dan kebajikan.

Umie Aida yang juga adik kepada penerbit serta pengarah filem terkemuka, Erma Fatima berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dihantar semalam.

"Pada Jumaat lepAS, Saya menghadiri satu mesyuarat dengan sebuah syarikat bernama YSLM yang berhasrat mahu mengambil saya sebagai artis di bawah naungan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan untuk membantu anak-anak yatim dan golongan susah.

"Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa membatalkan niat untyuk menjadi artis naungan syarikat tersebut.

"Mereka juga ada memberi saya wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai hadiah tetapi keesokan harinya saya mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang tersebut.

"Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.

"Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. Saya hanya duta kepada Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka," katanya. ─ Murai.com.my









Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse