Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 8 Januari 2012

PAS PECAT HASAN ALI:SATU TINDAKAN TERDESAK PAS DEMI PAKATAN RAKYAT?


salam kepada semua...

DATUK DR HASAN ALI AKHIRNYA DI PECAT DARIPADA PAS...

MUNGKINKAH ADA LAGI SUSUK TUBUH PEMIMPIN PAS YANG BAKAL DI HUMBAN KELUAR DARIPADA PARTI..?
ADAKAH TINDAKAN INI SEBAGAI SATU TINDAKAN DAN KEPUTUSAN TERDESAK PAS SEBAGAI MENJAGA HATI RAKAN-RAKAN DALAM PAKATAN TERUTAMA DAP DAN PKR..?

MUNGKIN HARI INI..PAS BOLEH MELUPAKAN SEKETIKA MASALAH YANG DI BAWA OLEH HASAN ALI..TAPI TIDAK PADA MASA-MASA AKAN DATANG...

MUNGKIN PEMECATAN HASAN ALI INI BAKAL MEMBAWA POLEMIK BARU KEPADA PAS...HASAN ALI PASTINYA AKAN MEMBONGKAR SEGALA PERMASALAHAN YANG TELAH BERLAKU DALAM PAS DAN TERUTAMA PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR...

KITA TUNGGU DAN LIHAT..APAKAH YANG AKAN BERLAKU KEPADA PARTI PAS SELEPAS INI...MUNGKIN ISU INI BARU PERMULAAN...SANDIWARA DAN LAKONAN POLITIK BARU AKAN MUNCUL SELEPAS INI....



PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

pas launch welfare state document 111211 hadi awang"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.
Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.
Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada  perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Hasan yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kerajaan negeri Selangor. setakat ini belum berhasil.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse