Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 10 Julai 2011

SUKA DAN DUKA BERSIH 2.0:SINAR DAN HARAPAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA









salam kepada semua...


BERSIH 2.0 kini melakar sejarahnya yang tersendiri.Tanggal 9 Julai 2011 merupakan tarikh keramat buat Bersih 2.0 di Bandaraya Kuala Lumpur.Apa yang pasti...Bersih 2.0 telah berakhir tanpa sebarang insiden yang besar serta tanpa kerosakan harta benda awam...Rakyat yang turun pada Hari ini sudah tentu benar-benar mahukan perubahan dalam Sistem Pilihan Raya Malaysia....Apa yang telah ditunjukkan oleh rakyat pada hari ini adalah perasaan dan emosi mereka yang tetap mahukan perubahan segera...Kerajaan Malaysia seharusnya melihat kembali tuntutan rakyat mengenai Pilihan Raya ini jika mahu terus kekal berkuasa..
BERSIH 2.0 tetap akan berlaku pada masa depan jika Pihak Kerajaan ataupun SPR(Suruhan Jaya Pilihan Raya) memandang remeh dan ringan dengan setiap permintaan rakyat untuk memastikan Perjalanan pilihan raya Negara ini dengan bersih dan adil..Sememangnya apa yang telah berlaku pada hari ini memberikan ingatan kepada kerajaan akan kelebihan dan kuasa yang ada pada rakyat...

Penulis Smart Generation juga melihat sendiri suasana yang berlaku di Ibu Negara pada hari ini sewaktu Perhimpunan Bersih 2.0 ini berlangsung...Melihat raut wajah dan emosi rakyat ketika perhimpunan ini dijalankan..walaupun pelbagai halangan yang di buat oleh pihak penguasa untuk menghalang BERSIH 2.0 ini terutama pihak polis namun kelihatan rakyat masih berani dan bersungguh-sungguh turun memberikan sokongan..tidak kira anak kecil,remaja,suami isteri dan warga emas..serta tidak kira bangsa dan warna kulit..apa yang pasti Bersih 2.0 pada kali ini menunjukkan kepada kita bahawa rakyat mahu berhimpun secara aman untuk menyatakan tuntutan mereka kepada pihak kerajaan...


Penulis Smart Generation juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pihak Polis kerana berjaya mengawal perhimpunan pada kali ini dengan baik tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini..Apa pun rakyat perlu faham bahawa tugas polis adalah untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara...Pihak Polis seharusnya juga tidak perlu bertindak kasar kepada rakyat...Namun apabila terdapat provokasi yang melampau..pihak polis terpaksa mengambil tindakan..Alhamdullilah semuanya berjalan lancar hari ini tanpa ada pertempuran antara rakyat seperti yang dilaporkan sebelum ini....

SEMOGA KERAJAAN AKAN MENILAI KEMBALI 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0 INI UNTUK MEMASTIKAN KERAJAAN MALAYSIA LEBIH MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT LEBIH DARIPADA KEPENTINGAN POLITIK




1 ulasan:

Abu Idris berkata...

arrayah.info - Analisis di antara KHILAFAH 2.0 dengan BERSIH 2.0

arrayah.info - Demonstrasi KHILAFAH 2.0 berjaya bukan BERSIH 2.0

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse