Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 3 November 2010

AMERIKA SYARIKAT DAN ANWAR IBRAHIM


Penulis mahu membuat ulasan berkaitan hubungan Amerika Syarikat dengan Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana sewaktu lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton disahkan ada menghubungi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk bertanya tentang keadaan beliau, isterinya dan juga kes liwat kedua yang sedang dihadapinya.Sememangnya penulis melihat ada hubungan yang sangat rapat antara Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kerajaan Amerika Syarikat,kerana dalam lawatan rasmi Hillary Clinton sendiri beliau masih menghubungi Anwar Ibrahim untuk mengetahui dengan lebih rapat lagi mengenai tuduhan yang sedang beliau hadapi.

Anwar juga memaklumkan tiada pertemuan empat mata dengan Clinton tetapi memberitahu, bekas wanita pertama Amerika itu meminta maaf kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana gagal bersapa dengan beliau pada satu majlis di ibu negara pagi semalam.Tambah Anwar , Clinton juga memperlihatkan keprihatinan berhubung kes liwat II yang sedang dihadapinya sekarang dan memaklumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengikuti dengan rapat kes tersebut – yang kedua dalam sedekad ini.Bernama sebelum ini melaporkan kerajaan tidak mempunyai halangan bagi Clinton untuk menemui ketua pembangkang itu kerana sudah menjadi adat bagi para pemimpin untuk bertemu kedua-dua pemimpin kerajaan dan pembangkang dalam mana-mana lawatan negara.Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagaimanapun berkata tindakan itu pada masa ini tidak akan membawa petanda baik memandangkan perbicaraan kes liwat II Anwar masih berjalan dan kerajaan tidak mahu ia memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berjanji bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.Anwar, yang didakwa mengadakan perhubungan sejenis dengan pembantunya berkata semua tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan menamatkan kerjaya politiknya dan melemahkan Pakatan Rakyat.Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.

Penulis melihat campur tangan Amerika Syarikat dalam kes perbicaraan Anwar Ibrahim ini sebagai salah satu aspek penting yang harus di nilai oleh kerajaan.Kes berprofil tinggi ini dengan campur tangan asing akan memburukkan sistem perundangan dan keadilan di Malaysia.Walaupun Amerika Syarikat menyatakan negara mereka sebagi pejuang hak asasi kemanusiaan tetapi yang jelasnya Amerika syarikat akan menggunakan kelemahan pentadbiran kerajaan negara-negara lain di dunia ini sebagai salah satu aspek terpenting bahawa Kerajaan mereka harus masuk campur dalam urusan pentadibiran Negara lain.Perkara ini merupakan penjajahan secara halus yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memastikan mereka menguasai negara-negara di dunia ini.Kelihatan Amerika Syarikat begitu berminat mengikuti perkembangan kes liwat Anwar Ibrahim di Malaysia.Sudah tentu Anwar Ibrahim mempunyai pertalian yang rapat dengan Amerika Syarikat.Malaysia juga kelihatan mengikrar keadilan buat Anwar Ibrahim selepas bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat ini.

1 ulasan:

ZEN berkata...

pencabulan kedaulatan Malaysia oleh As

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse