Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 26 Oktober 2010

GALAS DAN BATU SAPI :PILIHAN DI TANGAN RAKYAT!!!!!

salam kepada semua...

Penulis hari ini membuat sedikit analisa berkaitan Pilihan raya kecil di dua kawasan pada hari ini iaitu melibatkan parlimen P185 di Batu Sapi dan N45 di dun galas.Pilihan raya kecil pada kali ini melibatkan 3 Penjuru di Parlimen Batu Sapi dan 2 penjuru di Dun Galas.Calon Barisan Nasional di Batu Sapi adalah
Datin Linda Tsen Thau Lin balu Datuk Edmund Chong Ket Wah yang berusia 54 tahun itu dinamakan sebagai calon BN. Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura.Manakala Pakatan Rakyat di wakili oleh dua parti iaitu PKR dan SAPP yang mana masing-masing berdegil untuk meletakkan calon untuk mewakili parti mereka.iaitu Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP).Cabaran yang besar untuk Pakatan Rakyat di Batu Sapi pada kali ini apabila terdapat dua wakil mereka dalam pertandingan ini.Mungkin akan berlaku banyak pecahan undi pada kali ini.

Di Dun Galas pula menyaksikan Calon Barisan Nasional iaitu Abdul Aziz Yusof  manakala calon PAS di wakili oleh  Dr Zulkefli Mohamad.Sebelum ini Dr Zulkefli mendapat serangan awal daripada Barisan Nasional apabila menyatakan beliau pernah di tangkap khalwat,Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan ingin mengambil tindakan mahkamah atas tuduhan yang tidak berasas itu.

Pada hari ini telah selesai penamaan calon dan kelihatan kebanyakan penyokong parti masing-masing mengiringi calon-calon mereka ke pusat penamaan.Pegawai pengurus pilihan raya di setiap kawasan itu telah mengesahkan penamaan calon kepada semua calon-calon yang bertanding.Bermula hari ini maka paluan gendang peperangan kedua-dua parti ini akan bermula.Sudah semestinya mereka akan memastikan kemenangan bagi pihak mereka.

Pakatan rakyat sudah tentu mengharapkan kemenangan dalam kedua-dua pilihan raya kecil ini bagi memastikan keazaman mereka untuk Menawan Putrajaya akan tercapai.Manakala bagi Barisan Nasional pula,kemenangan di kedua-dua kawasan ini sangat penting bagi memastikan Kepercayaan rakyat kepada parti itu dan sebagai signal Pilihan Raya Umum yang ke-13.Penulis mengjangkakan bahawa Pas akan memenangi pilihan raya Dun Galas tetapi dengan majoriti yang sedikit manakala di Batu Sapi akan berlaku pertarungan sengit kerana melibatkan 3 penjuru,walaupun dua daripada calon itu adalah daripada pihak pakatan rakyat.Kemungkinan untuk calon pakatan rakyat menang masih cerah manakala calon Barisan Nasional mungkin berada dalam keadaan yang selesa.Namun,apa sahaja boleh terjadi dalam politik tanah air ini.Apa yang penting adalah SPR benar-benar bersih mengawal pilihan raya kecil yang diadakan di kedua-dua kawasan ini kerana Rakyat sememangnya mahukan keadilan dalam menentukan pemimpin masa depan di kawasan mereka.

Penulis mengharapakan kedua-dua parti yang bertanding iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional benar-benar ikhlas dalam menwarkan janji-janji pilihan raya dan manifesto mereka.Tidak ada lagi projek mee segera yang mana hanya akan dipertikaikan oleh kebanyakan rakyat.Apa yang terpenting adalah apabila pemimpin yang dipilih ini adalah mereka yang benar-benar mahu menjadi kuli kepada rakyat.Pemimpin-pemimpin ini selepas ini tidak boleh lagi duduk senang bergoyang kaki,tetapi haruslah turun ke setiap lapangan masyarakat untuk membantu menyelesaikan permasalahan mereka.Semoga rakyat bijak dalam memilih calon mereka yang sesuai.


``SELAMAT BERPESTA DI PARLIMEN BATU SAPI DAN DUN GALAS,SEMOGA KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA PARTI YANG BENAR-BENAR MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT DAN SEDIA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT KESELURUHANNYA``

Sekian.




2 ulasan:

ismi jannati berkata...

Jom pilih pakatan Islam =)

contest: "saya mahu jadi wanita solehah"

Shahrizah berkata...

Semoga pilihanraya berjalan lancar tanpa ada apa-apa insiden yg tadak baik.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse