Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 6 Disember 2009

sekilas di karnival jom heboh.....







 salam.....

hai....kepada semua........hari ini penulis cuma mahu berkongsi mengenai cerita penulis ke karnival jom heboh tv3 yang diadakan di stadium bukit jalil pada 5 disember.karnival jom heboh anjuran tv3 ini memang merupakan karnival yang sering mendapat liputan dan dinantikan oleh setiap lapisan masyarakat...

walaupun sebelum ini karnival ini pernah mendapat tentangan daripada banyak pihak kerana menjadi punca kemusnahan dan keruntuhan moral remaja...sehingga pernah di fatwakan haram oleh mufti perak tetapi di lihat daripada pandangan penulis ketika berkunjung ke karnival ini kelihatan suatu transformasi yang sedikit berbeza daripada sebelum ini walaupun tidak secara keseluruhan.....

penyediaan surau dan juga laungan azan ketika masuk waktu azan serta galakan solat berjamaah harus mendapat pujian...malahan terdapat satu booth khas yang mana pengunjung dapat menambahkan pengatahuan mereka mengenai sirah nabi muhammad serta sedikit kuliah agama.

apa yang menarik pada karnival jom heboh ini adalah kerana jualan yang murah daripada syarikat-syarikat penaja dan package harga rm 10 memang cukup terkenal di karnival ini.malahan para penggerai pula dapat menambahkan rezeki mereka ketika berlangsung karnival ini.kunjungan ratusan ribu orang membolehkan para peniaga mendapat keuntungan daripada hasil jualan mereka walaupun hanya menjual dengan harga yang cukup murah....

penulis mengharapakan supaya karnival ini akan dapat diteruskan dan lebih banyak transformasi yang baik dapat dijalankan oleh pihak penganjur.tahniah dan syabas diucapkan kepada tv3 atas anjuran hebat ini.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse