Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 20 Ogos 2009

pengalaman di TASEK BERA

pada 17-19 hb ogos yang lalu asri telah pergi ke tasek bera untuk kursus limniologi universiti malaya.pengalaman di tasek bera ini memang sangat seronok dan banyak pengalaman yang sangat berharga..

bertolak ke tasek bera bermula pada PUKUL 9.45 PAGI dan telah sampai pada jam 3.00 petang.itupun walupun sudah beberapa kali sesat jalan...kerana pemandu bas itu tidak tahu sangat jalan...

pensyarah untuk kursus limniologi ini ialah PROF ZAKARIA....memang sangat best dan sporting....rasa bertuah dapat lecture macam prof zakaria...

tempat kami menginap ialah di kampung pathir berdekatan kawasan perumahan orang asli...kami tidur di dalam khemah yang besar dan beralaskan plywood kayu manakala perempuan di dalam pondok nipah....memang selesa walaupun pada siang hari agak panas di dalam khemah..tetapi pada malam hari sangat sejuk....

pada keesokan harinya iaitu 18 hb ogos..kami diberikan dua kumpulan.kumpulan ini dibahagikan kepada 2 tempat. untuk group asri pagi kami pergi ke tasek dan petang akan ke sungai...

kami telah menaiki bot untuk ke tasek bera...wah!!!!..memang best....pembawa bot asri ialah pak cik stem...memang baik sangat...orang asli berketurunan semelai...

kami telah berhenti di lubuk raggae di tasek bera untuk memulakan kajian...alatan yang kami gunakan sangat mahal dan berharga hampir setengah juta ringgit ke semuanya....antara alatan nya ialah...hydrolab,vendorn water sampler,ponar grab,patalas water sampler dan banyak lagi...semuanya adalah untuk menguji kandungan air dan bahan2 yang terdapat di kawasan berkenaan.....memang bertuah dapat pengalaman sebegini....

pada sebelah petang kami bergerak pula ke sungai bera.untuk mengkaji air di kawasan itu pula...di isni kami menggunakan 2 alat sahaja iaitu hesh water sampler dan surber water sampler....selepas itu kami berenang2 di sungai ini bersama prof zakaria....

pada hari terakhir sebelum pulang kami telah masuk ke hutan untuk melihat tumbuhan herba di hutan dan melihat jerat yang di buat untuk menangkap haiwan di hutan.....pengalaman paling berharga ialah melihat bagaiman kaum asli semelai ini mengambil minyak daripada pokok keruing untuk di jadikan pelita dan lampu pada waktu malam....

pengalaman di tasek bera ini tidak akan dilupakan......!!!!!!


1 ulasan:

Sharif John berkata...

Dah sampai dh... pengalaman berlari sampai koyak kasut wakaka... duri bnyak gile...

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse