Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 29 Julai 2009

perjumpaan bersama DATIN SERI ROSMAH MANSUR

pada 28.07.2009 iaitu hari semalam saya berpeluang untuk berjumpa dengan Datin Seri Rosmah Mansur iaitu isteri kepada Perdana Menteri Malaysia di kediaman beliau di jalan duta kuala lumpur..

perbincangan hampir 3 jam bersama beliau memberikan banyak input berguna dan berkongsi idea dan pemikiran mengenai isu-isu semasa...

beliau juga menjelaskan mengenai isu-isu hangat yang telah difitnah dan ditujukan kepada beliau..

melalui penjelasan oleh beliau barulah mendapat maklumat yang jelas dan benar-benar daripada beliau sendiri....

beliau tidak mahu melihat generasi muda terlibat dengan caci maki dan lemparan fitnah ini kerana akan merosakkan masa depan mereka...

beliau juga tidak mahu bermusuhan dan menghina orang yang telah melemparkan tuduhan dan fitnah kepada beliau...

`isu ALTANTUYA`,perempuan puaka`,dan juga `kes terbaru yang berlaku di UM` menunjukkan cabaran yang beliau terpaksa hadapi..

perjumpaan bersama beliau memberikan pengertiaan yang besar kepada saya sebagai pelajar yang mahukan penjelasan....

tidaklah secara membuta tuli melemparkan tuduhan sebelum di kaji perkara itu.....

Isnin, 27 Julai 2009

PRO ATAU ANTI-ISA?

1 OGOS INI BAKAL MENYAKSIKAN DUA PUAK TERBESAR AKAN BERTEMBUNG IAITU KUMPULAN PRO-ISA DAN ANTI ISA....?

DEMONTRASI AMAN ATAU DEMONTRASI PERGADUHAN?

DEMONTRASI BESAR-BESARAN INI ADAKAH MAMPU MENYEKAT ATAU MENGHAPUSKAN TERUS ISA?

ATAU MAHU AKTA INI TERUS DIKEKALKAN DENGAN KEHADIRAN PRO-ISA.....

ISA ITU ZALIM ?

ISA ITU TIDAK ZALIM KEPADA PENDERHAKA NEGARA.....

ISA ITU TIDAK ZALIM KEPADA PEJAHANAM NEGARA....

ISA TIDAK AKAN ZALIM KEPADA PENGGANAS NEGARA.....

ISA ITU ZALIM KEPADA YANG TIDAK BERDOSA.....

ISA ITU ZALIM KEPADA YANG TERANIAYA.....

ISA ITU ZALIM KEPADA MEREKA YANG MENGGUNAKAN AKTA INI UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI BUKAN KEPENTINGAN NEGARA......

PERLU KAH ISA DIKEKALKAN?

ATAU PERLU DIKAJI SEMULA?

ADAKAH KEBANGKITAN RAKYAT PADA 1 OGOS INI BAKAL MERUBAH MASA DEPAN ISA?

ATAU KERANA KEBANGKITAN RAKYAT PADA 1 OGOS INI MEMBUATKAN KERAJAAN TERPAKSA MENERUSKAN AKTA INI SUPAYA TIDAK TIMBUL LAGI KEKECOHAN......

APAKAH AGENDA DI SEBALIK ISA?MEREKA YANG MENENTANG DAN MENDOKONG ISA SUDAH TENTU MEMPUNYAI AGENDA TERSENDIRI......

ISA ZALIM DARI SUDUT PANDANGAN PEMBANGKANG?

ATAU ADAKAH PEMBANGKANG NANTI BILA BERKUASA AKAN MEWUJUDKAN AKTA YANG HAMPIR SAMA DENGAN ISA UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN POLITIK MEREKA......

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI.......

Ahad, 26 Julai 2009

mahasiswakini.......

mahasiswa sentiasa menjadi medan untuk menjayakan agenda serta perubahan kepada masyarakat.pada masa kini mahasiswa dilihat sebagai satu agen yang sangat penting bagi meneruskan delegasi kempimpinan nasional.
mahasiswa seharusnya bijak berfikir dan mengambil peluang melalui pendekatan baru yang di bawa oleh kerajaan.mahasiswa sepatutnya menjadi tulang belakang kerajaan dalam memberi pemahaman kepada seluruh masyarakat.
mahasiswa yang hebat dan di pandang tinggi ialah mahasiswa yang sentiasa turun ke lapangan masyarakat dan menyedari denyut nadi masyarakat.mahasiswa bukan semata-mata ingin mengejar segulung ijazah semata-mata kerana sijil itu tidak berharga jika mahasiswa terus menjadi bisu mengenai isu kemasyarakatan dan semasa.
mahasiswa yang lahir dan bergraduan daripada universiti bukan semata-mata perlu bekerja untuk kepentingan diri sendiri,tetapi juga untuk kepentingan masyarakat.
mahasiswa kini dilihat lebih cenderung menentang pihak kerajaan walhal segala kemudahan dan frasarana telah diberikan oleh pihak kerajaan sebagai satu kesenangan untuk pelajar.isu-isu yang ringan sentiasa dipebesar dan dipolitikkan sehingga kerajaan tidak memandang isu itu sebagai isu yang harus diberikan perhatian kerana telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.
mahasiswa seharusnya menjadi check and balance itu perlu dilihat lebih terbuka dan tidak menyebelahi pihak tertentu semata-mata.
mahasiswa seharusnya bersatu hati jiwa dan tenaga di dalam kampus tempat mereka belajar untuk menjadikan kesatuan mahasiswa itu sebagai ikatan kekuatan yang bakal merubah landskap dan iklim dunia.kerana mahasiswa adalah pemimpin masa depan,jika dilihat fenomena yang di bawa oleh mahasiswa di masa sekarang menampakkan corak kempimpinan negara di masa akan datang.....

Selasa, 21 Julai 2009

ragam negara,,,,,,

MALASYIA:
satu negara pelbagai bangsa yang terus mengekalkan semangat kemerdekaan dan perpaduan...
satu negara yang terus memperkasakan pembagunan,
satu negara yang terus cemerlang dalam pendidikan,
satu negara yang terus mempebesarkan bidang perindustrian,
satu negara yang terus melakar kecemerlangan,
satu negara yang terus mempertahankan keamanan,
satu negara yang terus mempelihara kedaulatan,
satu negara yang terus mencapai keunggulan........

siapakah yang terus mengekalkan semangat kemerdekaan dan perpaduaan ini?
adakah hanya kerajaan sahaja yang diberi tanggungjawab?
semangat kemerdekaan dan perpaduaan ini tidak akan terus berkekalan....
jika tidak ada tanggungjawab di antara kerajaan dan rakyat....
rakyat sudah tentu mahukan keamanan dan kedamaian.....
tetapi ada juga golongan atasan dikalangan rakyat yang mahukan kekuasaan....
membakar obor kebenciaan rakyat kepada kerajaan.....
adakah tidak boleh proses rundingan dijalankan?
adakah kerajaan terlalu sombong untuk menerima pandangan dan cadangan rakyat?
atau...adakah kerana mereka mahu melihat rakyat terus membenci kerajaan....

siapa yang memperkasakan pembangunan?
adakah kerajaan mampu merealiasasikan pembangunan ini tanpa sokongan daripada rakyat?
jika rakyat tidak mahukan pembangunan mampukah kita hidup dalam keadaan selesa sekarang?
ada pihak yang mempertikaikan pembangunan....
sedarkah mereka....tempat yang mereka berlindung dan diami sekarang adalah hasil daripada pembangunan.....
jika tidak mahukan pembangunan...tinggal sahaja di hutan belantara dan gua-gua yang tidak berpenghuni......
suaranya berkobar-kobar.......memekit-mekit.....bencikan pembangunan..walhal.....
jika tiada pembangunan ini sudah tentu akan sengsara menderita.....

siapakah yang ingin cemerlang dalam pendidikan?
adakah nenek tua dan pak cik-pak cik di jalanan.....
sudah tentu tidak...kerana sudah terlambat bagi mereka.....
tetapi anak cucu dan cicit mereka bagaimana?
adakah mahu meneruskan kehidupan yang sama seperti mereka?
sudah tentu tidak.......kerana merekalah generasi harapan........
sudah tentulah rancangan dan kajian untuk meningkatkan sistem pendidikan perlu di sokong....

Rabu, 15 Julai 2009

pandangan politik semasa

pilihan raya kecil dun manek urai telah pun selesai dengan kemenangan memihak kepada calon daripada pas iaitu YB FAUZI seorang peniaga ikan.tahniah dan takziah diucapkan kerana berjaya menjadi wakil kepada rakyat.

pilihan raya kecil kali ini dilihat masih tidak lagi memihak kepada barisan nasional walaupun telah kalah dalam kesemua pilhanraya kecil yang lalu...cuma pilihan raya kecil di batang ai sahaja yang memihak kepada barisan nasional...

melalui penelitian dan analisa yang boleh saya buat sendiri mungkinkah kekalahan ini merupakan tanda protes rakyat kepada kempimpinan barisan nasional.mungkin juga strategi yang digunakan oleh pakatan rakyat sangat berkesan dan boleh diterima oleh rakyat.mungkin juga kerana kawasan pilihan raya kecil ini merupakan kubu kuat parti pembangkang...

kemungkinan mungkin boleh jadi hanya andaian semata-mata.cuma perkara yang perlu direnungkan adalah melihat keberanaian kepada pimpinan barisan nasional untuk berani membuat perubahan secara drastik.

perubahan ini bukan sahaja melibatkan kempimpinan tetapi juga dari segi cara dan strategi.
penggunaan media massa sekarang di lihat tidak berapa membantu pihak kerajaan kerana pihak pembangkang akan menggunakan isu yang dikeluarkan oleh media daripada kerajaan sebagai fitnah...

kerajaan perlu membariskan barisan kempimpinan yang bersih dari segala kes terutama rasuah..kekuatan kempimpinan sebenarnya bermula daripada orang yang memimpin.
seorang pemimpin yang berjiwa besar mampu untuk merubah negara.

kempimpinan dato seri najib perlu berani membuat perubahan.walaupun di lihat melalui kempimpinan perdana menteri baru ini kebajikan rakyat terjamin tetapi rakyat bukan sahaja mahu melihat jaminan daripada kerajaan tetapi perubahan negara......

malaysia perlu menjadi negara yang membangun serta dibanggakan oleh dunia.jika pemimpin malaysia mampu menunjukkan kepada dunia bahawa ekonomi negara serta pembangunan yang terus stabil akan memberikan gambaran kehebatan kempimpinan pada waktu itu....

setiap pimpinan negara mahu melihat kehebatan bangsa dan rakyatnya...jika kempimpinan negra ini kuat dan mampu menjadi terkenal di kalangan pimpinan dunia,malaysia mampu menjadi pesaing kepada negara-negara maju...

iklim politik malaysia nampaknya sudah berubah.politik dibicarakan hampir setiap hari..walaupun politik itu memang penting,tetapi secara logiknya SEMUA ORANG POLITIK mahukan partinya menjadi pemerintah.tidak kira dari barisan kerajaan ataupun pembangkang politik merupakan agenda utama.tetapi jika kerana poltik ini nasib rakyat masih tidak terbela dan terjaga...apa gunanya politik?adakah semata-mata mahukan kekuasaan dan menegakkan keadilan?jika rakyat masih di taraf pendidikan yang rendah dan terbuang dalam masyarakat sepatutnya semua parti politik membisu mengenai agenda politik mereka..tetapi perlulah bersama-sama berganding bahu untuk membela masyarakat negara.

kerajaan ataupun pembangkang semua ahlinya merupakan rakyat malaysia.asalnya daripada tanah bumi melayu ini.jika menitis darah pun dan tumpahnya darah pun di bumi yang namanya malaysia.....apa gunanya kita bersengketa?

setiap rakyat mahukan kerajaan yang adil dan beramanah...setiap pemimpin ada kebolehan masing-masing....bila mereka nak bersatu hati?

penyatuan ini adalah untuk rakyat........bukan untuk mengejar kekuasaan dan pangkat.....

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse