Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 3 Mac 2013

KAWALAN KESELAMATAN PENDUDUK DI SABAH MASIH LONGGAR:-PENDUDUK TERPAKSA MEMBUNUH PENCEROBOH SENDIRI!

Berita yang mengejutkan daripada sabah,kenapa orang kampung yang bunuh penceroboh ini..? Kenapa bukan polis atau tentera.?..adakah kawalan keselamatan masih lagi rapuh sehinggakan mereka boleh berleluasa pergi ke kampung kampung dan membuat huru hara..

Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, di Semporna.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.





KENAPA POLIS YANG DIBERI KUASA DAN BUKAN TENTERA DI LAHAD DATU?

Sila baca dan faham

`Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini..


KERAJAAN FILIPHINA TUNTUT HAK KE ATAS SABAH,MAHU BAWA KEPADA MAHKAMAH ANTARABANGSA!

KERAJAAN FILIPHINA DI LAPORKAN TELAH MENGKAJI SEMULA SEJARAH UNTUK MEMBAWA ISU TUNTUTAN SABAH KEPADA MAHKAMAH PENGADILAN ANTARABANGSA!

MEDIA FILIPHINA MELAPORKAN BAHAWA RAKYAT MEREKA SEBAGAI HERO (kesultanan sulu) KERANA BERANI MAHU MERAMPAS KEMBALI SABAH!

ADAKAH INI SALAH SATU USAHA TERANCANG UNTUK MENGERUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA-FILIPHINA

ISU INI MULA BERLAKU APABILA MALAYSIA MULA MENJADI ORANG TENGAH UNTUK MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA BANGSA MORO DI SANA!

AYUH KITA DOAKAN SUPAYA NIAT JAHAT MEREKA TIDAK KESAMPAIAN!

Sabtu, 2 Mac 2013

PENCEROBOH LAHAD DATU BUKAN MILITAN ATAU PENGGANAS:-MENTERI DALAM NEGERI HISHAMMUDDIN HUSSEIN

‘Usah layan khabar angin’
Kerajaan mengesahkan sekumpulan lelaki yang menceroboh Tanjung Labian, Lahad Datu, Selasa lalu, bukan militan atau pengganas walaupun ada antara mereka bersenjata.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihak tertentu diminta tidak mempolitikkan isu pencerobohan itu sehingga boleh menjejaskan proses pengusiran kumpulan berkenaan.
“Keadaan ini terkawal dan saya ingin menekankan bahawa apa yang dinyatakan boleh menjejaskan operasi kerana dalam dunia masa kini, maklumat boleh disebarkan dalam sekelip mata. Apa yang saya cakap jika tidak berhati-hati boleh digunakan pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus menjejaskan operasi keselamatan.

“Ini sesuatu yang semua pihak perlu faham, turunkan ‘temperature’ (suhu), elak dipolemik, elak dipolitikkan isu ini, elak untuk takut-takutkan orang ramai kerana apa yang dinyatakan khususnya dalam laman sosial bukan situasi sebenar.

“Jadi jika dikatakan ada khabar angin mendakwa ada pengganas masuk ke Kota Kinabalu, saya boleh nyatakan ia tidak benar. Bagaimana saya boleh berada di Kota Kinabalu (jika ada pengganas). Kita tidak perlu melayan khabar angin yang tidak berasas,” katanya ketika sidang media di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Terdahulu, Hishammuddin turut mendengar taklimat diberikan Hamza mengenai situasi terkini di Lahad Datu.

Beliau berkata, apa yang penting adalah menyelesaikan isu berkenaan tanpa berlakunya pertumpahan darah atau kehilangan nyawa.

“Apa yang penting sekarang bukan isu politik, kaum dan ia tiada kaitan dengan pendirian kedaulatan. Tetapi dalam konteks kita, ini adalah sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Kita perlu mengendalikan dengan lebih bijak tanpa berlaku pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Saya tahu maklumat sebenar dan apa digembar-gemburkan di luar sana adalah sesuatu perkara yang tiada asas langsung.

“Saya juga mengesahkan dalam konteks kedudukan keselamatan dan hak Sabah serta rakyat di sini, kita tidak akan berkompromi. Justeru, biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka,” katanya.

Ketika ditanya kononnya mereka tidak mahu berundur dan mendakwa Sabah milik mereka hingga sanggup berperang syahid seperti dilaporkan dalam laman video Youtube, Hishammuddin berharap majoriti rakyat Sabah tidak terikut-ikut dengan perkara itu.


Jumaat, 1 Mac 2013

LAHAD DATU SABAH DALAM ZON PERANG:ANGKA KORBAN MENINGKAT

Ayuh seluruh rakyat malaysia kita mendoakan keselamatan kepada pasukan keselamatan dan penduduk lahad datu sekarang ini kerana sedang berada dalam zon perang.semoga tidak ada lagi yang terkorban dan mohon kerajaan malaysia selesaikan segera perkara ini..!


Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.







CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse