Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 6 Februari 2011

PESERTA DEMONTRASI MESIR YANG TERBUNUH MATI SYAHID...!!!!!-FATWA TERBARU DARI SYAIKH YUSUF AL-QARADHAWI KETUA ULAMA DUNIA...


salam kepada semua....


KETUA  KESATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA  SYAIKH YUSUF AL-QARADHAWI MENGELUARKAN FATWA TERBARU BERHUBUNG ISU MESIR IAITU RAKYAT MESIR YANG TERBUNUH MENENTANG KERAJAAN HOSNI MUBARAK SEBAGAI MATI SYAHID....


KENYATAAN DAN FATWA INI DIKELUARKAN KERANA BERDASARKAN HADIS NABI S.A.W YANG MENYATAKAN BAHAWA RAKYAT YANG MENENTANG KERAJAAN YANG ZALIM LANTAS DI BUNAH DIKIRA SEBAGAI SEBAIK-BAIK MATI SYAHID.....



FATWA INI SEKALIGUS AKAN MENYEBABKAN RAKYAT MESIR SEMAKIN BERANI MENUMBANGKAN KERAJAAN HOSNI MUBARAK......


HOSNI MUBARAK SEOLAH-OLAH HANYA BONEKA AMERIKA DAN ISRAEL....


HANYA APABILA AMERIKA MEMINTA BELIAU MELETAKKAN JAWATAN..BARU BELIAU AKUR..TAPI JUTAAN RAKYAT MESIR YANG MEMBENCINYA TIDAK DIHIRAUKAN....


MALAH MENGGUNAKAN KUASA TENTERA UNTUK MELAWAN KEBANGKITAN RAKYAT.......



```SELURUH UMAT ISLAM DI DUNAI INI BERSAMA RAKYAT MESIR....```




Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-



etua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau menyifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.

Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.

Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.

Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat.

Perhimpunan tersebut yang diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.

Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.

Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.

Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid

Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.

Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.

Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.

Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak, pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Sumber : onislam.net & iumsonline.net







PKR TIDAK LAGI RELEVAN DI SABAH....?????..KETUA PKR SABAH UMUM KELUAR PARTI...!!!!!!





salam kepada semua....




SURATAN ATAU KEBETULAN...??????
TAPI ITULAH YANG BERLAKU KEPADA PARTI PKR DI SABAH......



SEMAKIN LAMA....PARTI PKR DI SABAH..SEMAKIN BANYAK KRISIS YANG BERLAKU....




SELEPAS SEORANG DEMI SEORANG PIMPINAN PKR DI SABAH KELUAR PARTI....KINI KETUA PKR SABAH YANG BARU DILANTIK TIDAK SAMPAI ENAM BULAN PAJUDIN NORDIN PULA UMUM KELUAR PARTI PKR DAN MAHU MENYERTAI UMNO.....



APA SUDAH JADI DENGAN PKR DI SABAH...?????



DIKALANGAN PIMPINAN SENDIRI PUN TIDAK BOLEH MENERIMA PARTI INI DI SABAH....


BAGAIMANA PULA DENGAN RAKYAT DI SABAH...????



ADAKAH MEREKA MASIH MENYOKONG PARTI KEADILAN RAKYAT INI DI SABAH...????



KENAPA PERKARA INI BERLAKU....????




KECEWA DENGAN PIMPINAN PKR IAITU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN WAN AZIZAH....



KETUA UMUM PKR ``CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN`` DI SABAH...TIDAK SERIUS MENANGANI ISU RAKYAT DAN MASALAH DI SABAH.....



ADAKAH PAKATAN RAKYAT TIDAK RELEVAN LAGI DI SABAH...?????





Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-





PKR Sabah yang sedang dibelenggu masalah menerima satu lagi tamparan apabila ketua perhubungan negerinya, Pajudin Nordin mengumumkan keluar dari parti dan berhasrat menyertai Umno.

Pajudin, 42, yang belumpun sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, petang tadi.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak serius dalam menangani masalah-masalah dan isu Sabah.

"Saya kesal kerana Datuk Seri Anwar selama ini mengatakan bahawa beliau menghormati hak-hak negeri Sabah, tetapi tingkah lakunya jelas menunjukkan bahawa beliau mengamalkan 'cakap tidak serupa bikin'.
"Maka saya menganggap PKR di Sabah ini sudah tidak relevan untuk kita jadikan sebagai satu parti masa hadapan atau parti yang dikatakan akan menuju ke Putrajaya... Maka saya mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan saya di dalam parti," katanya.

"Setelah melihat perkembangan politik, saya seterusnya memohon untuk menyertai Umno dan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa kerana hanya BN yang telah lama memperjuangkan hak rakyat dan banyak menyumbang kepada rakyat," jelas beliau.

Katanya beliau telah mengemukakan surat perletakan jawatan lewat petang tadi melalui faks, SMS, dan e-mel ke PKR pusat dan percaya ramai lagi ahli PKR terutamanya ketua-ketua dan ahli jawatankuasa cabang akan turut serta meninggalkan parti kerana ada yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap cara kepimpinan pusat.

"Saya percaya keputusan untuk keluar dari PKR akan disusuli oleh ramai lagi rakan-rakan kepimpinan yang berada dalam PKR Sabah bila melihat senario politik PKR yang kita anggap sebagai satu parti yang sudah kucar-kacir, tidak ada hala tuju dan tidak ada pembelaan daripada pemimpin-pemimpin di peringkat pusat," tambahnya lagi.

Sebelum ini perlantikan Pajudin sebagai ketua PKR Sabah pada 10 Jan lalu, merupakan satu kejutan kerana ini pertama kalinya pemimpin bagi negeri Sabah dilantik dari bukan kalangan ketua-ketua cabang dalam parti itu. Pajudin merupakan naib ketua cabang PKR Tuaran.

Baru-baru ini, 18 daripada 24 ketua cabang PKR Sabah telah membuat bantahan terhadap perlantikan Pajudin yang lebih mesra dikenali sebagai 'ustaz'.
Pajudin yang menyertai PKR sejak 1999 berkata walaupun selepas dilantik sebagai ketua PKR Sabah, beliau tidak pernah mendapat kerjasama dan sokongan dari Anwar dan Dr Wan Azizah, dan ini menunjukkan mereka 'sengaja mempermain-mainkan' pemimpin PKR Sabah.

Ditanya sama ada beliau keluar dari parti disebabkan bantahan daripada 18 ketua cabang terhadap perlantikan beliau, Pajudin berkata: "Tidak. Bagi saya setelah dilantik oleh presiden melalui perlembagaan parti, maka saya anggap perkara itu sudah selesai."

Sementara itu Musa berkatatu demsatu pemimpin PKR keluar daripada parti, jelas menunjukkan bahawa PKR dan Pakatan Rakyat tidak relevan lagi di negara ini atau di negeri Sabah, kerana mereka sedar parti itu tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada rakyat.

"Saya mengalu-alukan permohonan beliau menjadi ahli Umno ... Kita akan terima permohonannya dan ini kita akan proses seperti biasa," tambah Musa.

Ditanya sama ada Umno Sabah lebih yakin menghadapi pilihan raya akan datang berikutan perkembangan ini, Musa menjelaskan Umno sentiasa bersedia dan mempunyai keyakinan kerana parti itu telah bekerja keras, sentiasa mendampingi dan membantu rakyat.

- BerNAMA


















Sabtu, 5 Februari 2011

PENULIS SMART GENERATION DALAM TEMUBUAL RTM BERKAITAN PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI...

 

salam kepada semua...


Video Di atas merupakan satu temuramah RTM mengenai perpaduan di dalam Negara ini terutama pandangan generasi muda berkaitan kestabilan kaum di negara ini...


Rancangan ini di siarkan dalam Berita Nasional di TV 1 Jam 8.00 malam pada  4 Februari 2011...



Penulis Smart Generation memberikan pandangan bahawa kestabilan kaum di Negara ini yang telah wujud sejak sekian lama haruslah dipertahankan dan keikhlasan dan perhubungan kaum di negara ini telah wujud dan harus wujud sejak awal usia kanak-kanak lagi supaya ikatan perpaduan ini terbina kukuh dan bukan merupakan suatu retorik.....


PERPADUAN MENJAMIN KESTABILAN KAUM DI NEGARA INI....KUATNYA IKATAN PERPADUAN INI....MAKA KUATLAH RAKYAT DAN MASYARAKAT DI NEGARA INI....



``BERSAMA MEMPERTAHANKAN PERPADUAN DI NEGARA INI..``







Selasa, 1 Februari 2011

TUN MAHATHIR NASIHAT NIK AZIZ MENGENAI ISLAM....?????????




salam kepada semua....



WAH..WAH..WAH......WAH.....
MACAM TIDAK PERCAYA APABILA TUN MAHATHIR BERANI MENASIHATI TUAN GURU NIK AZIZ......


ISLAM NIK AZIZ LEBIH TERUK DARIPADA ISLAM NASIONALIS KATA TUN MAHATHIR KEPADA NIK AZIZ......



APAKAH ISLAM YANG DI BAWA OLEH NIK AZIZ....?????



APAKAH KEBURUKAN ISLAM NASIONALIS....????



Berikut merupakan kenyataan Tun Mahathir Mohamad...:-



1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.

2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?

3. Sebaliknya apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz? Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.
4. PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

5. Apabila PAS bertanding dalam Pilihanraya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia.

6. Kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam Pilihanraya 1990 dan 1995. Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.

7. Alhamdulillah Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO di keluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

8. Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat. Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

9. Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz.

10. Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

11. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.



MINYAK PETROL RON 97 NAIK LAGI...ORANG KAYA DAN TOKEY BESAR PENING KEPALA...!!!!!!!!



salam kepada semua....


HAHAHAHA...RON 97 NAIK 10 SEN LAGI......


INGAT KERAJAAN MALAYSIA BUAT LAWAK........
MINYAK RON 97 AKAN BERHARGA RM 2.50 SELEPAS INI.....


BIJAK JUGA KERAJAAN MALAYSIA NAIK SIKIT-SIKIT HARGA MINYAK..TAK NAIK SEKALIGUS TERUS.....MESTI RAKYAT MENGAMUK PUNYA.......



ALA...BARU EMPAT KALI NAIK......KERAJAAN JANGAN RISAU.....RAKYAT TAK MARAH PUNYA.....LAGIPUN..BARISAN NASIONAL DAH MENANG KAT TENANG,.....RAKYAT DAH TENANG SEKARANG.....???????



HAHAHAHAHA....MACAM NI KA....?????



LAGI PUN RON 97 NI IKUT HARGA MINYAK PASARAN DUNIA.....SEKARANG HARGA MINYAK NI NAIK..SEBAB TU KERAJAAN NAIKKAN....PAKAI MINYAK RON 95 SUDAH..KERAJAAN DAH BAGI SUBSIDI.........



HAHAHAHA.....BAGUS JUGA KAN...YANG PAKAI RON 97 NI..ORANG KAYA-KAYA DAN TOKEY-TOKEY BESAR........BUKAN RAKYAT MISKIN DAN SEDERAHANA......SEMUA PAKAI MINYAK PETROL  RON 95 JE.....



HAHAHAHAHA...KESIAN ORANG YANG PAKAI MINYAK RON 97 KAT MALAYSIA NI....



Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-



Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.





































CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse