Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 3 Oktober 2009

bagan pinang

landskap politik negara kini kembali bergetar dan menerjah ke ruang arus media massa tanah air.
perkara ini terjadi akibat satu lagi pilihan raya kecil akan belaku di N31 Bagan Pinang yang mana pertandingan dua penjuru akan berlangsung diantara calon daripada barisan nasional dan pakatan rakyat.calon daripada barisan nasional diwakili oleh tan sri isa samad yang mana sangat popular dikalangan ahli-ahli umno manakala calon daripada pakatan rakyat adalah pesuruhjaya pas negeri sembilan iaitu zulkefly mohamad omar.

pada pilihan raya kecil kali ini merupakan satu lagi ruang buat barisan nasional untuk menebus kembali kekalahan mereka pada pilihan raya -pilihan raya kecil yang lalu di semenanjung.saya melihat bahawa mungkin kali ini barisan nasional akan memenangi pilihan raya kecil ini tetapi kita tidak boleh memandang sebelah mata kelebihan dan kekuatan daripada calon pakatan rakyat.seharusnya semua pengundi yang berdaftar di N31 bijak untuk memilih pemimpin yang bakal merobah dan membawa gelombang perubahan bagi bagan pinang.

bagi saya,rakyat tidak memandang kepada kekuatan atau kelebihan.tetapi rakyat akan menilai calon mereka itu tersendiri kerana calon itu merupakan wakil kepada mereka.calon yang tidak meletakkan diri mereka sama seperti rakyat dan calon yang tidak pandai mengambil hati pegundi akan kalah bukan sahaja di bagan pinang malahan di mana-mana tempat pun.

apa yang penting bagi masyarakat adalah suara mereka didengar.rintihan dan masalah mereka diketengah dan diselesaikan.semua ini merupakan tugas dan tanggungjawab daripada setiap wakil rakyat.wakil rakyat ini sebenarnya adalah hamba kepada rakyat.mereka harus mendengar dan mengatasi setiap permasalahan rakyat.

kemenangan di tentukan di tangan rakyat bagan pinang.kepada parti yang bertanding semoga anda akan memenangi pilihan raya kecil ini.

suara rakyat adalah sura keramat.....

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse