Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 16 September 2009

berbuka puasa di istana iskandariah

pada 13.09.2009 yang lalu asri telah berpeluang untuk berbuka puasa bersama dengan raja muda perak,raja dr nazrin shah di istana iskandariah kuala kangsar.

jemputan berbuka puasa ini adalah untuk warga kementerian pengajian tinggi,serta universiti malaya telah diwakili oleh semua pegawai2 jabatan dan dijemput sekali ialah presiden dan timbalan presiden di setiap kolej kediaman.

pada jam 1.30 petang kami telah bertolak ke kuala kangsar dan sampai lebih kurang jam 5.45 petang.

apabila tiba di istana,kelihatan istana yang tesergam indah memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihat dengan pandangan mata kasar.apabila melangkah kaki memasuki istana terasa indah dan damainya suasana di sini.

perkara yang paling melucukan ialah kami wakil daripada um kebanyakkan tidak memakai baju melayu iaitu pakaian kebangsaan tetapi hanya memakai baju batik.kalau ikut protokol memang kami tidak dibenarkan masuk.tetapi diberi juga tempat untuk masuk.cuma tidak berpeluang untuk beramah mesra bersama raja dr nazrin shah sahaja.

makanan berbuka sangat sedap dan pelbagai juadah istemewa disediakan.apa yang melucukan saya ialah melihat gelagat seorang tok imam masjid yang membawa bekal plastik untuk mengambil makanan yang tidak habis.mungkin dalam hati tok imam ini takut lauk2 ini membazir.saya tersenyum di dalam hati.

inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.apa pun saya telah belajar sesuatu di sini.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse