Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 19 Jun 2009

kursus biro tatanegara





salam kepada semua pembaca setia blog smart generation ini.
asri baru pulang dari kem ranjer hutan gunung tebu setiu terengganu untuk kem biro tatanegara untuk pembimbing mahasiswa universiti malaya.banyak pengalaman berharga yang diperolehi daripada kursus biro tatanegara ini.
kami semua tidur didalam khemah yang telah disediakan.pada mulanya memang rasa terkejut kerana terpaksa tidur di hutan,kerana mengikut cerita sebelum ini kursus biro tatanegara sebelum ini di buat di resort dan bilik yang ada air cond tetapi pada tahun kami terpaksa tidur dan buat aktiviti di hutan.bagi saya ini semua adalah satu kelebihan yang mana menguji kesabaran an ketahanan diri.Antaraisu yang hangat di bicarakan ketika di kursus ini adalah mengenai konsep ONE MALAYSIA.apa yang paling baik saya dapat di kursus BTN ini adalah fakta dan bukannya retorik.saya tertarik dengan ketua fasilitator kami yang menekankan kepada kami bahawa beliau ingin melahirkan orang yang mengatahui fakta dan bukannya auta.
konsep one malaysia ini dibincangkan atas dasar UM ialah satu-satunya universiti yang mempunyai pelbagai kaum dan perpaduaan antara kam di UM sudah lama wujud dan terus dikekalkan.konsep one malaysia ini sebenarnya mencerminkan wajah malaysia yang sebenarnya.melalui pendedahan ini masyarakat majmuk di malaysia dapat menikmati setiap hasil bumi di malaysia dengan adil dan saksama.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse