Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 4 Februari 2009

POLITIK PERAK BERGELORA....

apa sudah jadi di perak?
Akhirnya teka-teki 2 orang adun daripada PKR itu terjawab hari ini
mereka telah keluar daripada pakatan rakyat dan menjadi calon bebas serta menyokong barisan nasional.
Timbalan speaker daripada DAP iaitu hee yit foong adun jelapang juga mengumumkan keluar dari pakatan serta menjadi calon bebas dengan menyokong calon daripada barisan nasional.
ketika sidang media di putrajaya petang tadi...adun bota iaitu YB Nashruddin yang sebelum ini mengumumkan keluar daripada umno dan menyertai PKR akhirnya kembali semula kedalam UMNO.
berikutan itu BN mempunyai kelebihan satu kerusi dan boleh membentuk kerajaan di PERAK.
Menteri besar perak akhirnya mengadap sembah sultan perak untuk meminta perkenan membubarkan dewan undangan negeri.tetapi menurut sumber yang didengar kerajaan perak tidak boleh dibubarkan.
TPM iaitu dato seri najib razak akan mengadap sultan perak untuk memohon perkenan membentuk kerajaan di PERAK.

inilah situasi politik yang belaku dalam politik tanah air kita.tidak habis-habis dengan isu lompat melompat.langsung tidak ada pendirian.
situasi ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada pakan rakyat apabila aktiviti lompat parti ini seolah-olah dibenarkan oleh kerajaan barisan nasional.
mungkin selepas ini ramai di kalangan ahli umno dan barisan nasional akan menyertai pakatan rakyat jika tidak bersetuju dengan parti atau terdapat perselisihan.

mungkin sekarang perkara ini belaku di perak tetapi tidak mustahil akan belaku di peringkat pusat.selepas ini pihak kerajaan tidak boleh menuduh pakatan rakyat apabila mereka ingin merampas kerajaan dengan menarik ahli parlimen daripada barisan nasional.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse